Situasi yang akan membuatkan gua bertukar menjadi hijo..

Bukan hijo -Hulk tapi hijo -SHREK.

Kalau gua memandu dan Abang di sebelah, memang acap kali jugak ditegur. Kata Abang, asal gua pegang steering aja hilang sifat sabar. Mula-mula gua tak perasan tapi lepas tu gua amati dan hayati perangai sendiri bila memandu.

Gua jadik agresif.

Satu. Pantang ada nak memotong barisan, memang harapanlah gua nak bagi laluan. Nak-nak jenis tengin tak bagi signal. Jangan sebab gua lady driver dan kereta kaler pink kau nak ambik kesempatan. Kereta kaler pink tu setakat warnanya aja lembut, pemandunya tidak.

Pesan Abang, “Selagi fender kereta yang nak menyelit tak masuk depan kereta awak, awak ikut rapat kereta depan. Rapatkan sisi kereta awak dengan kereta yang nak himpit tu.”

Gua pilih kereta kaler pink tu sebab senang nak spot, especially kalau kat parking lot pasal warna striking. Nak kata gua minat pink, tidaklah pulak.

Dua. Gua tak sabar kalau sangkut dalam kesesakan lalulintas. Sangat tidak sabar. Bukan tak sabar sebab apa, lutut gua sakit dowh! Kalau jammed melampau, memang hazablah gua nak kena tahan sakit. Sebab tu kalau nak balik ke rumah, gua rela keluar awal sikit atau lambat sikit asalkan dapat elak waktu puncak.

Tiga. Pantang kalau ada kereta yang bawak perlahan lemah gemalai macham tengah berchenta. Nescaya mulut gua cursing dan swearing bertubi-tubi. Kadang-kadang macham orang gila marah sorang-sorang dalam kereta. Pemandu yang bawak terlalu perlahan ni memang jenis tak tengok cermin belakang agaknya. Bawak ikut seronok sendiri, padahal kereta kat belakang dah berjujuk.

Tahu tak kalau memandu terlalu perlahan pun boleh membahayakan pemandu lain?

Oh, lesen memandu gua dari Penang. The best place to test your driving skill. Dan ‘skill’ memandu gua tu pun dari sana. LOL!

dell keyboard

Itu kesan sampingan daripada amukan puaka yang terpaksa laptop gua hadapi sebab dah terlalu perlahan dan kerap hang. Yang gua tunjuk terburai tu satu, yang gua tak tunjuk pulak… *le sigh*.

Laptop pulak dah uzur, dah 5 tahun. Memang mengundang kemarahan gua betul tatkala nak buat kerja, nak adjust satu tulisan di slide network diagram dalam MS Power Point ambik masa sejam. Marahkan nyamuk, kelambu kena bakar.

Kecikkkkkkk..kecikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk je gua nampak laptop ni.

Ni internet pulak buat hal. Dah lah lagging, intermittent pulak tu. Tunggu masa nak bertukar menjadi ganas!

Oh, Tuhan. Berikanlah daku kesabaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s