Kalau dah namanya pun drama Melayu

Gua ni baru terkedek-kedek nak menulis, episode 3 tu dah diperam dari minggu lepas. Dah menceceh sampai 5 mukasurat hanya untuk 10-15 minit yang pertama. Maklumlah, episode 3, episode 4, dan episode 5 kena menulis secara terperinci.

Hik hik hik.

Dan sebagaimana puji-pujian melangit terhadap plot Ariana Rose yang diambil sebijik-sebijul dari novelnya, The Wedding Breaker ternyata berubah sama sekali. Adakah silap gua memberikan pujian yang sebegitu awal?

Untuk minggu lepas sahaja, dan hingga ke episode semalam (episode 22) masih lagi fokus plot-plot tambahan seperti ranchangan jahat Liyana serta Ramzul. Lebih menarik lagi Hilmi dan Dolman yang tiba-tiba pulak menjadi watak utama. Tidak dilupakan pula Harith yang turut menjadi hero yang masih lagi menggunakan smartphone untuk melihat gambar Ariana Rose, brooding sengsorang di kafe mahupun di tepi pantai.

Walaupun watak sampingan drama ini iaitu Tengku Adam Kamil dan Ariana Rose ada disisipkan barang sesaat dua, tetapi apalah maknanya kalau kedua-dua watak picisan ini dipisahkan antara satu sama lain. Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil perlu berada di tempat dan pada masa yang sama, barulah bermakna gua tunggu di depan tv dari pukul 7 hingga 8 malam untuk 1 jam itu. 1 jam yang sebenarnya kalau potong-potong dengan iklan, tinggal 35 minit je untuk cerita Liyana Ramzul, Hilmi Dolman, Mummy Daddy, Mak Tiri dan Adik-adik Tiri, Samuel Daniel.

Eh. Perasan tak kalau tajuk drama Melayu yang menggunakan nama, musti nama wanita yang kalau nak digunakan. Contoh: Ariana Rose, Nora Elena, Tentang Dhia. Padahal watak hero yang lebih digila-gilakan. Coba letak tajuk Tengku Adam Kamil atau Seth Tan.

FINE. Tak adalah nilai komersial. Sial.

Eh. Perasan tak lagi sekali kalau dalam drama watak noob, geek, cerdik pandai, ugly duckling WAJIB pakai kacamanta dengan frame besar gedabak. Kadang-kadang tak ada kantapun!

Cliche sangat aih!

4 thoughts on “Kalau dah namanya pun drama Melayu

  1. i dah stop tengok drama ni.
    slowwwwwwww sangat.
    and like you said, focus mencapah2 ke watak2 sampingan.
    tak kira lagi flashback berkali2.
    kalau tak tengok a few episodes pun tak lari sangat timeline dia.
    bab noob, nerd, geek, ugly duckling mesti pakai spek mata besar bajet hipster tu memang la benda biasa yg buat org rolling eyes berkali2.
    contoh terkini, cite Plywood itu Suami Aku. Konon nerd dr kampung, spek mcm beli kat midvalley je i tengok pffft~
    in real life, para hipster je bergaya mcm tu. and they are not a even geeks. kalau pandai berlakon, tak payah pakai spek mata takde kanta frame sebesar talam pun orang boleh relate yg dia tu geek.

    takde nilai komersial. sial. <– HAHAHAHAHAHAHA!

    • AHHHH…FLASHBACKKKKKKKKK!!!
      it was good at the early episodes, or was it good because of awal-awal baru nak mula cherita and tak de benda nak flashback lagi? tapi bila dah masuk episode belas-belas, flashback tiap kali sekajap. siap ulang-ulang flashback yang sama. BERKALI-KALI.

      inilah masalahnya bila nak buat episode panjang berjela. Ariana Rose-28 episodes. so nak panjangkan cherita, masukkan flashback aja. rasa ditipu berkali-kali jugak!

  2. awww…..don’t tell me you hate this show…AAAAAAAWWWWWWWWWWWWWHHHHHHH..

    dengar cerita, Arianna Rose nak buat sequel..watak watak utama dikekalkan, tapi judul mungkin berubah. Taknak amek dah nama heroin, amek nama sebenar hero… kitty foo katanya .. kitty is very happy. :3

    oh, don’t let me start on those geek/nerd thingy..eh..malay geek/nerd thingy.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s