Sendiri carik penyakit

Amaran Mr.K;

“If anyone going to say something bad about you after this, you have to face it yourself. Don’t ever complaint. You look for it.”

Merujuk kepada gambar kaki sekerat dengan keluasan ruang kaki dalam pesawat yang maha luas yang gua pos di Instagram di bulan Juli.

Dan gua selak lagi arkib gambar.

Tempat-tempat percotian yang pernah dikunjungi.
Hotel-hotel 'mewah' yang menjadi tempat penginapan.
Restoran dan tempat makan 'standard' di padangan mata orang lain.
Hadiah-hadiah 'mahal' yang diterima.

Mahu berkongsi? Kongsi apa sebenarnya? Kepuasan apakah yang gua kehendaki dengan meletakkan semuanya untuk tatapan atas tiket ‘untuk berkongsi dan sebagai memori’?

Lalu gua jalankan satu eksperimentasi. Satu akaun yang hanya untuk tatapan mata gua, tiada ada sesiapa atau follower di sana. Segala jenis gambar peribadi dimuatnaikkan.

Gua akui, keterujaan untuk berkongsi itu merudum 100% kerna tiada siapa yang akan tengok, tiada siapa yang akan double-tap, tiada siapa yang akan berikan perhatian, dan tiada siapa yang akan komen. Kenapa kepuasan itu bagaikan tidak wujud sedangkan objektif sebenar adalah -menyimpan setiap kenangan dan memori? Kenangan dan memori itu selamat di situ, masih tetap di situ..cuma tiada penonton untuk bersorak.

Subhanallah. Wujudkah perasan riak, ujub dan takbur selama ini dalam menelusuri teknologi? Secara tidak langsung, perbuatan yang gua rasakan ‘biasa dan norma’ itu punya bait-bait sifat mazmumah.

Pelan-pelan kayuh. Pelan-pelan kita ubah.

Insya-Allah.

.

i.Z.Z.i.e:

Lebih afdhol jadik deep macham Mak Yon.

6 thoughts on “Sendiri carik penyakit

    • kebenaran memang pahit untuk ditelan, kan kak wan. nak-nak pulak kalau kebenaran yang tepat mengenai sasaran. being the slow and the very lampi me, it took me longgggggggg enough to understand and i learned it the hard way.

  1. Terlalu banyak hakim yg menghakimi, sedangkan pesalahnya hanya seorang.. Terlalu bnyak yg cerdik pandai nak keluarkan pendapat, sedangkan anak muridnya hanya seorang.. Terlalu banyak yg lebih dewasa nak menegur silap, sedangkan yg mudanya hanya seorang..

    Dan bila yg seorang itu kita..

    **tiba-tiba menjadi tempat meluah rasa =P hehe assalamualaikum.. Tuan tanah..

  2. setuju sangat dengan jasjamal, ‘Terlalu banyak hakim yg menghakimi, sedangkan pesalahnya hanya seorang.. ‘ biar lambat jangan langsung tak sempat sedar.. kesilapan hari ini, esok mendewasakan kita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s