MS dan kereta

Salam.

Hari ini mari kita bincangkan suatu topik yang agak sinonim dengan masyarakat kita. KERETA.

Minta maaf cakap, kalau ada yang terasa. Ini sesungguhnya pendapat dari gua. Masing-masing punya pandangan, dan gua yakin kita semua pandai menimbangtara setiap perkara dan keputusan yang dibuat. Sekali lagi ikhlas gua katakan, ini pendapat gua.

Tak pernah gua beritahu kereta jenis apa gua pakai di sini. Kali ini gua akan telus, jujur dan adil.

MyVi Limited Edition 1.3. Keluaran 2011. Automatik. Senang cakap, MyVi yang pink kaler tu.

Gua mula kerja Nov 2008. Selama gua bekerja, gua hanya berjalan kaki ataupun naik LRT dari rumah sewa ke pejabat. Memang gua tak ada kenderaan masa tu. Susah-senang kaki inilah yang akan membawa ke destinasi. Kalau jauh untuk ke tempat meeting/training, pandai-pandailah cari teksi ataupun tumpang rakan sekerja.

Pernah gua nak namakan belog gua sipejalankaki.wordpress.com sebab berjalan kaki ke mana-mana bukan perkara baru buat gua. Dan biasa, dah dari kecik begitu. Tapi sayang, dah ada orang lain terlebih dahulu yang daftar di WordPress dengan nama tu. Lalu jadiklah driedroses.wordpress.com selepas gua terpandangkan bunga ros kering pemberian Mr.K di atas meja.

Ha! Nostalgia.

Baik, kita sambung. Rata-rata rakan sekerja di pejabat mula membeli kereta pada tahun pertama bekerja. Masuk tahun kedua, hampir semua sudah berkereta. Gua? Masih sama. Berjalan kaki sahaja setiap hari. Banyak yang perlu difikirkan dan dikira dengan teliti kalau nak pakai kereta.

  • Wang ansuran bulanan.
  • Minyak kereta.
  • Servis dan maintenance.
  • Tayar.
  • Wang simpanan kecemasan untuk kereta kalau breakdown.

Selagi gua rasakan tak perlu dan masih boleh bergerak ke sana ke sini dengan dua kaki ini, gua akan terus melangkah. Hinggalah tiba penghujung 2010, di mana gua ditugaskan ke Cyberjaya selama hampir sebulan. Waktu itu gua mengharapkan ihsan dari rakan sekerja untuk berulang-alik dari ibupejabat ke sana. Sulit apabila dalam kecemasan, andai gua tak sihat dan sebagainya terpaksa pula meminta mereka tolong hantar ke klinik dan hantar ke stesen ERL untuk pulang ke rumah.

Dari situ gua berkira-kira, mungkin sudah tiba masanya gua membeli kereta. Tambah pula sudah lama benar gua tak memandu, perasaan takut itu begitu menghantui. Tambah pulak gua tak cekap lagi. Bayangkan, gua dapat lesen tahun 2008. Dan selama itulah gua tak memandu.

Gua perlu belajar pandu kereta semula. Tapi kereta siapa? Siapa nak pinjamkan kereta untuk dibelasah dan dijadikan sebagai kereta sekolah memandu? Nak taknak, gua perlu punya kereta sendiri dan kemudian belajar semula untuk memandu di atas jalan raya. Kalau gua tak tolong diri sendiri, orang lain apatah lagi!

Tapi soalan pertama dari Mr.K, “Are you ready to commit? Can you pay the installment? Not just installment, but the fuel as well.”

Gua faham, dia risau kalau gua tak dapat tampung perbelanjaaan gua seperti sebelum-sebelum ini. Gua punya komitmen lain. Namun gua nekad.

Setelah dikira dan dicongak, hasil perbincangan dan perbahasan antara Mr.K dan gua;

  • Mr.K cadangkan beli kereta second-hand. Sekurang-kurangnya kalau gua terlanggar apa-apa masa nak belajar memandu semula tu tak adalah teruk sangat sebab bukan kereta baru. CADANGAN DITOLAK. Orang perempuan seeloknya beli kereta baru. Kalau kereta second-hand, kita tak tau enjin betul-betul masih dalam keadaan baik ke tidak. Kita tahu pakai je. Lagipun, takkan gua nak beli 2 kali? Dah pandai bawak nanti, angkat yang baru sebijik. Tak ke duit lagi?
  • Kalau nak beli kereta baru, kena pastikan gua dapat parking dalam kawasan kondo yang dua diami. Tak boleh parking kat luar kawasan kondo. Masalahnya, rumah gua sewa dah guna 2 parking; 1 parking free dan satu parking berbayar. Setiap rumah maksimum 2 parking sahaja. Tapi mujurlah gua dapat parking ke-tiga selepas jumpa dengan Pihak Pengurusan kondo. Bayaran bulanan RM50. PARKING SETTLED!
  • Abang gua adalah seorang mekanik. Dan seorang mekanik sangat cerewat bab enjin. Cikai-cikai dia suruh gua angkat Vios sebab enjin Toyota lebih baik. Proton memang tak disyorkan. Tapi dengan gaji gua, pakai Vios bermakna tak ada simpanan untuk perkara lain. Dan gua takkan habiskan semua duit gaji hanya untuk kereta. Ingat, kereta adalah liabiliti dan bukan aset. Harga kereta setiap tahun makin menurun. Nawaitu untuk pakai kereta perlu betul. Nak memudah pergerakan, ataupun nak bergaya? Dan gua pilih yang pertama.
  • Perodua menjadi pilihan. Enjin Daihatsu. Mampu milik. Saiz kecil dan mudah untuk orang yang boleh dikira baru nak memandu di atas jalan raya. Parking pun tak akan terkial-kial sangat sebab MyVi adalah kereta kompak dan bukan sedan. Lagi pulak gua tinggal di KL seorang dan bukan berkeluarga, tak jadi hal kerna memang untuk kegunaan gua seorang.

Dan akhirnya, pada Maret 2011 MyVi Limited Edition menjadi hak milik gua. Bayaran muka: RM10,000. Gua bangga cakap, ini adalah hasil titik peluh gua sendiri selama bekerja. Baki pinjaman bank: RM40,000.

Kita skip macham mana gua berlatih tiap malam lepas bekerja untuk kembalikan semula keyakinan memandu dengan baik. Kita skip macham mana Mr.K jerit dan tengking dalam kereta tiap kali gua pegang stering. Kita skip macham mana gua menangis, panic attack dan gelabah tiap kali dia di sebelah. Kita skip bagaimana payah semua itu sampai gua terpaksa import Kak Yong, rumet gua masa di UKM dulu untuk teman gua memandu sebab diapun baru dapat lesen masa tu.

Siapa kata hidup Izzie Zin indah bagai pelangi? Susah payah, penat lelah, pedih jerih hanya gua yang tahu.

Awal bulan Juni, 2011 Alang kawen. Majlis nun di Perlis. Masa tu gua dah terlatih. KL-Padang Besar, KL-Penang, KL-Pekan ulang alik tiap bulan.

Sampai ke hari ini. T.Pinky/Bella Luna masih setia menemani. Banyak jasa dia. Merata perginya. Sekarang, gua pulak yang jadik pemandu untuk Mr.K. Suka dia. Tak perlulah dia saja yang memandu. Letih katanya. Tak sia-sia didikan dan tunjuk ajar dia kepada gua, ujarnya.

Iya, didikan dan tunjuk ajar. Chegu garang macham singa!

Selepas hampir 5 tahun mula bekerja, semustinya angka gaji sudah berbeda kalau nak dibandingkan dengan waktu mula-mula bekerja dahulu. Ramai jugak yang berura-ura menukar kereta. Ramai jugak yang bertanya, gua taknak tukar ke?

Sila berikan 10 dalil kenapa gua perlu tukar kereta?

Jujur gua akui, inilah orang Melayu kita. Asal gaji lebih sikit, tukar kereta. Asal tukar kerja lebih bagus sikit dari yang lama, tukar kereta.

Ingat, kereta adalah liabiliti dan bukan aset. Nawaitu untuk pakai kereta perlu betul. Nak memudah pergerakan, ataupun nak bergaya? Mana-mana kereta masih punya empat roda. Masih jugak akan bergerak dan sampai ke destinasi yang dituju. Kalau macet, masih akan sangkut di jalan raya. Tak kira kereta jenis apa. Cuma iyalah, beda dari segi engine performance dan sebagainya.

Kalau kaya meliana, tak mengapa. Tak jadik soal. Nak pakai Bugatti Veyron pun takdak hal. Tapi kalau dapat gaji hari ini, esok dah habis bayar hutang? Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Ini kes benar. Bekas teman sekantor di kompeni sekarang. Asalnya hanya memandu Viva. Katanya dengan gaji dan kos sara hidup di KL, mana mampu nak pakai kereta luar negara. Rezekinya murah, dapat tawaran jawatan sebagai Pegawai IT di kementerian. Perkara pertama yang dibuat -tukar dari Viva ke Honda City.

Dan hari ini, gua terkesima lagi. Maaf. Sekali lagi gua tegaskan, ini pendapat gua.

MS punya sebuah Kancil. Kancil itu sudah habis bayar. Tapi selepas MS mendapat jawatan tetap, sampai masa dirasakan tiba sudah saat dan ketika yang sesuai MS mempunyai pembelian dan komitmen sendiri. Lalu MS membeli sebuah MyVi. Untungnya, MS punya sokongan dari keluarga untuk pembayaran muka. Kongsi sorang sikit. Maka bermulalah komitmen baru MS setiap bulan.

Sayang sebab Kancil sudahpun habis dibayar. Kenapa perlu menambah komitmen baru? Kalau gua diberikan oleh keluarga sebuah kereta, sumpah gua takkan belikan dan ganti dengan yang lain. Duit yang ada boleh gua simpan, dan gunakan untuk perkara lain. Simpan untuk bayaran muka bagi pembelian rumah, contohnya.

But then again, gua adalah orang tua yang terperangkap dalam badan gadis yang berusia 20-an.

Untuk gua yang mencecah umur 27 tahun pada 2013, ini komitmen gua setiap bulan;

  • Ansuran bulanan pembelian rumah.
  • Ansuran bulanan pembelian kereta.
  • Ansuran bulanan pinjaman ASB.
  • Pembayaran bulanan PTPTN.
  • Bayaran penggunaan kad kredit.
  • Bayaran bulanan sewaan rumah.
  • Lain-lain bil.

Komitmen nak berjalan-jalan tu tak termasuk ya! Oh, sumbangan kepada ibubapa tu jangan dirasakan sebagai beban. Jangan sesekali rasa terpaksa. Murah dan berkat rezeki lagilah ada!

Benarlah, rezeki masing-masing dah Allah tentukan. Ada orang dapat lebih, ada orang dapat kurang. Atas kita sendiri untuk menguruskannya. Kalau asyik kata tak cukup, memang takkan pernah cukup. Tapi kalau gaji RM1000 dan tahu mengucapkan syukur, Insya-Allah akan sentiasa cukup. Tepuk dada, tanya poket.

Dan jangan lupa bayar zakat pendapatan.

4 thoughts on “MS dan kereta

  1. MS in the house!! ahahahah
    ok.. so memandangkan ini platform yg kita boleh sharing pendapat.. point pemilihan kereta tu (1 & 4 -berkaitan kan..) MS sgt stuju.. maka MS akan cuba jelaskan kerasionalan MS dan kereta baru..

    MS rasa ZZ dah kenal MS lama untuk tahu yg MS ni selekeh orgnya (+kedekut juga! ahahahah).. dan kancil pernah menjadi medium pengangkutan bersama2 teman2 sperjuangan masa di uni dlu. banyak jasanya.. dari tahun 1998. Kancil tu berjaya menyambut 2 babies yg kini telah masuk ke sekolah menengah!
    Mak MS agak bimbang dengan comotnya MS ini.. dan dia juga bimbang penyakit MS yg suka membuang duit dan saving account naik turun mcm Mt KK.
    Banyak kali sudah dia usulkan bli la kereta..Point dia:
    1. baru la hg trikat dengan hutang.. baru la hg tak berjalan merata sangat.. (itu modal dia..)
    2. hg sementara tak dak komitmen ni.. elok la hg bli kereta yg elok skit.. nnt dekat2 nk uhuuukkkk kawin.. tak la baru berangan nk bli itu ini.. time tu mana nk cekau duit?
    3. kerja pangat (phuiiii).. operator pn bw keta elok skit dari hg..
    MS masih buat pekak ja time dia sebut tu.. (time tu masih bergelar minah kilang..)

    Pas dah dapat tawaran dari gomen, kena plak sabah! (dalam surat tawaran tu tak sebut pn akan dipost kebahagian mana..lepas lapor diri br dapat tau). Maka lepas roger kwn2 seangkatan dalam bidang sama, depa suspect dpt ranau. pas google bagai and tanya2.. keadaan geografi ranau adalah sedikit berbukit.. maka tetiba terlintas.. klau c kancil ke sana.. takot tak balik ja nih.. (Kesian c tua itu nk jalani kehidupan susah di hujung usia…).. at the same time paksu plak offer dia nak keta kancil tu.. nak digunakan sbagai 2nd car…sedih… MS memory collector.. Kancil pulak antara plg bnyk merakam peristiwa… tapi.. yg lama tak pergi.. yg baru tak datang.. maka join la the myvi club…

    Alhamdulillah..keluarga menyokong utk MS terikat ngan hutang (sbb semua berharap tu dapat buatkan MS gantung beg! dok diam2 byr hutang).. sumbangan sorang skit.. tup tup pas lapor diri, dapat KK. guano tu? nak carut pn ada… tapi more to alhamdulillah la.. dekat ngan airport.. maka akan bermula la episod MS n Mevi dan hutang.. T.T…
    ps: saya suka angkat bakui, pegang mic.. haaa cakap sorang2 sambil lompat satu tempat.. T.T

    • MS sangat untung sebab dia dapat sokongan klorga. Tapi percayalah, niat soci Mak MS supaya anak dia gantung beg dan duk diam-diam tak berjalan pi mana-mana tu sattttttttt sajaaaaaa. Tunggulah sebulan dua. Takpun 6 bulan maksimum, kompem lepas tu Mak MS dapat tau anak dia nak ke mana hala ceruk donia pulak.

      Sebab apa? Kot mana-manapun, passion will never die. Kita akan berusaha untuk teruskan dan lakukan apa sahaja yang kita suka. Dan sebab ZZ kenal dengan MS yang gemar aktiviti outdoor dan tak reti duk diam, ZZ aci kerat kuku jari telunjuk (kenapa jari telunjuk? sebab jari telunjuk adalah jari paling feel nak korek hidung. kalau kuku pendek, pulaih la kot mana pun, susah gila taik hidung nak melekat!!), MS akan menjerit dengan dialog ini…

      ______________ (sila isi tempat kosong), AKO DATANGGGGGGGGGGGGG~~!!!

      Hey, welcome to the MyVi club!

  2. ahahahah.. ZZ.. kuku anda sama pelik ngan kuku MS okay.. tersasar dari perkataan gelas.. ahahah.. MS tak sekuat ZZ dalam berusaha memperbaiki keadaan hidup. Mungkin dah terbiasa bergantung pada keluarga.. ZZ semua bermula dengan zero.. sbb tu ZZ tau macam mana nk hargai sesebuah pembelian itu.. dlu time uni, MS ada kenderaan.. ke mana pn alhamdulillah senang. ZZ lain.. kena menapak bus.. naik komuter..(boleh plak pkai hahhh hamik kau sleeveless ka naik bus ukm kannn!! ahahahah) tapi itu semua yang mendewasakan dia dalam menilai sebuah kesenangan. Tidak terlalu bermewah.. tapi masih merasa kehidupan yg suatu masa dahulu susah nk dikecapi.. bersederhana tetapi senang..
    ps: MS juga setuju.. wlau macam mana pn susah.. Ibu bapa kena jaga.. itu berkat.. dulu depa tak dak duit pn depa tetap bg duit sekolah kt kita.. (saja ja buat ako homesick! tgh whatsapp macek esah tgh malam! dia kim salam)

    • susah itu mendewasakan. pelan-pelan kayuh, insya-Allah akan sampai. umur baru 27, kalau nyawa masih dipinjamkan Tuhan..jauh lagi perjalanan. tapi dalam setiap perjalanan tu, kita kutiplah segala yang kita lalui sebagai pengalaman.

      nak susah, bukan susah. nak senang, memang susah.

      apa yang kita buat, kena ada peranchangan. kena ingat hari depan. jangan fikir untuk hari ini dan esok sahaja.

      oh yes, that sleeveless black blouse, dengan black skirt. naik bas dari UKM ke komuter, menapak dan turun naik tangga bas. orang pandang buat tak heran. ahh..those days. sebab tu bila ako pi ukm, bila ako drive sendiri ke situ dan lalui tiap lorong dan jalan yang ako penah menapak..memang rasa menitik ayer mata. ok, fine! bukan takat ukm ja, tapi kat penang pun sama. farlim, pi skolah, komtar, one-stop, gurney plaza, bj..semua tu ako pergi dengan naik bas dan jalan kaki.

      *lap ayer mata lagi*

      p/s: wa’alaikum salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s