Marhaen

Gua ini hanyalah golongan marhaen yang rutin hidupnya sama aja seperti orang lain. Bangun pagi sebelum matahari menunjukkan diri, kemudian pergi membanting tulang empat kerat di kota untuk mencari rejeki dan sesuap nasi, pulangnya ke rumah saat matahari mula perlahan-lahan meninggalkan jejaknya di ufuk barat, ataupun seringkali jua pulang bertemankan cahaya purnama saat bulan mengambang atau jika tidak hanyalah ditemani gelap malam yang pekat.

Tibanya hari gaji, hutang-piutang yang perlu dilunaskan sudah panjang berjela. Sebab itu gua sering kata, gajinya hari ini tapi uangnya sudahpun habis semalam lagi. Selepas ditolak dan dibahagi (nampak di situ tak ada langsung operasi campur dan kali?), tinggallah baki untuk perbelajaan seharian demi meneruskan hidup hingga ke hujung bulan. Berkira-kira dan mencongak bilakah pula hari gaji yang seterusnya.

Dan begitulah seterusnya kitaran kehidupan gua, seorang golongan marhaen.

Sudah masak benar dan tak perlu lagi diulangsiar cerita bahawasanya hidup di kota sara hidupnya begitu tinggi. Dengan pelbagai cukai yang dikenakan, tambah pula dengan minyak RON95 seliter dinaikkan harga menjadi RM2.10 makanya kesan domino mula dirasai. Semua harga makanan, pengangkutan, servis kini harganya melonjak tinggi.

Tak habis diasak dengan perbelanjaan hidup yang tinggi, timbul pula isu JPJ nak hapuskan kenderaan yang berusia lebih 12 tahun di atas jalan raya.

Solusi yang membantu rakyat apakah ini?

Sedangkan isu pemilikan rumah yang bagaikan masih tiada jalan penyelesaian. Apakah tidak nampak rumah-rumah yang dibina hari ini sekadar untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan membina rumah-rumah berkos tinggi dan mewah? Manakan golongan marhaen mampu untuk memiliki kalau harga permulaannya sahaja sudah mencecah RM500,000?

Lihat pula kondo-kondo mewah yang harganya tidak kurang dari RM1 juta. Berapa banyak unit rumah yang didiami dan dimiliki manakala selebihnya hanya unit-unit gelap yang masih tidak berpenghuni.

Kini, isu kereta berusia lebih 12 tahun menjadi keutamaan. Apakah rasionalnya membeli kereta baru tiap 12 tahun andaikata kereta itu masih lagi dalam keadaan elok dan tidak membahayakan nyawa pemandu, penumpang dan pengguna jalanraya yang lain? Tidakah sedar bahawa kereta itu suatu liabiliti, berapa lama nak menjadi hamba kepada bank-bank dan berhutang keliling pinggang untuk kereta yang bakal dilupuskan untuk 12 tahun yang akan datang? Kalau kereta tu murah macham timbang kati bolehlah pejam sebelah mata, tapi harga kereta di Malaysia ni mahal serupa bedil (meriam). Mahal nak mampos!

Tak perlulah gua bahaskan kualiti kereta tempatan. Rasanya masing-masing punya pengalaman dan pengetahuan dalam bab itu. Kalau dikatakan isu keselamatan yang diutamakan, tolonglah lihat semula kualiti kereta buatan Malaysia. Sedangkan ABS dan air-bags pada kereta yang menjadi antara sistem keselamatan utama untuk mengurangkan impak kepada pemandu dan penumpang andai berlaku kemalangan pun boleh dientengkan.

Mana tidaknya, kalau nak kereta dengan harga murah, ABS tak ada dalam sistem brek kereta, ataupun air-bags hanya ada untuk pemandu. Kalau mahu ciri-ciri ABS dan air-bags ada untuk penumpang, kena beli kereta yang lebih mahal untuk speksifikasi yang lebih tinggi. Kenapa tak dikuatkuasakan aja ABS dan air-bags perlu ada pada setiap kereta untuk pemandu DAN penumpang.

Sedih. Kadang-kadang terasa bagaikan hidup mengemis di negara sendiri.

Apa lagi undang-undang dan penguatkuasaan baru lepas ni? Hidup rakyat tak ubah seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hidup ditekan dan dikerah sehabisnya hanya untuk mengkayakan golongan yang dah sedia kaya.

4 thoughts on “Marhaen

  1. Kereta aku dah 14 tahun, adakah pihak yang mengeluarkan statement ini akan tolong bayar downpayment? Nampak sangat gaji yang dapat tiap bulan tu untuk bayar hutang semata. Emo dah ni, dok berusaha naikkan isi pendapatan keluarga tapi keluar peraturan-peraturan pelik ni

    • itulah yang selalu diingatkan, yang Malaysia masih aman.
      Aman.
      Kes bunuh, kes culik, kes rompak, hari-hari masuk berita. Macham dah kat Mexico.
      Le sigh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s