Dilema wanita berwajah Asia yang terlalu menampakkan ciri-ciri wanita Asia Tenggara?

izzie_asian me

Gua tak tahu sama ada ini adalah suatu bentuk pujian atau sesuatu yang boleh dianggap agak ‘mengaibkan’? Mungkin ia bergantung kepada keadaan dan situasi. Dan sesungguhnya ini adalah kisah benar, teda yang benar selain yang benar-benar belaka, semuanya daripada pengalaman gua sendiri.

Kalau gua ke Indonesia, pasti dikatakan yang gua ini cewek dari Jakarta. Pening jugak nak memahamkan tiap patah kata Bahasa Indonesia dengan loghat Jakarta yang begitu pekat kerna disangkakan gua ini dari sana. Puas jugaklah nak mengesahkan yang gua ini benar-benar dari Malaysia.

Sama jua halnya kalau gua ke Vietnam dan ke Thailand, pergilah ke mana-mana ceruk pasti rakyat tempatannya akan berkomunikasi dengan gua dalam bahasa ibunda mereka. Dengan wajah blur dan tercengang-cengang gua berkata,

“Sorry, I don’t understand. Do you speak English?”

“You no Thai/Vietnam/(masukkan sahaja mana-mana nama negara anggota ASEAN)?”

“Oh, no. I am not.”

“You look like Thai/Vietnam/(masukkan sahaja mana-mana nama negara anggota ASEAN).”

“I got that a lot, actually. Haha.”

Dan tempoh hari, gua ditegur oleh seorang Sister yang berasal dari Filipina di sebuah klinik di Phuket semasa mendapatkan rawatan untuk Mr.K.

“Are you a Filipino?”

“No. I am Malaysian.”

Dan gua tak mahu lagi bertanya kepada Sister tersebut soalan selanjutnya seperti, “Why? Do I look like a Filipino?” sebab semustinya jawapan beliau adalah “Yes” kalau tidak takkan dia tanya macham tu kan? Gua rasa lebih logikal kalau gua tanya,

“Why? Do I look like Kristine Hermosa?”

Pfffttttt!

Kau tak kenal siapa Kristine Hermosa?

Nahhhhh!

Lebih logikal, bukan?

Yelah, kita kan serumpun. Mana beda sangatlah wajahnya kalau dah namanya penduduk Asia Tenggara ni. Semuanya seakan-akan sama.

AKAN TETAPI DEMIKIAN HALNYAAAAAAAAAAAAA…

Tiadalah gua nak kecik hati atau nak sentap kalau ditanya saat sendirian atau bersama teman-teman. Yang gua sentap tu andaikata ditanya tatkala gua bersama-sama Mr.K.

Gelaklah…gelak T_________T. Gua sumpah 7 keturunan kang baru tau!

Buat teman-teman yang pernah berjumpa dengan Mr.K musti faham kenapa. Tapi untuk yang tidak faham, biar gua jelaskan duduk hal situasi yang agak kurang menyenangkan ini.

Bismillah *tarik napas dalam-dalam*.

Senang cakap Mr.K tiadalah berketurunan Melayu atau punyai mana-mana ciri yang menunjukkan beliau itu dari Asia Tenggara. Lebih kepada etnik di Timur Tengah dan di Asia Selatan halnya. Nampak tak permainannya di situ?

Masih kabur?

Dalam penjelasan mudahnya, kalau kau ke negara-negara Donia Ketiga, dan lebih-lebih lagi di negara Asia Tenggara pemerdagangan wanita begitu berleluasa. Dan adalah menjadi suatu pemandangan serta fenomena biasa di tempat-tempat liburan baik di Thailand, Indonesia, Vietnam, atau masukkan sahaja mana-mana nama negara anggota ASEAN, seorang lelaki asing berdampingan dengan seorang wanita tempatan sebagai teman untuk bersuka-ria.

Sebab itu kadang-kadang boleh nampak perbedaan layanan di antara Mr.K dan gua.

Contoh #1: Ada yang akan beri salam pada Mr.K sahaja, manakala gua seperti biasa akan dibahasakan dengan bahasa ibunda mereka.

Contoh #2: Ini agak ketara. Kalau di restoran-restoran, pelayan (baik lelaki mahupun wanita) hanya akan serve Mr.K seorang. Sikit pun badan dan wajah dia tak kalih/pandang/hadap gua, atau tanyakan apa gua nak makan/minum. Machamkan gua tak wujud. Menu makanan/minuman pun hanya diberikan kepada Mr.K seorang. Bila Mr.K tegur,

“Would you please serve my wife as well and give her another set of menus?”

Barulah nanti pelayan akan berikan.

“Thank you.” ucap gua.

“Oh, you no Thai/Vietnam/(masukkan sahaja mana-mana nama negara anggota ASEAN)?”

Dan rasa-rasanya kau boleh agak skrip perbualan seterusnya, bukan? *le sigh*

.

i.Z.Z.i.e:

The bittersweet of interracial relationships🙂.

 

2 thoughts on “Dilema wanita berwajah Asia yang terlalu menampakkan ciri-ciri wanita Asia Tenggara?

  1. “You no Thai/Vietnam/(masukkan sahaja mana-mana nama negara anggota ASEAN)?”

    At least nie terjadi kat luar , but me terjadi kat tanah tumpah darah ku..sodeh tau…

    Btw ..miss ur thought …*goyang bontot cam shin chan*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s