E-J-A

Semak tak ejaan kalau nak menulis apa-apa? Baik di belog, mahupun di media massa. Tolonglah, tak susahpun nak Google sekejap perkataan tu untuk dapatkan ejaan yang betul. Bukan semua perkataan kita guna dalam percakapan sehari-hari. Kalau gunakan pun, selalunya kita sebut sahaja di mulut dan tak ambil pusing dengan ejaannya. Asal bunyi kedengaran betul, dah cukup bagus. KAN?

TIDAK!

Ada orang sensitif sangat kalau orang tegur kesilapan ejaan dan sebutan. Memanglah rasa TERmalu, tapi kalau tak ditegur nanti sampai bilapun kau takkan sedar kesilapan sendiri. Dahlah nak usaha sendiri malas ya Rabbi! Bila orang bagitau salah, dikatakan pulak Grammar Nazi.

Percayalah, kalau terus-terusan mengeja dengan ejaan dan sebutan yang salah sampai sudah kita akan terbiasa dengan keadaan begitu. Masa Apiq sekolah rendah, pernah gua semak buku sekolah dia. Terkedu jugak bila tengok chegu dah pangkah besar-besar alam sebab ejaan tembikai dia salah. Kau tau dia eja tembikai macham mana?

T-E-M-I-K-A-I

Sebab Apiq memang sebut tembikai sebagai “temikai”. Jadi bila kena eja, dia tulis sama macham apa yang dia sebut. Kalau budak kita fahamlah, dah baru belajar. Kalau orang tua? -Payah nak ajar.

Czer.
Sekali baca sungguh gua tak dapat tangkap apa kejadahnya itu. Rupanya, Caesarean section. Atau singkatannya C-section atau lebih mudah disebut sebagai C-sec (sama macham kau sebut doctor sebagai doc). Atau bahasa pasar yang paling mudah untuk difahami; beranak ikut tingkap.

Pisces (constellation). Kau sebut macham mana?
a. pee-sis
atau
b. pai-sis

Niat di hati nak kongsi maklumat dengan orang lain memang dah bagus. Tapi lebih molek kalau pastikan ejaan jugak betul, sepertimana kita patut pastikan fakta yang dikongsi itu adalah sahih.

Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s