Walau sekadar berselisih saja, mampu menggetarkan jiwa..

Tidaklah gua berselisih dengan Aaron Aziz. Entahlah kanda, dinda rasa bagaikan sudah tertulis di luh mahfuz bahawasanya kita tidak berjodoh bersama. Mana tidaknya, saat kanda ke Utara dinda ke Selatan. Saat kanda ke Barat dinda pula masih kekal di Timur. Dalam kamar tiada ketemu jua.

Oh, sedih berganda.

Tapi..tapi..tapi *pintal bucu kain dengan malu-malu*

Gua pernah bersua dengan kanda Adi Putra.

Gua terkam dia? -Tidak!

Gua peluk dia? -Tidak!

Gua ciom dia? -Tidak!

Percayalah, gua ini seorang yang pemalu!

Setakat nak meroyan kat sini, beranilah. Namapun keyboard warrior. Kalau jumpa depan-depan, sumpah gua tak berkutik.

Ini cherita lama. Ada sekali tu gua ke premier screening filem Adi Putra bersama Nora Danish. Tahun sudah kot, takpun dua tahun sudah. Tempat duduk gua dalam panggung adalah betul-betul di penghujung sekali, paling dekat dengan tangga. Dan kebetulan di tangga itulah tempat laluan kanda Adi Putra saat habis tayangan dan memulakan sesi bertemu peminat.

Lalu. Tepi. Gua.

WANNGGGGGGGGGGGGGGGGIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII~~~~!!!

Gua hanya diam membantu, mata terpejam rapat dan nafas gua tarik dalam-dalam. Seakan coba untuk mengingati dan menikmati bauan itu. Reseptor bau bekerja keras dengan menghantar maklumat ke otak untuk mencernakan bau wangi oleh makhluk yang lalu sebentar tadi.

Maaf, kedengaran agak saikosis di situ.

Penonton yang hadir berpeluang untuk beramas mesra dan bergambar bersama-sama. Dan gua, mustilah tidak semenggah nak berasak-asak untuk bergambar dengan kanda Adi Putra. Cukup hanya menatapnya dengan dua biji mata. Dan senyum sendiri. Dan menjerit dalam hati senyap-senyap.

Percayalah, gua ini seorang yang pemalu!

Kemudian saat Adi Putra mahu beransur, masih lagi dia gunakan laluan yang sama. Tapi kali ini dia berhenti betul-betul di sebelah tempat duduk gua kerna ada peminat yang mahu bergambar bersama-sama.

Berhenti. Tepi. Gua.

WANNGGGGGGGGGGGGGGGGIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII~~~~!!!

Gua hanya diam membantu, wajah gua menunduk menahan getar di dada dan nafas gua tarik dalam-dalam. Seakan coba untuk mengingati dan menikmati bauan itu. Reseptor bau bekerja keras dengan menghantar maklumat ke otak untuk mencernakan bau wangi oleh makhluk yang berdiri di sebelah gua ni.

Sesak rasa di dada menahan debar dan getar. Tangan kiri dan kanan gua genggam kemas. Gua rasakan seperti aliran arus elektrik menjalar ke seluruh badan. Tiba-tiba pendingin hawa dalam panggung itu bagaikan tidak berfungsi. Panas!

Maaf. Masih kedengaran seperti seorang yang saikosis di situ.

Tak pernah dalam hidup gua kalau retis mana-mana yang gua jumpa, gua kejar atau minta untuk bergambar bersama. Tidak. Kalau terserempak, terserempaklah. Kalau berada di majlis yang sama, suatu kebetulanlah. Dia pun manusia biasa.

Melainkan kalau kanda Hyde atau kanda Ian Somerhalder atau Robert Pattinson atau Hyun Bin atau Jang Geun Suk atau..atau..atau.. (nampak berapa banyak atau yang tidak berkesudahan di situ?). Itu mampu buat gua terus pengsan walaupun baru berselisih kat sebelah.

Eh. Kalau pengsan rugilah!

Harap-harap kanda Hyde atau kanda Ian Somerhalder atau Robert Pattinson atau Hyun Bin atau Jang Geun Suk atau..atau..atau.. (nampak berapa banyak atau yang tidak berkesudahan di situ?) akan segera memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut kalau nampak gua pengsan.

Amin.

Aherherher.

Aummmm~!

.

i.Z.Z.i.e:

Lelaki wangi adalah smexy! *lep lep  lep*

2 thoughts on “Walau sekadar berselisih saja, mampu menggetarkan jiwa..

  1. ADI PUTRA!!! @.@
    OMG….OMG…
    kalau saya mahu terus jatuh terduduk terjelompok hampir pengsan… hampir jelah sbb kalau pengsan… rugi katernyerrr…

    perangai yang sama ~~ takkan terkam artis utk bgambar, otograf mahu apapun…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s