Kisah dapur

Seperti biasa, punya kesukaran untuk memulakan kata. Menulis ini perlu senantiasa, bukannya berkala. Boleh, boleh aja gua taip dan tulis cepat-cepat. Kali ini gua akan coba. Tak perlu proof-read, kita tengok betapa tunggang-langgangnya isi dan kata-kata.

Ya, kita coba.

Sebetulnya akal masih berputar dan bekerja lebih masa. Begitulah agaknya sejak akhir-akhir ini, tiada lagi rasa bersantai usai waktu kerja. Tiada lagi berjimba-jimba di hujung minggu. Kerja, kerja dan kerja. Bangla pun habis kerja jam 6 sore, hujung minggunya pula berliburan. Adakah gua lebih teruk dari pekerja-pekerja Bangla itu? Ah, inilah mungkin yang dikatakan jadi hamba kerja.

Tidurpun termimpikan tugasan. Tiada istilah rehat yang sebenar. Kalau waktu rehat yang hakikipun masih terganggu, mana sebetulnya rehat yang didambakan tubuh badan? Beban dan tanggungjawab yang terpikul di pundak terasa beratnya.

Pundak. Bukan pundek.

Begitulah kesah kerja yang tidak berketepian. Lalu akhirnya gua katakan, “Ahhhh..persetankan!”

Kerja takkan pernah berkesudahan. Lalu gua pusing keliling. Ada yang ketinggalan sewaktu gua dalam kesibukan.

Mak. Tok. Mak Cu.

Ya. Orang tua-orang tua itu. Orang tua-orang tua itu yang seringkali mengatakan ‘tidak mengapa’ bilamana gua khabarkan minggu ini gua tidak dapat pulang ke kampung. Orang tua-orang tua itu yang tidak pernah akan memberitahu sakit peningnya kerna risau tugasan gua akan terganggu di kota. Orang tua-orang tua itu yang mengatakan semuanya baik-baik dan sihat-sihat aja sedangkan dalam hatinya menantikan pulangnya anak ini ke pangkuan.

Sikitnya masa yang dapat diluangkan bersama. Sedangkan usia mereka makin menganjak ke senja. Bila-bila masa saja mungkin menyambut seruan-Nya.

Hujung minggu yang sudah gua sempat pulang ke Penang. Kebetulan pula punya tugasan luaran di Utara. Ibu tua itu katanya sudah berpuasa dari awal Rejab. Mahu diteruskan hingga ke Ramadhan. Namun yang begitu mengharukan, ibu tua itu seawal jam 5 pagi sudahpun berada di dapur. Menyediakan juadah untuk anaknya  ini bersarapan di pagi hari. Menyediakan tiap juadah yang terasa ingin dinikmati.

Lalu gua tegaskan, biarkan gua sahaja yang berkuntao di dapur. Kalau setakat goreng ikan masin dan tanak nasik untuk makan tengah hari, tak menjadi hal. Bukannya wajib nak kena berendang dan bergulai. Dengan nada lembutnya, ibu tua itu menolak untuk berehat di ruang tamu.

“Biarlah Mak tolong di dapur. Ni ajalah masa Mak dapat sembang dengan Adik.”

Gua pusing badan membelakangkan Mak. Sebak. Cepat-cepat titik air yang mengalir panas jatuh ke pipi itu gua seka dengan belakang tangan.

Gua tahu, Mak sebenarnya rindu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s