Rezeki Ramadhan

Betullah kalau orang cakap, bulan Ramadhan ni murah dengan rejeki dan makanan. Kat Malaysialah. Kita bercakap pasal Malaysia sebab gua kat Malaysia. Kalau kat tempat lain gua tak pasti macham mana. Tapi yang pasti, kalau bercakap pasal umat Islam yang kurang bernasib baik macham di Palestin, gua yakin rejeki dan makanan di bulan Ramadhannya tak semelimpah-ruah macham kita kat sini.

Kalau yang rajin, inilah bulan nak kumpul duit. Kumpul duit nak buat raya, dan kumpul duit raya. Ramai yang jual tudung, baju, produk kechantikkan, biskut raya, kerepek raya, serunding, semuanya bertagline PROMOSI RAYA. Bagus. Ada inisiatif nak tambah pendapatan. Tapi lazimnya gua adalah orang yang menjadi penyumbang kepada mereka-mereka yang rajin ini. Sebab gua tak pandai berniaga. Tak reti  nak letak harga. Tak reti nak kira berapa nak amek untung. Letak harga mahal kang, gua tak sampai hati. Mak pesan, kalau nak amek untungpun biar berpada.

Sama macham kain Japanese cotton/kebaya Jawa/telekung yang gua beli di Bandung/Jakarta. Bukan mendabik dada, tapi tanpa berselindung gua berani aci kerat kuku jari kelingking, boleh aja kalau gua mau berniaga kain dari sana dan kemudian dibawak masuk ke pasaran sini. Peluang dah ada. Nak atau tidak aja.

Japanese cotton kat sana dijual tidaklah mahal mana. Harga yang gua kira murah tu pun sebenarnya udah 2 kali ganda dengan harga yang dijual kepada rakyatnya sendiri. Kalau sudah bergandapun masih gua kira murah, memang betul murahlah! Tapi kat sini, orang jual 4 meter kain Japanese cotton tu sampai RM80 sepasang. Kurang lebih 100% keuntungan.

Untuk berlaku adil, ye mungkin dikira dengan kos pengangkutan di sana (kalau peniaga pergi sendiri ke Bandung/Jakarta), dan kemudian kos kargo lagi. Pukul sana, pukul sini, kena kira untung <>=100%.

Ada jugak peniaga di sini yang sudah ada connection bagus di sana. Tak perlu lagi turun padang, hanya perlu membuat tempahan dan arahan lalu peniaga di Bandung/Jakarta akan terus hantar dengan kargo segala kain-kain/telekung/baju yang dikehendaki. Dah banyak kos boleh jimat di situ. Tapi di sini, masih dijual dengan harga yang tinggi.

Kawan-kawan yang kirim dengan gua memang jujur gua cakap, gua tak kira untung. Kos baggage Air Asia, kos pengangkutan gua di sana dan etc., gua tak kira. Malah, kurang lagi ada. Sebab tak sampai hati. Kira tolong kawan. Kira diskon. Dah kebetulan gua ke sana. Kepuasannya bila kawan-kawan yang memesan tu puas hati dan suka dengan pilihan gua.

Tak salah nak untung. Memang itulah tujuannya nak berniaga pun, kan? Tapi kadang-kadang gua tengok jugak di Facebook, ramai benor menjual. Sampai terpikir, kalau semua dah menjual siapa yang membeli? Sebab produkpun lebih kurang sama je semua. Pembeli kena rajin sikit dan buat homework untuk dapatkan promosi yang paling rendah dan berbaloi.

Kita amek contoh Bedak Thanaka.

Semua kalut nak chantek macham Nora Danish. Yelah, sapa taknak nampak chantek, kulit mulus-putih-gebu? Gua pun nak! Nora Danish jual RM10. Untuk berapa gram punya bedak Thanaka yang dihasilkan di Myanmar, yang dibawak masuk ke Malaysia, rebranding dah kemudian Nora Danish jual RM10. Katalah yang paling kecik punya, 40gm.

Kemudian ramailah yang menjual bedak Thanaka yang sama. Cuma yang ini tidaklah rebrandingMacham mana yang dijual di Myanmar, itulah jugak dijual di Malaysia. Sampai tulisan dan cara pemakaianpun masih dalam tulisan bahasa Myanmar. Cuma di sini nama dan wajah Nora Danish dijual secara tidak langsung sebagai pelaris. Untuk 40gm tu, rata-rata mereka jual RM25-RM30.

Nora Danish jual RM10. Rebranded.

Penjual lain jual RM25-RM30. Tak ada rebranding.

Yang terdetik dalam hati gua, Nora Danish jual RM10 tu lepas dikira untung semustinya. Dan bedak Thanaka itu pulak rebranding di sini. Itu sahaja sudah melibatkan kos. Tapi dia jual RM10. Agak-agaknya berapa ringgit dia beli secara pukal dari Myanmar? RM3 sebekas?

Maknanya memang ada untung, bukan?

Tapi yang penjual lain tu jual sampai RM25 sebekas. Dah untung berapa ratus persen di situ?

.

Biskut Raya

Tukang bancuh, tukang terap, tukang bakar, tukang susun kuih dalam balang, tukang yang memang bersengkang mata nak buat kuih raya tu jual sebotol RM25, misalannya. Sekali lagi, semustinya dia dah kira penat lelah dia, kos bahan mentah dia, elektrik dia, usaha dia, pencuci pinggan mangkuk dan pencuci lantai yang digunakan sewaktu nak menyiapkan biskut raya yang nak dijual.

Orang yang tolong jual, yang bawak gi opis dan kemudian promote kat kawan-kawan dengan harga RM30 sebalang.

.

PaRam

Ada sekali gua beli ikan Cencaru bakar yang disumbatkan dengan sambal kelapa, nasi putih dan sebungkus kecil air asam diberikan sekali. Gua mintak sup kosong sebagai tambahan.

Nasi putih: RM1.30

Ikan Cencaru bakar: RM6.00

Lepas tu gua lalu gerai sebelah. Ada orang jual Roti Jala. Kuah Kari Ayam. Peberet nih! Terus teringat kat Mak. Tekak rasa berpasir menahan sebak. Anak rantauan macham ni lah.

Roti Jala (5 ketul) dengan Kari Ayam: RM2.50

Azan Maghrib berkumandang. Doa dibaca. Bismillah.

Ikan Cencaru yang terasa keras kejung dan hanyir terasa tawor hebior. Takpelah. Tukang masak berpuasa. Mana dapat nak rasa masam-masin-manis-pedas-pahit. Terus dicicah dengan air asam. Air asam yang langsung takde bawang racik mahupun cili potong. Isi ikan yang dicicah tadi dibawak ke mulut lalu disuap. Allah, rasa air belachan semata dengan sedikit rasa masam air asam jawa. Takpelah. Tukang masak berpuasa. Mana dapat nak rasa masam-masin-manis-pedas-pahit. Cepat-cepat gua capai sudu lalu gua sudu sesudu sup kosong lalu disuap ke mulut. Tak ada rasa. Masin tidak, rasa sup pun tidak. Takpelah. Tukang masak berpuasa. Mana dapat nak rasa masam-masin-manis-pedas-pahit.

Gua habiskan mana yang termampu. Tapi terus-terang cakap, memang gua tak mampu. Adalah makan 3 suap, lalu gua tolak ke tepi. Gua tahu, menangis nasik tu. Tapi hati gua pun menangis, hanya gua sorang yang tahu. Eh, tak. Sekarang korang pun dah tahu.

Gua bukak bungkusan Roti Jala dengan Kari Ayam. Kari Ayam gua tuangkan ke dalam mangkuk kecil. Adalah di situ ketulan-ketulan kentang yang diracik halus, dengan 3 potong isi ayam yang jugak umpama diracik jua hendaknya. Seketul Roti Jala gua amek lalu gua cicah dengan kari.

Cair. Melekat di Roti Jala pun tidak.

Gua terus rendamkan keseluruhan ketulan roti itu. Biar dia kembang dan serap kuah kari tu. Nak hidup. Kena cepat fikir dengan cara yang paling kreatif untuk meneruskan kehidupan.

Kelmarin gua beli Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah. Ada sedikit kacang goreng dengan seekor ikan bilis, sehiris timun dan sejuring telur rebus.

Kalau telur rebus, gua paling suka telur kuning. Tak kira rebuslah, goreng pun sama. Laju gua suap telur nan sejuring. Tapi tekak tak boleh terima lalu gua luahkan semula.

Telur dah basi. Bau busuk tak ketara tapi rasa di lidah dan tekak memang sejati busuknya dan basinya. Agaknya telur yang tak habis dijual hari semalam atau sebelumnya yang di-recycle semula.

Sampai hati meniaga macham tu.

Sungguhpun nak untung, janganlah meniaya orang. Satu hal kalau bab makanan. Memang gua sedih kalau orang meniaga tau nak untung tapi makanan yang dijual tak memuaskan. Yang dah tak elok, itu yang diberi makan. Rasa kurang, adilkah nak dijual dengan harga yang tinggi sedangkan hasil dan kualitinya tak seberapa?

Untung berlipat ganda memang seronok mengira laba. Tapi menekan orang lain. Menjawablah kau kat akhirat nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s