Kawen

Memandangkan dah masuk musim coti sekolah, maka bermulalah musim majlis perkahwinan juga adanya. Adalah lebih afdol sekiranya gua jugak bercerita tentang topik yang sama, kawen.

Jarang gua nak sentuh topik ni. Sebenarnya gua sendiri tak ada komen yang spesifik. Selaku seorang wanita yang sedang meningkat usianya, tak dapat lari daripada memikirkan soal ini. Bukan komitmen perkahwinan yang menakutkan atau yang menjadi permainan di fikiran gua tetapi majlis perkahwinan itu sendiri.

Kalau dilihat pada corak perkahwinan sekarang, tak ubah menjadi trend dan ikutan secara bermusim. Bermacham-macham ragam, bermacham-macham tema mengikut kemampuan dan citarasa sendiri. Bincangkan.

Call me old fashion, gua tak marah. Tiap kali undangan perkahwinan datang menjengah, hinggalah ke tiba hari perkahwinan dan persandingan, bermacham-macham persiapan diadakan. Dari kad undangan, pengantin, hantaran, pelamin, andaman, pengapit, keluarga pengantin, dan serba-serbi mau yang tersempurna dan terbaik. Yelah, kawen ni biarlah sekali seumur hidup. Bukan hari-hari naik pelamin dan menjadi raja sehari.

Dan ramai jugak coba untuk menjadikan majlis perkahwinan mereka itu sesuatu yang meninggalkan kenangan untuk tetamu yang datang. Biar ada kelainan, yang menjanjikan suatu perbedaan di antara majlis yang lainnya. Ada sampai tempah pin badge button, photo booth, dan sebagainya. Ikut idea dan kekreatifan masing-masing. Meraikan chenta, katanya.

Lepas itu, mulalah gua bercongak-congak. Untuk semua-semua gimik itu, bukan sedikit duit yang dihabiskan. Belum lagi dikira dengan persiapan yang lainnya. Mungkin juga campur tangan keluarga yang menginginkan gaya dan tema perkahwinan untuk anakanda tersayang. Ahhh.. Belum apa-apa gua rasa terbeban dengan gaya dan trend perkahwinan sekarang.

Kenapa??? KENAPA???!!!

Bukahkah konsep perkahwinan itu sebenarnya memudahkan semua? Wajibnya nikah dan sunat muakkadnya walimatulurus.

Gua taknak apa yang gua sampaikan di sini memakan diri gua sendiri. Sekarang, ini adalah pandangan gua. Tak tahulah dalam masa terdekat semuanya akan berubah. Mungkin bila tiba masanya, apa yang gua katakan sekarang ni akan menjadi sebaliknya. Wallahualam. Sebolehnya gua akan sedaya upaya memegang pada kata-kata gua sendiri.

Sampai ke saat ini sebenarnya gua masih dalam kelemasan untuk sebuah pengertian. Ini baru gua sebut tentang majlis perkahwinan, belum lagi majlis pertunangan yang sudah umpama majlis pernikahan.

Dalam kepala otak gua ini hanya mampu berfikir untuk hanya bernikah dan mengadakan jamuan makan kecil-kecilan bagi hadiran yang terdiri dari keluarga dan kenalan terdekat. Cukup untuk meraikan secara sederhana dan tiada pembaziran. Tapi kalau itu benar-benar dilaksanakan, bolehkan diterima dalam masyarakat hari ini?

Gua bukan orangnya yang akan bersusah-payah nak menjadikan majlis gua tatapan semua mata. Gua bukan orangnya yang akan menjadikan majlis sendiri gah hanya untuk dikagumi hadirin yang bertamu. Gua bukan orangnya yang akan mengerah keringat dan daya hanya untuk peristiwa yang hanya berlangsung tak sampaipun untuk 12 jam. Sungguh, gua sudah letih walaupun belum bermula.

Tipulah kalau gua katakan gua tak punya majlis perkahwinan impian. Namun demikian, impian itu semakin rasional dan selari dengan fokus yang lebih utama.

Biarlah kecil dan sederhana tak mengapa tapi meninggalkan makna untuk gua dan bakal suaminya. Kerna selepas segala majlis itu, punya suatu kehidupan baru yang menunggu. Itu yang lebih gua nanti-nantikan, bukannya majlis yang hanya indah sekejapan.

Kawan-kawan, jangan terkejut kalau gua tak ada gambar pra-perkahwinan atau selepas perkahwinan. Baik indoor, mahupun outdoor. Jangan terkejut kalau tiba-tiba gua akui yang gua sudah dimiliki oleh seorang lelaki yang bernama suami. Kerna bukan gua bukan bermaksud untuk merahsiakan, hanyalah cuma mencari redha Illahi.

Doakan gua dinikahi oleh si empunya tulang rusuk kiri. Doakan gua dinikahi dengan insan yang akan menjadi imam dan penchenta ulung kepada Ya Rabbi.

One thought on “Kawen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s