The Facebook

Perkara menjengkelkan yang selalu kita-kita buat dan suka buat di Facebook tetapi orang lain yang tengok di Newsfeed mungkin tak berapa suka sangat nak hadap;

1. Gambar makanan.

Katanya kalau update gambor makanan ni, orang tu punya sakit mental.

Lebih sensitif lagi kalau di bulan Ramadhan, tak menghormati orang lain yang kurang bernasib baik. Yang mungkin tak mampu nak menikmati juadah berbuka sepertimana kita yang lebih bernasib baik. Secara tak langsung dah menyebabkan orang lain sedih. Kurus jugak puasa kau. Tak pasal.

Tapi gua takdak hal. Nak upload apa kau makan hari ni ke, apa kau masa hari ni ke, suka hatilah. Janji jangan sakitkan mata gua dengan meletakkan lauk-pauk dan hidangan yang sendu atas lantai tanpa alas. Apa ke payahnya nak alas dengan sokabar pung?

Update gambar makanan secara lahiriahnya gua tak rasa jengkel sangat. Yelah, sebab gua pun buat jugak.

PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG sedas.

Hak hak hak haktuihhhh.

.

2. Lokasi dan aktiviti sehari-hari.

Kemain kau nak letak status check-in dari Foursquare bagai, kat aiportlah, kat sana, kat sini, kat sinun. Boleh puji lagi dengan usaha tangkap gambor kaki separuh di tepian pantai dengan caption, “Heaven!”.

Bila kawan-kawan kau komen dan bertanya, “Ke mana?”, “Kat mana tewwwww?”, “Berapa flight tickets?”, ataupun sekadar tambah perisa dengan, “Visit my IG dear.” langsung kau tak menjawab setiap persoalan.

Ataupun persoalan dijawab dengan ayat dan emoticon yang gua rasa nak tepuk dahi lu dengan kerusi marmar.

“Rahsia :P”

Apa motip kau update dengan lokasi dan gambar kaki tapi bila orang tanya konon-konon nak berteka-teki? Kau nak orang tahu yang kau pergi bercuti, kan tapi konon-konon agak subtle lah sebab tak inform secara terus-terang.

Dan status-status paling jilaka,

“Oh, tak sabar nak bercoti lagi. Next destination???”

“Asik tengok tiket flights je. Mmmm..”

Dan ada jugak jenis bila tengok status update kengkawan lain pergi hu-ha sana sini, hatta lunch/dinner dengan kengkawan ofis/sekolah/uni, maka keluarlah komen yang kadang-kadang gua rasa nak tikam diri sendiri.

“Tak ajak pun!”

Bukan nak tikam diri sendiri sebab rasa bersalah, tapi sebab tak sanggup nak hadap orang cenggini.

Sebenarnya, kau belum tentu akan join sekali, kan? Tapi kau nak sekurang-kurangnya kau diajak/dipelawa/diberitahu akan agenda untuk keluar bersama-sama. Pergi atau tak, lain cerita. JANJI KAU DALAM LOOP untuk keluar ramai-ramai tu.

Takpun, cakap je ON. Tup-tup last minute batang hidung pun tak nampak.

Lembu dipegang pada talinya. Manusia dipegang pada janjinya.

Kau manusia dan kau tak menepati janji, kau lebih rendah daripada lembu yang dipegang pada talinya. Atau lebih rendah daripada tali itu sendiri.

.

3. Online business.

Manusia paling rajin update status di Facebook, atau tukar display picture selang satu hari selain daripada attention seeker adalah mereka-mereka yang punya produk jualan online.

Baguslah. Cari sumber pendapatan.

Tapi sakit jugak mata bila ada yang langsung tak kisah dan menjual produk yang berunsurkan seks.

Like, seriously?

Belum lagi dikira dengan testimoni-testimoni yang gua baca pun malu sendiri. Habis cerita dalam kain nak dijaja. Malu entah hilang ke mana.

Aishh, kalau kisah online business, marketing, dan testimoni ni rasanya sampai besokpun tak abis gua ngomel lagi.

.

4. Engagement/Pre-wedding/Post-wedding update.

Ini adalah kepakaran kaum gua, kaum Hawa.

Gua tahu kau gumbira dan sangat seksaited, berdebar-debar, rama-rama dalam perut berterbangan, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah dan yang sewaktu dengannya.

Ya. Gua tompang gumbira kau disunting orang. Tahniah.

Ya. Gua tompang suka kau dinikahi dan bergelar isteri. Tahniah.

Namun perasaan itu tak mati di situ sahaja. Tambah pulak skang ni dengan trend #trobek.

“Ahh, pada tarikh 11.11.11 di tahun Gajah, kita ditunangkan. Ingat tak b?”

“Dulu sorang. Kini tidak lagi. Berdua lebih baik.”

“Tunggu Encik Suami pulang. Macham tak percaya dah bergelar isteri.”

*Unsubscribe. Delete. Report as a spam.”

.

5. 1st Trimester/2nd Trimester/3rd Trimester of pregnancy.

Gambar keputusan alat ujian kehamilan yang bertanda positif – uploaded.

Dan kemudian, bermulalah status-status seorang ibu yang hamil. Tekak loya. Tak lalu nak makan asik makan, kemudian muntah balik. Bed rest aja boleh sebab doktor dah bagi MC 2 minggu. Bleeding. Bleeding. Bleeding. Encik Suami sangat supportive; tolong masak, tolong beli makanan, tolong kemas rumah, tolong kemas baju, basuh baju, basuh pinggan mangkuk, tolong urut, tolong tutup tv, tolong, tolong, tolong, TOLOOOOOOOOONGGGGG~~

Adakah kau Kate Middleton?

Bukan, eh?

So fuck yea, I don’t wanna know about your pregnancy updates.

Kalau gua dikhabarkan kau bakal menjadi ibu, jujur gua ucapakan tahniah. Moga kandungan selamat dan begitu jugak dengan ibunya. Gua tompang gumbira. Tapi untuk 9 bulan seterusnya gua terpaksa hadap kau punya status ibu mengandung sampai ke saat kelahiran rasanya gua tak punya kesabaran.

Melainkan kau Kate Middleton lah!

.

6. Kadar pertumbuhan anak sedari saat pertama lahir ke donia.

Setiap. Detik. Update. Update. Update.

“My baby dah poop.”

“My chenta hati dah pandai senyum.”

“My baby dah sebut Mama dan Papa.”

“I am proud mother. Baby I dah pandai jalan.”

“Yeay, dah tumbuh gigi.”

“Risaulah, anak demam.”

Yada, yada, yada.

Ye, gua tahu. Nak simpan setiap moment anak membesar. Tiap gambar upload, tiap video upload. Perlukah? Semua orang nak tahukah? Memang tak boleh simpan sendiri, eh? Memang kena kobarkan satu donia, eh? Eh?

Adakah anak kau adalah Bakti Arjuna Fitri ataupun Sofia (Opi)?

Bukan anak kau, eh?

So fuck yea, I don’t wanna know about the growth of you child.

Melainkan anak kau Bakti Arjuna Fitri ataupun Sofia (Opi) lah.

.

i.Z.Z.i.e:

Nah koyok, buat tampal luka berdarah kat hati tu.

3 thoughts on “The Facebook

    • wow! i terkesima kejap sebab post ni ditulis semasa i masih private-kan belog ni. and of course, for some it is quite sensitive as it may ‘terkena batang hidung’.
      not just for some lah, for me as well🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s