The unexpected novel review: 13 Jam A380

Kehadapan Team Fawwaz dan Team Haydar,

Rasanya tak perlu gua sebut Team Hana, sebab gua yakin kau semua tak kesah pun akan watak heroin. Yang kita, kita, kita semua hanyalah kesahkan hero utama dan hero kedua.

Kali ini gua jatuh chenta dengan hero kedua. KALI PERTAMA GUA TEAM HERO KEDUA!!*hentak meja*

Eh. Tidak sopan pulak. Tetiba berada di luar kawalan. Maafin *betulkan selendang*.

Novelnya memang tebal. Berat. Kalau baling kat anjing menggantikan ketui batu pun boleh. Katanya watak Haydar itu diinspirasikan daripada SM Faliq Nasimuddin. Settle. Kerja mudah untuk gua, cepat aja gua boleh bayangkan macham mana wajah dan bentuk fizikal watak Haydar.

13 Jam A380 gua mula baca.

Dang!

Teknik penceritaan adalah sudut pandangan/penceritaan orang pertama! Ini yang paling gua lemah dan kurang suka. Pada gua, sebagai seorang pembaca yang serba daif ini andai sebuah novel Melayu yang ditulis dalam sudut pandangan/penceritaan orang pertama adalah sangat turn-off! Por que?

1. Hanya ada satu point of view iaitu “AKU”. “AKU” semustinya adalah watak utama.

2. Pembaca takkan dapat tahu karektor, emosi, fikiran bagi watak-watak yang lain. Kerna “AKU” takkan mampu dapat membaca fikiran orang lain secara tepat. “AKU” hanya dapat mengagak, “AKU” hanya mampu membuat assumption, “AKU” takkan dapat tau situasi sebenar yang berlaku kepada watak-watak lain. Bentuk fizikal dan karektor watak-watak lain semuanya bergantung kepada penilaian dan pandangan mata “AKU”.

3. The only thing yang dapat menjadi deskripsi atau pembaca dapat menilai karektor watak-watak lain itu hanyalah pada dialog yang disisipkan. Macham gua, dapat menebak yang Haydar itu jenisnya romatis, nakal, comel, degil dan manja daripada ayat-ayat yang dilontarkan dalam perbualannya dengan Hana. Manakala Fawwaz pulak seorang yang tegas, tapi kalau kena dengan caranya dia mampu berlembut.

Lalu gua heret diri sendiri dalam meneruskan pembacaan untuk mukasurat-mukasurat seterusnya.

Beda!

Kalau dibandingkan dengan The Wedding Breaker, novel ini ternyata lebih jelas penceritaannya. Tiada plot yang tergantung yang membuatkan gua termangu-mangu mencarikan sebuah jawapan yang tiada dalam jalan cerita. Walau penceritaannya hanyalah dari sisi Hana, tapi gua masih dapat enjoy dengan keseluruhan cerita.

Cuma, masih gua mahu berimaginasi. Kalaulah ada cerita di balik kesengsaraan dan payahnya Fawwaz meneruskan sebuah kehidupan selepas kemalangan yang meragut ibubapanya. Kalaulah gua tahu apa yang Haydar rasa dan bagaimana terseksanya dia selepas bertemu dengan Hana buat kali kedua dan ketiga di bumi UK. Mungkin akan lebih menarik. Sebab gua bukan hanya akan dapat merasai betapa sakitnya hati Hana yang remuk kerna Haydar, tetapi gua jugak dapat mendalami perasaan dua lelaki yang begitu menchentainya.

Err..sebenarnya, gua lebih berminat nak tahu perasaan lelaki-lelaki kachak itewwww. Aherherher.

Oleh kerna itu, I did not go gaga or head over heals kepada Haydar mahupun Fawwaz. Sebab gua tak dapat tahu apa perasaan sebenar mereka berdua tatkala berhadapan dengan Hana. Let say..

Sewaktu Hana dan Haydar sampai di tempat penginapan di India, diceritakan pada waktu awal pagi sambil menikmati suasana yang indah dengan matahari yang mula menjengukkan wajahnya, Hana yang rasa kesejukan mula melarikan tangannya di celahan baju Haydar. Suhu badan Haydar yang suam seolah-olah memberikan haba untuk memanaskan Hana. Panasnya menjalar!

Haydar terasa seperti digoda dengan kelakuan Hana yang tidak bermotifkan apa-apa.

Itu diceritakan dari sudut pandangan/penceritaan Hana.

Cuba bayangkan.. (sudut pandangan/penceritaan orang ketiga)

Dengan suasana dingin di pagi hari, dengan cahaya matahari yang masih malu-malu menjenguk di ufuk Timur. Langit masih membiru sebagai kanvas, sedikit lorekan jingga di horizon. Pokok-pokok kapas tingginya separas lutut Haydar. Bau kapas begitu menyenangkan. Nyaman dan lembut. Hana masih berdiri di sebelahnya, dengan tangan memeluk erat pinggang Haydar. Rapat sehinggakan degup jantung dan lembut hembusan nafas Hana dapat dirasakannya.

Haydar suka begini. Suka bila Hana memeluknya. Seolah-olah dia dapat memberikan perlindungan dan melindungi insan yang sudah menjadi maharaja di hati. Dia suka rasa diperlukan. Dia suka rasa didambakan. Bukan oleh insan lain, tetapi isterinya sendiri. Suatu kepuasan!

Pipi Hana dielusnya lembut. Mata mereka bertentangan. Ahhhh..!! Ini yang paling Haydar lemah. Mata Hana umpama jendela kepada hati isterinya itu. Dan di situ Haydar dapat baca, yang dia adalah segalanya untuk Hana. Segala perasaan Hana terluah di matanya itu. Mata yang begitu mempesona.

Secarik senyuman Hana hadiahkan. Bibir merah itu makin menggoda. Dada Haydar mula memainkan rentak jive. Laju!

Hembusan bayu pagi berpuput lembut. Hana kesejukan kerna tidak memakai pakaian tebal. Tangannya yang sedari tadi melekat di pinggang Haydar mula berlari-lari mencari sumber haba. Jumpa! Di balik t-shirt itu, tapak tangan Hana bersentuhan dengan badan Haydar yang suam-suam panas. Hana terasa selesa.

Zappp!

Jantung Haydar pula umpama bagai direntap. Jemari lembut yang tiba-tiba mengelus lembut di bahagian bahagian pinggangnya umpama sebuah kejutan elektrik! Terpana dia dengan sentuhan itu. Sudahlah tadi bibir mungil itu begitu menggetarkan jiwa lelakinya, ini ditambah pula dengan sentuhan di belakang pinggangnya.

Haydar coba mengawal diri.

Jantung makin berdegup laju. ‘Ahhh.. Hana begitu pandai menggoda.’

.

.

.

.

.

Sekian, terima kasih. Ha!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s