Ariana Rose: The Review [The Spazzing Begins..]

Bismillah.

Salam wahai pembaca sekalian alam. Sesungguhnya, berdirinya gua di sini dengar ketar lutut dan ketar jiwa raga. Nebes! Dah lama tak menulis secara meronta-ronta perasaan menggebu di dada.

Aherherher.

Gua harap lu boleh paham dengan intonasi gelak gua di atas. Iya, itu gelak gedik. Nakal!

Ini kesah bermulanya segala perasaan berbunga-bunga bahagia. Belum recap/review yang sepenuhnya. Ini gua mahu mula bercerita, atau lebih tepatnya justifikasi lagi untuk menyedapkan hati sendiri.

Al-kisah..

Gua hanya menonton Ariana Rose pada jam 1 pagi, 21 Januari. Itupun selepas gua sepatutnya bedrest, tapi mata sukar untuk lelap. Jadual kerja yang terlalu padat membuatkan gua menjadi terlalu letih sampaikan masa untuk berehat dan tidur pun udah tidak menentu.

Mujurlah Che Za baik hati dan setia memenuhi permintaan gua. Manakan sempat nak terpacak depan tv saban hari jam 7 malam? Epsiode pertamapun gua sempat tonton 10 minit sahaja. Dan untuk 10 minit itu gua kata dalam hati, Not bad!”. Bermulalah usaha Che Za untuk download dan drop di Dropbox. Besar jasa Dropbox dalam mendekatkan Che Za dan gua.

Dengan separuh konsentrasi gua tonton. Maklumlah, kalau lu sedia maklum gua pernah tulis secara pendek yang gua kurang puas membacakan The Wedding Breaker. Seperti ada suatu ruang kosong dalam segi kepuasan penulisan dan pembacaan yang gua rasakan waktu itu. Tambahan pula pelakon utama yang mendokong watak Tengku Adam Kamil itu -Keith Foo.

Keith who? Oh, Keith Foo.

Nama yang meningkat naik. Banyak jugak gua tengok wajah dia mula banyak membintangi drama-drama tempatan. Katanya, di Indonesia sana beliau memang udah terkenal. Kali terakhir gua tonton lakonannya dalam drama Love You, Mr. Arrogant! Sumpah gua langsung tak berkenan. Lakonan nampak kaku, lontaran dialog masih terlalu menghafal dan tak meyakinkan langsung. Chemistry dengan pelakon wanitapun nampak seolah-olah janggal.

Tak cukup dengan itu, gua dapat tahu pulak Keith Foo turut berlakon dalam adaptasi filem Pilot Cafe, di samping Fahrin Ahmad yang memegang watak utama. Gosh! Please, NOT HIM AGAIN!

Baiklah, beliau mungkin hanya memegang watak sampingan. Tapi dengan penghayatan dan lakonan sebegitu nak pegang watak utama? SERIOUSLY?

Well, the prejudice and perfectionist Izzie strikes again.

Montaj Arina Rose bermula. Dengan alunan suara Dayang Nurfaizah, meremang bulu tengkuk gua. Ah, sedapnya suara Dayang. Tambah pula dengan alunan melodi dan lirik yang begitu mendayu membuatkan gua rasa terbuai seketika. Dan BOOM!

Wajah Keith Foo a.k.a Tengku Adam Kamil muncul di layar tv. Dengan bersut lengkap, dengan gaya duduk yang begitu maskulin, dengan pandangan dan jelingan mata yang tajam, dengan wajah yang begitu snobbish. Angkuh dan begitu yakin dengan diri sendiri kelihatannya.

Did I ever tell you that I love to look at this kinda guy? Sedikit sombong dengan riak wajah yang angkuh tapi andai dicarikkan sedikit senyuman sinis, nescaya mampu membuatkan wajahnya yang kelihatan angkuh dan sombong itu bertukar menjadi nakal? Tambah dengan jelingan tajam dan jungkitan kening seolah-olah mengatakan, “Well.. I am sexy and I know it.”

Digandingkan pula dengan Nur Fathia Latif. Ahh.. gadis ini terlalu chantek di mata gua. Dan tinggi pulak tu. Dipadankan dengan Keith Foo, rasanya bagaikan pinang dibelah dua. Nampak memang kena dan indah di mata tapi bagaimana agaknya keserasian mereka berdua?

Habis satu episode, gua sambung ke episode kedua, ketiga, hingga melarat hingga episode keempat.

KEBABOMMMMMMMMMMMMM!!

I will not spill the beans here. Seperti yang gua kata, ini hanya permulaan. Ini hanya sebuah justifikasi. Jangan risau, gua kan baik orangnya. Kalau gua meroyan, gua akan buat lu orang turut sama meroyan berjemaah dengan gua. Barulah seronok! *evil grin*

Jujur gua akui, lakonan Fathia begitu meyakinkan dan menjadi. Lain benar dengan lakonannya dalam Stanza Cinta (yang gua tak mampu nak habiskan, hanya mampu tengok sampai episode 2 atau 3 walhal abam Aaron Aziz ada!). Keserasiannya dengan Keith Foo pula bagaikan bunga api!

Lakonan Keith Foo?

*cakor dindinggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg*

Selamat tinggal abam Aaron Aziz.

WHAT??!!

DID I JUST BID FAREWELL TO MY KANDA AARON AZIZ????!!!

Yeah, I did!

Mulai sekarang, gua akan panggil Keith Foo sebagai loukong *batuk-batuk manja*.

Kenal Mustapha Maarof? Pelakon veteran zaman P.Ramlee yang melampau kachaknya dari zaman muda hingga ke tua. Kalau tengok filem-filem beliau, sering watak anak raja yang dipegangnya. Mak kata Mustapha Maarof memang ‘tanggung’ dengan watak sebegitu. Kalau orang lain, macham tak kena.

Macham tu lah jugak Keith Foo dengan watak Tengku Adam Kamil. ‘Tanggung’ sungguh beliau. Rawr! Ada peningkatan dalam lakonannya berbanding sebelum ni.

Untuk tulisan-tulisan review akan datang, gua amarkan bahawasanya lu akan naik muak dengan ayat-ayat sebegini;

“Oh, just like Mr.K!”

“Mr.K pun berperangai macham tu jugak!”

“Hey, Mr.K too!”

..and yada yada yada Mr.K, yada yada Mr.K.

Lu perlu tahu, itu sebenarnya adalah cara gua untuk berpijak di bumi yang nyata. Inilah dia masalahnya kalau terlalu banyak membaca novel dengan watak-watak lelaki gentleman yang lengkap dengan pakej. Membuatkan gua terasa di awangan dan mulalah berimaginasi dengan keterlaluan. Makanya, gua perlukan sebuah sauh untuk memastikan gua tidak sentiasa berada di alam fantasi. Gua perlukan sauh untuk mengingatkan diri sendiri untuk kembali ke alam realiti.

Dan realiti gua adalah Mr.K.

You see, gua mudah terbawa-bawa kalau membaca novel dan menonton filem/drama. Samalah macham drama Ariana Rose ni. Bila melihatkan keserasian Keith Foo dan Fathia, gua rasakan mereka sangat cocok dan padan. Kalau boleh biar benar hingga ke luar set penggambaran.

Lalu gua tengok di Instagram. Ternyata harapan gua hanyalah sebuah harapan. Ternyata semua itu tidak berlaku di luar set penggambaran. Keith Foo punya pacarnya sendiri yang gua lihat begitu beliau sayangi, dan juga Fathia yang punya hidup sendiri.

Ternyata, Mr.K benar-benar sauh buat gua. Insya-Allah.

Gandingan pelakon-pelakon lain yang mantap juga mewarnai Ariana Rose. Suatu fenomena yang sihat apabila melihatkan variasi pelakon baru yang memegang watak hero. Kita tak lagi disogokkan dengan Aaron atau Adi Putra sahaja. Kita ada Arja Lee (aum!), kita ada Keith Foo (miauuuuuuuu!), kita ada Hisyam Hamid (ouhhhh!).

Cuma variasi bapa kepada hero aja yang tak banyak berubah. Mungkin kena dengan lakonan dan watak, Mustapha Kamal dilihat mempunyai ramai anak lelaki yang kachak di seluruh Malaya. Kemunculan Dato’ Jalaludin Hassan sebagai bapa tiri adalah sangat menyenangkan. Dah lama tak tengok beliau berlakon.

Pelakon-pelakon sokongan lain memang tak perlu diulas panjang. Cuma watak Linda untuk Wan Sharmila, I don’t really buy it. Dia bagus, cuma watak Linda tu terlalu muda untuk dia. Mungkin tubuhnya kecil boleh menunjukkan yang dia sebagai Linda adalah gadis belasan tahun tapi usia di wajah tak dapat tipu, kan?

Dan watak-watak tambahan untuk wanita-wanita yang mendampingi Tengku Adam? Kadang-kadang rasa ngeri, tambah pulak dengan mekap tebal satu inci..terus dua kali ganda ngeri! Kesian loukong *peluk dari belakang*.

Plot dan jalan cerita tak banyak beda dengan novel asal, WHICH IS GOOD. Pujian wajar diberikan kepada penulis skrip yang dapat mengolah dan menterjemahkan ke dalam bentuk drama tanpa perlukan perubahan dan tambahan drastik dalam jalan cerita. Gua jenis yang akan merempan-rempan kalau plot asal diubah. Coba bayangkan, gua dah ada imaginasi sendiri yang gua ciptakan selama bertahun-tahun sewaktu membaca, inilah peluangnya gua nak tengok dalam bentuk visual. Tiba-tiba semuanya lain daripada yang gua bayangkan selama ni. Boleh bayangkan?

Dan gua suka bila dialog asal dalam novel turut diselitkan. Sebab banyak ayat comel-comel dan cheesy tahap petala ke-lapan dalam novel. Kalau tidak, masakan mampu buat gua tersengih sorang-sorang macham onggila?

Satu yang penting untuk telinga gua adalah sebutan. Banyak perbualan yang dibualkan dalam Bahasa Inggeris, bercampur dengan Bahasa Malaysia. Sedap didengar sebutan dan kefasihan Bahasa Inggeris Fathia, kerana pada gua itu dapat meyakinkan yang Ariana Rose itu pernah belajar di UK. Kalau sebutan masih kedengaran Melayu pun tak salah, tapi sekurang-kurangnya kedengaran fasih. Loukong? Tak payah ulas banyak, memang jelas dan nyata sebutan Inggerisnya sedap didengar. Walau kadangkala masih kedengaran slanga dan pelat Bahasa Indonesianya, tapi tiap kali disebut perkataan “tolong” itu macham sangat seksi.

Haih! Kalau hati sudah sukaaaaa..

Lagu-lagu latar banyak yang lunak dan merdu. Sayang, untuk orang yang kurang mendengar lagu-lagu baru seperti gua ni memang sumpah gua tak tahu pun lagu-lagu tu semua. Playlist gua masih dengan lag-lagu Il Divo, lagu bahasa Sepanyol, classical intrumental, dan lagu-lagu lama. So pretty please, lemme know and share those songs in Ariana Rose with me?

.

i.Z.Z.ie:

Embrace youself with a pillow, more spazzing are coming😛

12 thoughts on “Ariana Rose: The Review [The Spazzing Begins..]

  1. pergh.

    nak cakap ni ja..

    KITTY FOO APPROVED THIS !!

    :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3 :3

    meow…..

    yang ikhlas,
    KittyFooYangKalauCkapLajuLajuLidahTerseliuh..

    • Awwww… i love this cute little pet name for the cutey pie, Kitty Foo
      Miauuuuuuu~~!!

      Oh yes, Kitty Foo sangat omel sebab dia mula-mula akan cakap sebutir-sebutir, tapi kalau laju sangat memang tergeliut lidah. omel.
      Miauuuuuuu~~!!

      -kucing gatal-

  2. babai abam aaron. hello sexy gorgeous keith foo.
    k, i promise i will read this entry after i habis exam.
    right now, can’t think straight to spazz.
    plus suku hati at the moment dah dibawa pergi oleh Nazim Othman har har har.
    suku lagi, nuuun di Vancouver dgn Stephen Amell =P
    daaaa~

  3. “Selamat tinggal abam Aaron Aziz.
    WHAT??!!
    DID I JUST BID FAREWELL TO MY KANDA AARON AZIZ????!!!
    Yeah, I did
    Mulai sekarang, gua akan panggil Keith Foo sebagai loukong *batuk-batuk manja*.”
    Uuuahhhhhhhhh…….sampai hati u buang Dar Alon … Tak nak geng….*lari terus masuk bilik* ..merajuk til next entry lah…

  4. It’s good to see u spazzing again izzie hihi.. I figured kita punya taste yg sama when it comes to drama melayu dan *cough* heronya *cough*. I didn’t buy keith foo’s acting in lyma ‘mamat keras baca skrip cakap pelat’ buuuuuttttt keith foo sbg tengku adam kamil adalah sgt rawrrr. Masa ganas ‘oooo so hot!’ Masa buat muka innocent ‘awwww’ *hati cair*. Gah!
    So sila la teruskan review kerana selain novel dan visual di tv, tulisan kamu akan menggandaduapuluhtigakan kecairan hati kami.😉

    • siapa tak suka bad boy kan? but in the end, kita tetap akan carik lelaki yang beriman untuk dijadikan imam *batuk batuk*. amin. penat ni i nak spazz, kalau i simpan je dalam kepala otak i and senyum sorang-sorang kira aci tak? hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s