Izzie’s back, alright!! (sila sebut dengan nada lagu Everybody-BSB. Kalau kau tak tau lagu tu, you’re too young then..jaman kita berbeda)

Salam.

Kehadapan pembaca tegar, pembaca sunyi-sepi, pembaca kadang-kadang aje, pembaca diam-diam ubi berisi, dan pembaca-pembaca yang sewaktu dengannya.

Perlukah sebuah justifikasi untuk menyedapkan hati sendiri walhal sebenarnya tiada penerangan yang patut dilakukan untuk menjelaskan duduk sebenar dan tindak-tanduk sebuah tindakan?

Hati kecil mengatakan perlu. Kerna coba untuk mengelakkan salah faham yang mungkin akan berlaku. Tapi kalau dah namanya manusia, jelaskanlah sampai waktu kedengaran tiupan Sangkakala tetap jua akan punya pendapat dan pemahaman sendiri yang berbeda.

Jadi di sini, gua tidak mengatakan ini adalah sebuah justifikasi. Gua ambil pendekatan yang ini adalah cerita daripada seorang “pencerita”.

Storyteller.

Gua.

Betapa amazing-nya gua rasa pada 11.11.2013, saat entah-kali-ke-berapa kunjungan gua menemui doktor yang selalu merawat gua di Bangsar. Dr. M. Medical Doctor, MD. Bukanpun pakar dalam physchology. Dari pertanyaan gua yang berkaitan dengan penyakit, melarat hingga ke punca segala penyakit yang gua hidapi.

Hati.

Terus dari hati ke hati, sebuah nasihat yang umpama dari seorang bapa kepada anaknya. Dapat dilihat segalanya seolah semuanya tertulis di muka gua. Ahhh..masalah yang sama. Sering gua katakan yang gua ini umpama openbook.

1. Stress.

Gua katakan kepada Dr. M yang gua mengalami stress.

Alasan. Alasan paling biasa dari mulut gua; stress bekerja.

Penafian.

Punca stress yang sebenar adalah di no.2.

.

2. Masalah.

Peribadi.

Marina Shah sendiri akui, kalau melalui pembacaannya di sini hidup gua kedengaran indah dan berwarna-warni. Kita kan selalu nampak pelangi tu indah atas kepala orang lain? Tapi manusia mana yang mampu lari dari masalah? Cuma cara individu menanganinya sahaja yang akan mendorong hidupnya lebih kalut atau lebih tenang. Masalah selesai atau masalah bertambah.

Masalah utama gua sebelum nak menyelesaikan masalah adalah gua mencampuradukkan semuanya. Gua tak tahu untuk meletakkan setiap masalah pada kedudukannya dan membezakan setiap satu dalam kategori masing-masing. Mana yang perlu diselesaikan, mana yang perlu dibuang, mana yang perlu dibiarkan dahulu?

Serabut. Menyebabkan otak akan bekerja lebih masa untuk mencari jalan penyelesaian. Lalu membawa kepada kemurungan.

Dan jalan penyelesainya gua terus tuju kepada permasalahan yang maha besar tahap petala ke-tujuh. Terus mahu segalanya diselesaikan secepat mungkin. Tanpa gua sedar, dengan mengambil langkah untuk menyeselaikan masalah yang kecil-kecil di sekeliling masalah besar itu adalah lebih efektif. Secara tidak langsung, gua tidak akan berasa tertekan dan kecewa seandainya dalam perjalanan menyelesaikan masalah itu akan berlaku kegagalan. Seandainya berjaya, keyakinan diri akan bertambah untuk menghadapi masalah yang lebih besar.

Take the small steps, he said.

How so, she said.

You won’t be crushed by disappointment, he said.

Oh, she said.

.

3. Cerita.

Berhati-hati dengan siapa dan apa yang gua sampaikan kepada teman dan rakan, pesannya. Kadang-kadang, perkara biasa untuk perempuan berkongsi cerita dan meluahkan perasaan kepada teman dan rakan. Walaupun niat gua hanya untuk berkongsi, tapi tanpa sedar the other party punya leverage kerna tahu perihal hidup gua. Boleh jadi suatu hari nanti leverage itu akan digunakan untuk kepentingan the other party.

Bukan menuduh tapi ini adalah perkara biasa dalam donia hari ini, doktor berpesan.

Dan kenal akan perwatakan gua, dapat Dr. M tebak bahawa hati gua terlalu rapuh. Andai ada sesiapa yang berkata sesuatu yang tidak elok atau melakukan sesuatu yang gua tidak suka, nescaya hati gua luka. Dan kemudian gua akan menangis sorang-sorang dalam bilik. Pendam perasaan dan kemudian bina sebuah dinding kebal.

You hit the jackpot, doc.

Contohnya belog ini.

Dari awal gua segalanya gua kongsi. Sampai satu tahap apabila mengetahui ada yang menjadikan belog ini sebagai medium mudah untuk ketahui perjalanan hidup dan tiap aktiviti diri ini. Lebih sakit apabila ada yang begitu mudah menjadi begitu prejudis dan membuat konklusi sendiri.

Salahnya gua. Gua yang memberikan ruang dan jalan. Gua yang membenarkan segalanya menjadi tatapan.

Tak kurang juga tiap bait kata dan tulisan diplagiat ataupun menjadi terikutan. Apabila membaca di laman belog penulis lain, terdetik di hati..

“Eh, ini macham penulisan ako.”

Hampir 6 purnama belog ini mendiamkan diri, membawa diri sendiri ke gua nan sepi. Membiarkan mereka-meraka menulis dan mencari gaya penulisan sendiri. Dan membiarkan mereka-mereka lupa untuk menjejak kisah gua di laman ini.

Gua suka menulis. Walau hanya penulis picisan dan menulis tanpa ketetapan namun gua rasakan ini adalah sebuah kechentaan. Harap belog ini tidak disalaherti, disalahgunakan atau dijadikan bahan.

Di sini gua memulakan semula. Menulis bukan untuk mendabik dada atau menjaja cerita. Penulisan dan kisah gua yang lalu gua tinggalkan di sini. Masih kekal dan tidak akan dibuangkan ke tepi. Tiada penafian dan mahupun mengelak diri.

Sedaya mungkin gua akan kurangkan dan elakkan penceritaan yang akan mengundang kejengkelan.

Whatever I buy,
Wherever I go,
Whatever I do..
I use my own money. so, where’s your pain???

Itu biar sahaja gua simpan untuk tatapan sendiri. Biar perasaan riak, menunjuk-nunjuk dan bangga diri perlahan-lahan terkubur sepi.

Kita masih punya banyakkkkkk topik lain untuk dibicara dan dikongsikan.

Perlahan-lahan. Mohon bantuan kalian dalam gua memperbaiki diri.

Insya-Allah.

2 thoughts on “Izzie’s back, alright!! (sila sebut dengan nada lagu Everybody-BSB. Kalau kau tak tau lagu tu, you’re too young then..jaman kita berbeda)

  1. boleh ke nak tutup mulut orang yang dengki khianat ni? biarkan saja masuk telinga kiri keluar telinga kanan tapi bukan 100% boleh lalu ja kekadang ada yang singgah dan ada masa kita kuat namun ada masa kita tewas juga tapi yang penting ko hidup dengan cara yang ko pilih, mak ayah restu itu dah cukup.. be strong beb ^^v

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s