Satu bulan, satu.

Terkujat gua dibuatnya bila bukak WordPress malam ni tetiba layout dah bertukar. Perghhhh!! Berapa lama gua punya hiatus ni? Baru sebulan je kot!! Tapi agak melampau jugaklah, sudahlah diswastakan, malas pulak menulis sedangkan kawan-kawan yang membaca beria-ia register bagai sebab nak dapatkan access ID.

“INI. TIDAK. ADIL!”

Sila baca dengan nada Ahmad Nisfu.

Adil, tak adil. Kau kena terimalah seadanya gaya penulisan secara tidak konsisten perempuan ini. Malam ni gua rajin sikit. SIKIT. Sambil nak tunggu masker untuk yang lapisan ke-tiga ni kering di muka sambil ditiup dengan hembusan kipas di skala tiga, ada eloknya gua menceceh sikit. Nak gosok baju untuk masuk ofis esokpun rasanya culas amat.

Bulan Juni, 3 kali gua ulang-alik ke Johor Bahru. Kali pertama, untuk kenduri kawen. Kali kedua, kerja. Kali ketiga, kerja. Ulang-alik Penang, toksah cakap. Kalau kena kerja pun, gua rela. Rasa nak lunyai badanpun ada. Mana sempat nak jengok belog. Cuma yang sempat gua buat, atur kedai makan. Aherherher.

Ini baru sebahagian. Tolong jangan sumpah gua kerna memaparkan di sini. Kalian patut bersyukur gua tak tayang masa bulan Ramadhan *evil grin*.

Makin banyak kerja, makin stress, dan badan jua seperti dipam-pam adanya. Eh, kalau dah makan doplohpatjam, usah ditunding jari dan terus-terusan menyalahkan stress sebagai penyebab dan dijadikan sebagai alasan.

Masker gua dah kering. Okbai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s