Ariana Rose: Episode 1 & 2

Salam untuk kalian yang meminati gua, Arina Rose *batuk batuk manja*.

Aherherher.

Jangan marah. Jangan nak meluat. Gua mogok tak tulis kang baru tau. Sila iyakan sahaja tuan tanah nak kata apa, oke? Kalau gua kata yang gua ini Ariana Rose, anggukkan sahaja. Kalau gua kata yang gua adalah isteri terchenta Tengku Adam Kamil bin Tengku Mukhriz, aminkan sahaja. Kalau gua kata yang gua adalah kekasih Keith Foo, sila azankan di telinga gua. Kalau azan tak jalan, bacakan Yaasin. Renjiskan jugak dengan air penawar. Insya-Allah, hilanglah sawan gua tu nanti.

Eh, bukan untuk gua sahaja. Cara ini adalah terpakai dan boleh dipraktikkan kepada semua gadis-gadis, wanita-wanita, dan isteri-isteri orang buat masa ini. Maklumlah, semua dah jatuh tangga dengan Keith Foo bukan?

Dan dan sangat! Dulu pandang sebelah mata pun idak! Heh!

Review lambat tak apa, asalkan ada jugak modal nak dibaca. Tak semua gua akan cerita, agak-agak scene tak penting tu gua skip aja. Yang penting-penting *senyum bermakna sampai ke telinga* akan gua fokus dengan lebih mendalam dan seboleh-bolehnya dengan lebih terperinci.

Hari ini, 27 Januari genap seminggu gua ulangtayang SETIAP HARI episode Ariana Rose. Makanya, kau tentu boleh agak macham mana rindunya gua akan saat-saat Tengku Adam Kamil bersama-sama gua. Sedangkan sewaktu gua menjadi Nora Elena dulupun tak segila ini gua ulangtayang sampai setiap hari.

Ahh..penat sudah gua bermukadimah. Silakah rasakan apa yang gua rasakan. Jangan lupa lafaz niat, “Sahaja aku meroyan berjemaah dengan Izzie Zin, secara ansuran.”

Tengku Adam Kamil segak berbaju Melayu putih serta bersampin, dengan songkok hitam lengkap dengan sebentuk kerongsang. Jelas kelihatan singlet putih yang dipakai sebagai alas baju Melayunya (nampak tak betapa biasnya gua dalam mendeskripsikan tiap pakaian Tengku Adam?). Dalam kesamaran singlet itu, tampak begitu seksi dan mengiurkan!

LELAKI ADALAH SANGAT HOWT APABILA MEMAKAI BAJU MELAYU. APATAH LAGI KALAU LENGKAP DENGAN SAMPIN DAN BERSONGKOK!!!

APATAH LAGI KALAU SEMEMANGNYA LELAKI ITU KACHAK MENGGODA..!! *hins hins hins*

Herghhhhh..!! Jenuh nak tahan napas!

Tengku Adam sudah bersiap-sedia untuk dinikahkan dengan Tengku Juwita. Namun kehadiran seorang gadis misteri berbaju kuning dengan perut memboyot yang mengaku dirinya mengandungkan anak Tengku Adam menggamatkan majlis. Terasa ditipu, keluarga pihak perempuan membatalkan majlis pernikahan serta-merta.

Tengku Adam mati-mati menafikan yang dia tak kenal siapakah perempuan mengandung yang hadir dan mengaku dibuntingkannya. Namun alasannya tidak diterima oleh daddy Tengku Adam dan berkeras supaya Tengku Adam selesaikan masalah yang memalukan keluarganya itu.

Ropa-ropanya, Tengku Juwita berpakat dengan gadis misteri itu -Ariana Rose. Ariana adalah kenalannya dan mereka berpakat untuk menghentikan majlis perkahwinan itu kerana Tengku Juwita tidak pernah mahu untuk berkahwin dengan Tengku Adam kerna Tengku Adam adalah seorang playboy. Tengku Juwita tiada pilihan kerna perkahwinan itu adalah wasiat daripada nenda mereka sendiri iaitu nenda Jaafar.

Nasib baik Tengku Adam ni ada rupa, berbadan tegap dan menggetarkan jiwa walau sekali imbas. Sajaklah jugak kalau nak jadik playboy. Majlis akad nikah terbatal pun tak menjadi kudis baginya, cepat sahaja dia mencari galang-ganti untuk berhibur di malam nanti. Tak ada Tengku Juwita untuk meraikan malam pengantin, banyak lagi yang sudi menggantikan tempat isteri-tak-jadinya tu.

Ariana yang baru pulang ke rumahnya dari berjumpa dengan Linda, seorang pekerja seks bawah umur berbaring di atas sofa ruang tamu sambil melepaskan letih. Terimbau saat kali pertama dia bertemu dengan Tengku Juwita di kelab menunggang kuda. Insiden Ariana yang diselamatkan oleh Tengku Juwita daripada cobaan ragut membuatkan Ariana menjadi rapat dan terhutang nyawa dengan rakannya itu. Hutang yang Ariana sanggup bayar dengan membantu Tengku Juwita untuk mensabotaj perkahwinan sendiri.

Berita wanita misteri di majlis perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita tersiar di dada akhbar Metro. Eloklah, Metro memang suka berita-berita gosip dan sensasi takde isi cenggini, kan? Kecoh jadiknya. Baik keluarga Tengku Adam, keluarga Ariana yang berada di Kelantan, dan jugak di pejabat Ariana sendiri semuanya terkejut kerna wajah wanita misteri itu mirip wajah Ariana. Namun Ariana menafikan sekeras-kerasnya. Dia tidak sarat mengandung, dan tidak pulak punya tahi lalat besar di sudut bawah bibirnya.

Tengku Adam masih tidak berputus asa. Dia yakin yang dia telah diperangkap oleh musuh ketatnya, Ramzul. Hilmi dan Dolman selaku pengawal peribadinya menjalankan siasatan. Segala maklumat yang diperolehi dilaporkan terus kepada Tengku Adam.

Masuk episode kedua, gua perhatikan Keith Foo ni satu per satu perkataan dituturkannya dengan teliti. Cakapnya tak adalah laju macham peluru tapi yang pasti kalau dia cakap laju sikit je, kompom lidah dia tergeliat. Comel!

COMEL SANGAT!

COMEL SANGAT-SANGAT!

Gaya percakapannya lembut tetapi tegas. Yang paling gua terpana saat dia mengarahkan Hilmi untuk terus menjalankan siasatan selepas melaporkan maklumat berkaitan Ariana di pejabatnya. Dengan pergerakan kepala kepada Hilmi sebagai arahan suruh pergi, tegas sekali perwatakannya. Namun kemudian, segaris senyuman dicarikkan di bibir merah yang terbentuk chantek itu. Sikit sahaja, dan begitu sinis.

TUHAN TOLONGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG TETAPKAN IMAN HAMBA-MU INI T_____T.

Baru goyang kepala sikit, hati dah goyah. Baru senyum secarik, hati dah parah.

Adakah perlu gua sediakan alatan untuk menyelamatkan diri sendiri sepanjang drama ini? Mana tangki oksigen? Mana bantal? Mana tesbih? Mana telekung?

Elok jugak kalau bawak muqaddam sekali.

Muqaddam udah ler. Tu pun kompom gua merangkak-rangkak nak baca. Kalau dapat abiskan Alif Ba Ta pun dah kira besar rahmat.

Hilmi menurut perintah. Diekorinya Ariana hingga ke kawasan rumah gadis itu. Gambar sebagai bukti diambil menunjukkan yang perut Ariana tidaklah memboyot seperti di majlis akad nikah Tengku Adam.

Di kondo mewahnya, Adam begitu santai mengenakan jeans dan t-shirt putih kolar bulat dan berlengan pendek. Tidak seperti kebiasaanya yang selalu mengenakan kemeja dan berjaket. Berjalan mundar-mandir dengan tangan menyeluk saku di hadapan Hilmi dan Dolman yang berada di situ untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai siasatan mereka.

JEANS DENGAN T-SHIRT PUTIH BERLENGAN PENDEK~~!!!!!!

T-SHIRT PUTIH BERLENGAN PENDEK~~!!!!!

T-SHIRT PUTIH~~!!!!!

Kau patut tahu, dan harus tahu by now yang kelemahan gua adalah lelaki yang mengenakan jeans bersama-sama t-shirt putih kolar bulat berlengan pendek. Baiklah, bukan semua lelaki yang memakainya akan membuatkan gua lemah lutut. Biar gua pertahankan kemeroyanan gua ini barang sesaat dua.

Tengku Adam jalan mundar-mandir dengan tangan menyeluk saku dalam babak itu, bukan? Kemudian dia berjalan ke arah Hilmi dan Dolman yang sedang berdiri dengan membelakangkan kamera, bukan?

SEXY BACKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK~~!!!!

TARIK NAPASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS.

HEMBUS.

TARIK NAPASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS.

HEMBUS.

Oh, no! This is not working! This won’t work for me!

TANGKI OKSIGENNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!

Nampak jelas dari belakang badannya yang bidang, dan gua pasti begitu jualah dengan dadanya. Nampak begitu maskulin dan menggetarkan jiwa walau masih lengkap berpakaian. Aherherher *blushing*.

Oh, my! Panas berbahang gua rasakan. Memang sekarang cuaca panas, eh?

Gua aci kerat kuku, kompom lepas baca ni kau akan tengok balik babak mana yang gua maksudkan dan kemudian akan turut sama-sama senyum macham onggila bila dapat tangkap apa yang gua sampaikan.

Perlahan Tengku Adam melabuhkan punggungnya ke sofa seraya memberikan isyarat kepada Hilmi dan Dolman yang mereka boleh duduk. Ouch, that gesture! Sangat dominan! Sangat berkuasa! Sangat…rawr!!!

Tengku Adam dapat melihat sendiri perubahan ketara bentuk fizikal Ariana melalui gambar yang diambil dengan telefon bimbit Hilmi. Dia yakin kini yang Ariana adalah orang suruhan Ramzul untuk memusnahkannya.

“Hilmi, kau pergi club yang selalu Ramzul pergi. Kau check sama ada betina tu ada kat sana ke tak. Kalau ada, kau roger aku. Dolman, kau gerak ke rumah dia. Kau check dia ada kat rumah ke tak. Kalau ada, call me. Gerak sekarang.”

Sekali lagi pergerakan kepalanya turut sama memberikan arahan.

*lap peluh, tarik napas*

Penuh kesumat. Tengku Adam takkan semudah itu melepaskan manusia yang coba menjahanamkan hidupnya. Ini baru permulaan.

Esoknya, dalam perjalanan Ariana ke pejabat dia perasan seperti dirinya diekori.

Hilmi dan Dolman!

Ariana memang diekori. Mereka kini tahu di mana Ariana bekerja, dan di tingkat berapa pejabatnya. Namun Ariana tidak mengetahuinya. Ariana ingat kereta yang mengekori sebentar tadi hanya kebetulan.

Tidak cukup dengan pembatalan perkahwinan, Tengku Sidin kini menyaman malu Tengku Mukhriz dengan RM100juta. Bertambah marah Tengku Mukhriz kerna segalanya berpunca daripada tindak-tanduk anaknya yang suka berpoya-poya dan berpeleseran. Tahu kesilapannya sendiri, Tengku Adam berjanji untuk membaiki keadaan. Tengku Adam menelefon Tengku Sidin, sebuah cobaan Tengku Adam untuk mengajak Tengku Sidin berunding tetapi langsung tidak dihiraukan.

Sekali lagi Hilmi dan Dolman masuk mengadap Tengku Adam di pejabatnya. Dikhabarkan yang Ariana hanyalah kerani cabuk. Bertambah marah Tengku Adam kerana seorang kerani berani nak menghenyak maruahnya. Marahnya terganggu apabila Liyana, adik Ramzul sedang menunggu dia di lobi dan bersungguh-sungguh untuk berbicara dengannya.

Liyana dan Tengku Adam punya sejarahnya sendiri. Walau Liyana coba untuk menjernihkan keadaan dengan membuka buku baru, namun dengan mentah Tengku Adam menolaknya. Pada Tengku Adam, Liyana dan Ramzul sama sahaja! Penolakan Tengku Adam membuatkan Liyana mula menyimpan kesumat.

Di pejabat, Ariana diperkenalkan dengan Pengarah Projek-projek Khas yang baru -En. Harith. Seorang pengarah muda dan berkarisma yang mampu mencairkan ramai wanita. Terutamanya pekerja-pekerja wanita di pejabat itu.

Tengku Adam mula mengatur langkah keluar dari pejabatnya tiba-tiba dipanggil oleh Tengku Mukhriz. Terhenti langkah Tengku Adam. Sambil menunggu Tengku Mukhriz berjalan ke arahnya dia berdiri dengan penuh yakin, kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya, lengan jaket pula dilipat hingga ke pergelangan siku menambahkan kekachakkan yang sedia ada. SUAVE!

Tengku Mukhriz ingin berbincang mengenai saman malu oleh Tengku Sidin tetapi Tengku Adam menyatakan yang dia punya hal lain yang lebih penting untuk diuruskan -hal Ariana Rose. Sempat dia memberikan arahan kepada Hilmi dan Dolman untuk beredar dengan GERAKAN KEPALA ITU LAGI.

Demmit! Pasal apa kachak sangat hoi???!! Tak boleh ke kawal sikit kekachakkanmu itu wahai loukong???!! Supaya hanya loupo sahaja yang dapat menikmatinya. Ini tidak, terpaksa dikongsi untuk tatapan umum.

Dijelaskan kepada daddynya bahawa Ariana Roselah yang membuat onar dan dia perlu menyelesaikannya segera. Ariana Rose akan diadili, mengikut caranya sendiri. Sengaja dipamerkan senyuman penuh keyakinan kepada Tengku Mukhriz.

Rembang petang mula menjadi gelap malam. Barulah Ariana bersiap-siap untuk pulang kerna banyak kertas kerja yang perlu disiapkan. Terserempak pulak dengan Harith di dalam lif. Sempat mereka berbasa-basi dan bertukar alamat emel bagi memudahkan urusan kerja.

Ariana terus menuju ke tingkat bawah menuju ke kawasan parkir keretanya selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Harith. Waktu begitu memang sunyi memandangkan pekerja lain sudah pulang seawal jam 5.30 petang. Dari jauh Ariana menekan butang kunci keretanya. Beg tangan dan beg laptopnya coba diletakkan di sebelah tempat pemandu. Terbongkok-bongkok Ariana.

Tiba-tiba dirasakan bahu kanannya dipegang kemas. Sepantas kilat Ariana berpusing sambil menghayunkan tas tangannya ke belakang. TAK KENA!! Lelaki yang memegang bahu kanannya tadi sempat mengelak! Ariana semakin cuak. Dadanya mula berombak kencang.

Namun reaksi wajah Ariana berubah menjadi kaget apabila melihat wajah lelaki itu. Wajah yang dia kenal. Ariana kecut perut. Wajah yang pernah dilihatnya sebelum ini tetapi wajah itu kelihatan begitu bengis dan penuh dengan kesumat dan amarah.

TENGKU ADAM!

9 thoughts on “Ariana Rose: Episode 1 & 2

  1. Addey… Mr sexy back.. Teleng kepala dinda dah tergoda.. Jgn gelojoh dinda.. Byk silap eja.. Err patut dh jadi patat..uissshh sib baik… Anyway izzie u’ve my day.. Hebat!!

    • Alhamdulillah, sesudah bersubuh ni terasa lebih tenang berbanding semalam wahai kakak. Adinda akui, banyak salah eja. Terutama nak ngejakan “Tengku” selalu menjadi “Tenku” aja. “g” selalu hilang. Terima kasih wahai kekanda, adinda pun tak suka kalau menulis tetapi banyak salah eja..bayangkan itupun sudah proofread beberapa kali masih ada yang terlepas pandang, kalau tak proofread?
      Jahanam!

      Mujurlah patut jadik patat je. Kalau “pa*tat?” Dah satu hal nak menjawab.

  2. Ohoiii syg…baca ur review pn ckup dh…Sgt descriptive!! Dan nescaya merangsang imaginasiii~~(gua tone Spongebob bserta gerakan tgnnya) .Xpyh tgk dramanya pn xp..Hahaha..btw, I minat si Keith Foo tu since zaman sinetron tw…huhu..mohonla review dgn aktifnya utk golongan mcm I yg kluar office pn cerita dh kluar credits… ><

    • Mujurlah ada Tonton, boleh juga catch up lepas pukul 8pm ye? Kalau tidak, menggagau nak carik tv kat ofis nun. Hihi. I coba, tak janji ye. Tau je lah, kalau mood malas..nak buat apa pun tak jadi. Tambah pulak kalau nak review ni menulis berjam-jam, mana nak cerna dalam otak, mana nak terjemah dalam ayat, mana nak tahan napas..aherherher. Yang terakhir tu memang gatal sangat😛

      But then it feels so good bila dapat menulis review semula. I taknak rasa terbeban menulis, just want to enjoy it and I hope everyone will too.

      p/s: Keith who? Haha, I tak pernah tengok dia berlakon sinetron. No komenggggg😛

  3. Izyana memang kemain kalau dah suke..kalau lah boleh ku simpan segala kutukan pada Kitty Foo di alam sekaip itu, dan ku titipkan di sini…kalaulah….

    Apa yang Kitty ingat, masa majlis kawen dalam episod satu tu, Kitty banyak cakap jerit2, pastu Kitty kalau cakap jerit jerit, pekik pekik, mesti lidah Kitty macam terkehal sikit.. tapi kalau keterkehelan lidah Kitty itu adalah sexy untuk Izyana, Kitty redho (bak kata Ariana Rosnah dalam episod yang sama) …

    • Hey, ugut I ke ni? I suka Tengku Adam Kamil lah..bukan Kitty Foo! *sorok muka balik bantal*

      Kalau dia marah, memang dia suka jerit-jerit, pekik-pekik. Pastu macham ter-pause sekejap pasal lidah tergeliat. Tapi kalau cakap biasa-biasa ni, soft spoken je..lembut je. Comel. Tambah pulak dengan senyuman kucing dia tu. Miauuuuuuu..

  4. soft spoken ? wahahahahaaha !!

    Kalau Kitty sendiri cakap laju laju tu, Kitty rasa Kitty macam nak bisik sendiri dekat telinga Kitty and cakap..”shhh..shhh…usah cakap laju-laju dong. Cakap lek-lek aja, hero lain pon jerit2 juga, tapi tak terkehel…calm down, Kitty”

    kalau die buat muka kucing tu, rasa macam nak garu leher die ja..eh, rasa macam nak garu leher sendiri aja…

    btw, sebenarnya, Kitty memang impressed sangat dengan Izyana, sebab Kitty langsung tak terasa yang Kitty berjaya mengarousekan Izyana sebegini ropa…it’s true right, you loves me, Kitty, not adam mukhriz (tengku) .. you are so aroused by my way of lidah terkehel, kan, kan, kaaaaaannn….

    • FINE!! NOT THAT SOFT SPOKEN BUT MORE INTOOOO…menggoda kinda way and cakap pelan-pelan as in slow-motion. Sometimes too slow. Dang, belum sampai ke episode sepatutnya I nak komen lagi Che Za. Nanti tak best la I spill all the beans here! Grrr..!!

      You saje je provoke I kan? Suka lah tu kan?

  5. “Sahaja aku meroyan berjemaah dengan Izzie Zin, secara ansuran.” <– k, sampai part ni i dah mati gelak guling sawan berbuih. sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s