Makan dek gambor, KAH?

Untonglah kau kalau jenis yang sekali tangkap gambor je, wajah dah chantek berseri-seri. Orang putih cakap, photogenic. Orang Melayu cakap, makan dek gambor. Gua? Terkeluar dari bingkai gambor. Maklumlah, muka saiz pinggan 14″.

Kalau aritu deme cakap tangkap gambor makanan sebelum makan tu perbuatan orang sakit mental, baru-baru ni katanya pulak selfie tu untuk orang yang kurang keyakinan diri, jugak sebagai percobaan untuk mendapatkan perhatian.

Jadi hari ini gua coba tangkap sekeping gambor. Gua ini bukanlah rajinpun ber-selfie, bukan nak kata gua yakin diri tapi sangatlah tidak berkeyakinan diri. Untuk dapatkan sekeping gambor yang betul-betul chantek di mata gua, lebih dari sepuluh kali gua coba. Kemudian bila tengok hasilnya, hati gua berkata..

“Eh, apsal muka ako tak macham ako tengok kat chermin pun? Dalam chermin idaklah cenggini ropanya.”

Lalu gua rasa kecik hati. Sebab chermin mempermain-mainkan perasaan gua. Itu belum lagi gua seru, “Mirror mirror on the wall, who is the fairest among them all?” pun gua dah ditipu hidup-hidup. Manakala kamera pulak menunjukkan bukti sebenarnya.

Dalam hatu gua terdetik, bukanlah senang bahawasanya untuk ber-selfie ni. Banyak tenaga dan masa yang diperlukan. Berkali-kali percobaan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Kalau tak berapa nak baik pun, filter kan ada!

Iya. Sebuah lagi pembohongan.

selfie-izzie-noirUntuk tutup cela yang ada, ayohlah kita gunakan teknik hitam-putih. Nampak klasik. Betul ke bohong?

.

selfie-izzie-chromeKalau rasa hitam-putih terlalu bosan, mahukan warna tetapi masih lagi mampu menutup cela yang ada kita gunakan teknik Chrome. Muka seakan-akan glowing gitttewwwww. Betul ke bohong?

.

selfie-izzie-oriIni sebenar-benar kejadian.

Itulah. Mak selalu pesan, jangan indah khabar dari rupa aje. Biarlah kalau tak chantek dalam gambar, tapi chantek di luar. Biar tak chantek di luar, asalkan chantek di dalam. Pucuk pangkalnya hati kita.

Sebab tu kadang-kadang gua segan nak tepek gambor banyak-banyak kat sini. Sebab udah tentu-tentunya akan di-edit sebab nak nampak gojes. Nak edit pun biar beragak. Kang tetiba kalau orang terserempak kat luar, terkujat sebab lain benor. Macham langit dengan bumi.

.

i.Z.Z.i.e:

Beauty is in the eyes of the beholder.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s