Sampai ke saat ini gua masih kembang tekak!

Tadi tengah hari, gua makan di sebuah restoran di Pantai Dalam. Kalau tengah hari dapat makan nasik berlauk memang sedap. Dan sememangnya restoran tu menyajikan masakan panas dan nasik berlauk jugak.

Tak berlengah, gua terus ceduk nasik tak sampai semangkuk. Coba untuk mengurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayuran serta protein. Terung sambal gua ambil, sayur petola dengan soohun dan foocuk masak lemak gua senduk, dan ayam sambal bahagian thigh melengkapkan sepinggan lengkap gua.

Elok ayam sambal tersebut gua letak dalam pinggan, ternampak seperti habuk putih bertongkol di celahan dagingnya. Gua amati dengan lebih dekat. Nampak jelas ulas-ulas panjang yang gua sangkakan ‘habuk’ putih tadi.

Semerta meremang tengkuk gua dan tekak terasa kembang.

TELUR LALAT/LANGAU!!!!

Gua telan liur. Geli-geleman. Gua memang penggeli dengan telur lalat/langau, telur semut bertongkol-tongkol yang jumpa bawah tikar lembap, berenga dan yang sewaktu dengannya. Kalau jumpa semut segerombolan pun gua geli. Geli. Geli. Geli.

Gua capai pinggan kosong dan asingkan ayam sambal (dengan telur lalat/langau) tadi lalu mengunjukkan kepada kakak pelayan kedai.

“Kak, ayam ni dah tak elok. Ada telur lalat.”

Dengan wajah yang sedikit terkejut, kakak kedai ambik pinggan yang gua suakan.

“Yelah. Adik nak ganti lauk apa?”

“Takpelah. Saya ambik begedil aja.”

Gua tengok kakak tadi terus menuju ke dapur bersama-sama pinggan berisi ayam tadi. Dan gua pandang deretan lauk yang dihidangkan. Tak bertutup. Memang mudah lalat/langau nak hinggap. Dan kalau langau dah hinggap, memang mudah sangat nak bertelur.

Nasik dan lauk gua kuis-kuis. Perut dah tak terasa lapar. Selera dah mati.

Untuk sesorang yang imaginasi visualnya sangat tinggi, tak mudah gua nak lupakan insiden sebentar tadi. Terbayang-bayang bentuk telurnya. Oh, tak dapat gua nak imejin kalau terlepas pandang dan dengan penuh seleranya ratah ayam sambal tersebut.

Dah. Gua tak gamak nak sambung. Nak muntah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s