Kuning keemasan, merah menyala dan biru selembut salju

Arakian, bulan lepas gua pergilah ke Sunway Pyramid dengan kekanda-kekanda sekalian. Kak Ayu nak tengok loafer di Pedro, ada sales katanya. Dah alang-alang menyeluk pekasam, langsung terus makan tengah hari di sana.

Rutin gua kalau ke Sunway Pyramid ni, musti masuk ke Popular. Dah semacham ketagihan bau buku.

Saat tiba di pintu masuk, terkinja-kinja gua kerna terpandangkan Diary of a Wimpy Kid: Hard Luck sudah berada di pasaran. Menggelupur gua capai satu. Senyum lebar gua apabila pelekat diskon 30% kepada ahli Popular ditampal di kulit buku. Kanda Massabrina juga capai sebuah, kerna sesungguhnya kami berdua pembaca dan penonton tegar siri Diary of a Wimpy Kid. Tee-hee-hee.

wimpykid_2013

Pusing-pusing lagi, kot-kot ada buku yang menarik hati. Tiba-tiba gua terpandangkan ini..

hunger games_2013

Oh, Tuhan Esa! *lap ayer mata*

Ini namanya edisi istimewa, edisi terhad, edisi-sengaja-nak-buat-gua-merempan, edisi-mampu-meroyan, dan edisi yang sewaktu dengannya.

Gua tak tahulah kalau orang lain, tapi kalau gua benda-benda macham ni mampu buat gua hilang kawalan. Buku.

Boleh buat gua tak lena tidur malam memikirkan. Chantek kemain. Kalau ada di rak buku gua tu memang jelita sungguh. Tapi.. *pandang rak buku sendiri* gua dah ada siri The Hunger Games. Takkan semata-mata kerna edisi istimewa, edisi terhad, edisi-sengaja-nak-buat-gua-merempan, edisi-mampu-meroyan, dan edisi yang sewaktu dengannya gua nak laburkan duit lagi?

Lalu gua salurkan perasaan meroyan dan merempan itu kepada Che Za. Yelah, kalau meroyan biarlah berjemaah.

Gua tahu Che Za peminat fanatik siri Hunger Games. Lebih obses lagi dengan Jen Law. Saat gua tunjukkan gambar di atas samalah seperti memerah asam limau ke atas luka yang ditoreh-toreh dengan pisau Rambo.

Sakit tak, Che Za? *evil grin*

Ni kita kena redho lah ni ye?

.

i.Z.Z.i.e:

Kak Halu dengan yakinnya berkata, “Belilah yang kaler merah (Catching Fire) sebab yang ni paling chantek!”. Comelkan beliau? *facepalm*

4 thoughts on “Kuning keemasan, merah menyala dan biru selembut salju

  1. ::waahahaha..i rilek ajaa…seperti perbualan kita selepas you dengan niat syaitooonn me ‘watsapp’ kan gambo ini… setakat cover kilat..boleh wat sendiri laahh..boleh ajaa… (mode:meyakinkan diri sendiri)..

    ..bole ja….wat sendiri…

    ..kaver kilat tuuu…

    …….
    …jahanam punya sistem kapitalis !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s