sebab Georgian akan sentiasa bangga bila pakai pakaian merah menyala

Hoi! Lu carik apa kat sini? Hari-hari asik ketik belog gua, eh?

polkadot merah menyala

Hari ni gua pakai baju kurung moden polkadot merah menyala setelah sekian lama gua pakai jeans/smart casual ke sites/office. Rindu nak pakai baju kurung ke ofis hari-hari. Rindu nak rasa badan dibalut dengan pakaian hasil jahitan Mak.

Rambut dah panjang SIKIT, kan?!

Eh. Gua balik Penang kejap lagi. Wiwiwiwi. Sila jelly. Kalau tengah lebuhraya PLUS nanti lu nampak sebijik Panamera Turbo kaler merah menyala, pemandu pakai baju merah menyala, silalah hon..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sebab itu bukan kereta gua.

Tra la la la la la..😛

Sebelum 2013 menutup tirai, ijinkan gua bermelankolik sebentar. Manalah tau, ini adalah tulisan terakhir di tahun ini sebab gua percaya dan yakin bahawasanya tiadalah gua akan rajin untuk menulis tatkala sudah berenak-enak di rumah nantinya. Tambah pulak dapat berehat dan bermanja-manja di bawah ketiak Mak.

Oh, ketiak Mak sangat sorga.

Kurang lebih seminggu lagi tahun 2014 akan menggantikan 2013. Setahun lagi meningkat usia, setahun lagi lebih dekat dengan mati. Dan masa terlalu pantas berlalu pergi.

Gua takde azam yang spesifik untuk tahun depan. Perancangan untuk kehidupan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya itu senantiasa ada. Dan semustinya termasuklah jua perancangan untuk terus memperbaiki diri dari segi rohani dan jasmani. Hidup kena ada matlamat.

2013 mencoret pelbagai warna-warni, yang indah umpama pelangi ataupun kisah ngeri yang tidak langsung berseri. Moga nyawa ini akan terus dipinjamkan Illahi untuk kita sama-sama  memberatkan amal di Kanan dan meringankan beban di Kiri.

Insya-Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s