I’m a small small girl, in a sick sick world..

Kalau dikira dengan kitar  hidup rama-rama, memang entah berapa puluh kitar hayat dah jangkamasanya gua tak sempat nak selak-selak donia luar. Semalam TERgerak perasaan kurius beserta dengan kepochi atau dalam bahasa yang lebih kasar dan lebih tepat -busybody untuk bukak belog hiburan yang memaparkan kisah artis-artis dan selebriti tempatan (majoritinya).

Headline: Pelakon A ditangkap berkhalwat?

Gua baca sepintas lalu isi tulisan berita. Wallahulam, gua tak berada di tempat kejadian dan tak tahu tuduhan sama ada benar atau tidaknya. Sekadar baca. Dosa-pahala, itu antara dia dan Tuhan. Gua ambil jalan keluar yang mudah.

Headline: Pelakon A menafikan dengan menunjukkan bukti flight itinerary.

Isi tulisan berita dan laporan tidak lagi begitu menggamit perhatian tetapi komen-komen dari pembaca yang lebih mencuri tumpuan. Terlopong mulut gua membaca. Ada yang mempertikaikan, ada yang menghentam, ada yang menyokong, ada yang memberi tazkirah, macham-macham ada. Sampaikan tiba satu komen yang mengaitkan Pelakon A dengan Selebriti B, yang turut dikomen oleh Pelakon C secara berteka-teki.

Headline: Pelakon C sambut Tahun Baru di luar negeri

Dah satu hal pulak komen panjang berjela. Habis segala kisah dah sejarah hidup orang tu dikoreknya, diceritakannya, segala perilaku buruk orang tu ditulis satu per satu sampaikan gua terpikir macham manalah pengkomen-pengkomen ni tau segala luar-dalam? Ahli klorgakah? Teman rapatkah? Jiran tetanggakah?

Tahap busybody gua tidak berhenti di situ sahaja. Terus pulak gua bukak Instagram yang sudah mula bertukar menjadi pekasam. Kalau dibiarkan lagi, mungkin boleh bertukar menjadi budu Cap Ketereh.

Gambar Pelakon D dengan gaya dan imej baru

Orang itu tuduh orang ini copycat laman Instagramnya sendiri. Orang ini pulak balas balik di Instagramnya kata hidupnya bukan nak meng-copycat. 

Makanya bermulalah peminat-peminat yang anti dan pro bergaduh di Instagram dengan mempertahankan artis poooojaan masing-masing. Tidak lupa juga hujah-hujah bernas lagi sohih yang diambil dari pengalaman sendiri kena block dengan artis, mahupun pengetahuan tentang sejarah pelakon itu ini.

Gambar Selebriti C menyambut Hari Natal bersama-sama keluarganya dan suami

Sekali lagi ramai yang memberi pendapat berlandaskan lesen; “Just my two cents.” dan “Kita sebagai umat Islam kena saling nasihat menasihati.”.

Selebriti C seorang mualaf. Apabila dipaparkan sambutan yang diraikan, maka ramailah yang rasa tak sedap melihatnya. Dikatanya pulak si suami lebih banyak menurut cara sebelah klorga isteri dan bukan sebaliknya. Itu belum lagi komen-komen dan kata nasihat tentang pakaian dan gaya hidup.

Noktah.

Cukup.

Memang kau boleh cakap, itu semua lumrah bergelar artis. Dah namapun showbiz, memang gitulah warna-warninya. Gosip, fitnah, cerita sensasi, orang tu gaduh dengan orang ni, orang tu caras laki orang ni, orang tu berchenta dengan orang ni, dan macham-macham lagi.

Betullah tu. Dan selebriti-selebriti ni semua sudah sedia maklum. Cuma yang gua rasa terkesan dengan senario sebegini apabila melihat bagaimana orang kita memberikan reaksi dan respon. Sungguh gua rasa sedih.

Kita ini nampak buruk orang sahaja. Mudah sangat kita memberikan pendapat dan nasihat mengikut apa yang kita rasa. Agak-agak tak setuju dengan pendapat orang lain, kita hentam. Kalau kena hentam lagi, kita hentam lagi kasar. Tak cukup dengan ungkit perangai buruk, kita sebut dan hina pulak bentuk fizikal dia. Kalau tak cukup lagi, kaitkan pulak dengan mak bapak. Kat sini boleh gunakan isu mak bapak tak pandai didik anak, kalau mak bapak dah tak ada di donia ni boleh pulak gunakan isu mak bapak kena seksa menanggung dosa anak-anak dengan perangai buruknya tu.

Ya, kita dah sakit hati dengan dia. Tak suka. Apa kata kita buat dia sakit hati jugak? Biar dia rasa sakit hati dan menyampah yang kita rasa ni. Baru seronok!

Coba pikir balik. Kenapa kita jadik generasi yang macham ni? Kenapa kita terlalu lantang memberikan komen-komen dan pendapat di media sosial? Kalau berjumpa face to face, mungkin menikus. Tapi kalau depan keyboard, AKULAH JUARA!

Iya, sebab kita menulis tanpa berfikir panjang. Apa yang kita tengok, kita tak beri masa untuk otak proses dengan teliti. Kita biarkan hati kita untuk mengadili. Kalau dah tak suka, dia bernafas pun umpama dosa bagi kita. Sedangkan dia tak kenal kita pun. Dan kita jua tak kenal dia secara rapat.

Cepat sangat kita tinggalkan komen, sebab semuanya di hujung jari. Kalau dulu, kalau ada rasa tak puas hati dan rasa kurang senang dengan selebriti, kena telefon majalah atau syarikat akhbar. Kena cakap dengan wartawan hiburan, kena suarakan rasa tak puas hati dan kemudian kena tunggu beberapa hari atau beberapa minggu lagi untuk ditapis beritanya sebelum disiarkan. Lambat dan renyah bukan? Sekarang? Tak suka je terus kutuk. Benci aja habis dibuka aibnya. Tak setuju dengan pendapat orang lain terus maki habis-habisan. Nasihatpun kadang-kadang sampai memalukan dan menjatuhkan maruah orang lain.

Sebab kita pakai lesen; “Just my two cents.” dan “Kita sebagai umat Islam kena saling nasihat menasihati.”

Tahu tak? Perasan tak? Susah-payah duk gaduh untuk selebriti sampai kita kena maki-maki segala mata-mata nak mempertahankan dia, dia masih lagi teruskan hidup dia seperti biasa. Kita pun masih lagi kena pergi kerja, kalau tak kerja sebab nak bergaduh mempertahankan selebriti di media sosial kang siapa pulak nak bayar hutang PTPTN? Siapa yang nak tolong bayar ansuran kereta? Siapa nak bagi duit untuk langsaikan sewa rumah? Makan pakai kita? Siapa nak tolong sara ahli klorga kita? Ada ke selebriti tu nak tolong kita ni? Kenal kita pun tidak.

Tengoklah sendiri. Nilaikan. Dalam ruang lingkup donia showbiz tu sendiri pun masing-masing boleh mengadu domba. Selebriti tu tuduh selebriti ni, orang tu tak suka orang ni. Provoke pula dengan status dan gambar-gambar yang seolah berteka-teka secara tidak langsung dan tidak menyebut sebarang nama, sebagai tanda nak menyuarakan ketidakpuasa hati. Dan kita sebagai peminat, sama-sama turut serta menjadi tukang sorak. Bila isu dah jadi panas, semua status dan gambar di-delete. Atau terus tutup akaun. Penyelesaian untuk orang yang pengecut.

Kita ini orang biasa-biasa. Punya hidup yang berbeda. Kita hidup gaya kita. Kalau tak suka dan sakit mata dengan mana-mana manusia, tak payah susahkan diri nak ikut perkembangan hidup individu tersebut. Ini tidak, kau yang susahkan diri sendiri.

Bila kau tengok dia mewah, kau kata dia ditaja. Tapi dalam hati, mungkin kau pun teringin sama nak hidup mewah macham dia. Kita kena ukur baju badan sendiri. Kalau gajah nak berak besar, takkan kancil pun nak berak besar? Tak pasal kang mati sebab terkeluar jubur taik. Kalaupun iya dia mampu hidup gaya elit dengan melancong ke luar negeri, shopping di butik-butik designers tersohor bagai nak mati, takkan kita nak ikut jugak? Kalau tak mampu nak tahan mulut dari caci maki, baik jangan follow akaun media sosial dia. Kau tak sakit hati, dia pun tak kena maki dan kau pun tak buat dosa free.

Terlalu sakitkan masyarakat kita? Tak boleh langsungkah kita pandang ke arah kebaikan? Kita ini kekurangan kasih sayang dan perhatiankah?

Betul. Kita ini manusia yang ada silap dan salahnya. Tapi kita jugak manusia yang boleh berubah. Kalau jahat semedang, takkan tak tercoet pun di hati tu nak berubah menjadi lebih baik. Mungkin kita tak boleh nak didik orang lain ikut acuan kehendak kita, tapi kita boleh bermula dengan didik diri kita terlebih dahulu.

Gua mulakan 2014 dengan pengharapan akan menjadi tahun yang lebih manis daripada sebelumnya. Tapi sedikit sebanyak rasa sedih jua melihatkan kita masih lagi di takok yang sama. Busuk hati dan hasad dengki terlalu tinggi.

Che Za kata inilah kehidupan. Boleh kalau nak baca tapi jangan lupa jadikan sebagai panduan.

Iya, memang boleh dijadikan panduan. Cuma masih lagi panduan dalam kesakitan untuk sebuah kebenaran. Kebenaran yang kita sebenarnya sakit. Rohani kita sakit. Jiwa kita sakit.

Dan oleh kerna fikiran semakin terasak serta lemas dengan ‘kesakitan’ yang diciptakan oleh manusia, gua rasa ada eloknya gua tinggalkan sahaja permasalahan yang tidak akan berhenti ini di dalam sebuah ‘kotak’ dan gua tinggalkan sahaja di sebuah rak.

Lalu dengan frekuensi ceria, otak gua memproses sebuah pertanyaan,

“Mana Char Kuey Teow paling sedap kat Kay El ni?”

.

i.Z.Z.i.e:

Dijemput untuk berkongsi buah fikiran kalian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s