Puasa sebab nak raya, atau raya sebab puasa?

Ramadhan Kareem, kawan-kawan.

Kejap je dah masuk 10 hari kita berpuasa. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk berpuasa tahun. Masih lagi dipinjamkan nyawa oleh-Nya. Moga-moga puasa tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan diterima Tuhan hendaknya. Amin.

Dalam perjalanan gua ke Skudai tempoh hari, ada gua dengar di radio. Dato’ Haji Fadzilah Kamsah kata, orang yang berpuasa tapi tak menutup aurat puasanya sah. Orang yang berpuasa tapi sembahyangnya tidak, puasanya sah. Tapi puasa macham tu namanya puasa orang kurang ajar.

Oh Tuhan Esa.

Gua yang jahil lagi hina tak mahu berbicara atau menjustifikasikan pasal tudung. Salah memang salah, dosa memang iya. Baik buruk orang bertudung dan yang tidak usah dibicara. Hanya Tuhan yang layak mengadilinya.

CUMAAAAAAAA..

Eceh. Ada jugak cuma.

Cuma gua yang jahil lagi hina ini tertanya-tanya, maaf cakap andai terasa. Kenapa yang berhijab itu tidak lagi bersederhana seperti yang sepatutnya? Bukan lagi bersederhana malahan cara pemakaian bagaikan meminta perhatian.

Lazimnya, gua yang berkepala boleng ni dianggap tidak layak untuk mempersoalkan wanita yang bertudung. Iyalah, bagaikan sudah terang lagi bersuluh. Kan?!

Raya tahun ni macham biasa. Tak ada yang luar biasa, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Orang lain sibuk nak beraya dengan baju designers; Jovian, Hatta Dolmat, Rizalman bagai. Tapi gua bagaikan tiada perasaan. Entah, pada gua raya bukanlah bermakna nak melaram atau jadi Ratu Kampung Sehari. Asal baju selesa, senang gua nak duduk bersila makan rendang-ketupat-nasi himpit-kuah kacang-laksa-mee kuah-soto ayam-nasi dagang di pagi raya sudah bagus. Tambah pulak gua ambik tender bancuh air-hidang air-top up kuih raya-basuh pinggan, agak-agak dah masuk tengah hari kompom gua bertukar pakai t-shirt sama seluar pendek paling lusuh yang jugak paling selesa kalau nak bertenggek kat dapur.

Raya pada gua lebih kepada berkumpul dengan ahli klorga. Itu yang lebih bermakna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s