Masalah problem

1. Baca

Gua nak khaborkan, gua dah start baca novel semula ni. Dan semustinya, apabila dah mulakan semula tebiat nan satu ni bakal mengundang masalah problem. Kononnyalah, gua nak light reading sebelum masuk tidur. Baca untuk 30 minit sahaja untuk buat mata mengantuk. 30 MINIT SAHAJA. Atau paling kurang, 3 bab. 3 BAB.

Semalam, gua mula selak mukasurat pertama pada jam 11:30PM.

Dan berhenti pada jam 04:00AM, pada bab 31.

JAHANAM!

Sebab tu gua pantang kalau baca novel. Pantang mula.

Kalau dah mula, gua akan tamak. Tamak nak habiskan, tamak untuk tau ending, tamak untuk tidak mahu simpan untuk esok hari.

‘Takpe. Baca sikit je lagi. 1 bab je lagi.’
’10 minit kang kompom tutup lampu.’
‘Tengok jap bab seterusnya kisah apa pulak.’

Dusta semata!

Mujur gua dah hentikan tebiat suka selak mukasurat terakhir. Ngelat!

Percayalah, bila bangun tidur untuk pergi kerja waktu itu adalah waktu paling jilaka sekali rasanya. Terus rasa menyesal sebab malam tadi tak tidur awal, hanya gara-gara terlalu leka membaca.

Dan percaya jugaklah, perasaan paling jilaka itu hanya terjadi apabila mata terasa kelat dan tersengguk-sengguk di pejabat. Setibanya di rumah, apabila tangan mula mencapai novel yang sama untuk disambung pembacaan yang tergantung malam tadi, perasaan jilaka itu hilang entah ke mana. Matapun terasa segar bertenaga macham kena simbah dengan minyak Cap Kapak.

Dan proses ini setidak-tidaknya akan berterusan hinggalah habis pembacaan. Atau lebih tepat lagi, akan terus dan terus berlanjutan untuk novel-novel yang akan datang.
.
2. Adaptasi

Masalah problem yang kedua adalah apabila novel yang dibaca telahpun diadaptasi ke dalam bentuk drama/filem. Kau tetap akan terbayang-bayang watak-watak di dalam novel yang telahpun dibawa ke layar. Sampah macham manapun adaptasi tu, kayu macham manapun lakonan pelakonnya, tetap kau akan terbayang-bayang.

Gua tak suka dalam situasi ni. Perasaan paling tak best sebab gua rasa daya imaginasi gua yang sering bekerja keras telah terbantut akan usaha kerasnya. Imaginasi tidak dapat menjadi liar! *batuk batuk*

Jodoh Itu Milik Kita.

Itu novel yang gua sedang baca. Gua tak tengok drama bersirinya tapi gua tahu Aariz Danial itu dibawa wataknya oleh Farid Kamil. Muka-paling-menggoda-kenyit-mata-senyum-nakal-suara-romantis macham manapun watak Aariz Danial, takkan dapat buat gua sawan tangis. Kerna? Kerna gua asik terbayangkan Farid Kamil. Dan bayangan itu sangat turn-off.

Mujur novel Kasih Yang Suci gua dah baca berkali-kali sebelum diadaptasi. Sebab sampai ke hari ini, minda gua punya 2 versi Seth Tan yang berbeda. Seth Tan/Nora Elena takkan sama, dan takkan pernah akan menggantikan imaginasi liar gua terhadap Seth Tan/Kasih Yang Suci. Lain! Biar kanda Aaron Aziz buat muka-paling-menggoda-kenyit-mata-senyum-nakal-suara-romantis macham manapun, takkan kanda dapat padam imaginasi awal dinda terhadap Seth Tan/Kasih Yang Suci.

Sebab itu gua boleh sawan tangis dengan watak Seth Tan sampai ke hari ini.

Namun demikian halnya, masalah problem ini adalah berkadar songsang untuk novel omputeh yang diadaptasi ke layar perak. Aherherher.

 

3 thoughts on “Masalah problem

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s