Kuries atau Kepochi?

Nak dijadikan cerita, tanpa ribut tanpa petanda hari ini gua terima sejambak bunga. Terkejut jugak, rasanya bukan anniversary dan bukan hari jadi. Tambah pulak bukan gua kat ofis Menara tapi di ofis Brickfields. Berkali-kali ganda gua tertanya-tanya.

Gua tanyakan kepada si penghantar jambangan bunga, siapakah pengirimnya. Jawapannya mudah, “Tak taulah cik. Ada tulis kat kad tapi saya tak boleh bukak. Husband, kot.” Gua diam aja. Mr.K nun di Jakarta. Namun kuntuman bunga itu gua cium jua harumnya.

Sampai di cubicle, gua letakkan di atas meja jambangan merah dan putih. Datang W.

“Eh, dapat bunga. Ni dah kalau dapat bunga macham ni, elok kawen je lah. Siapa bagi?” tanpa segan silu W laju nak bukak kad yang disisipkan sekali di jambangan.

“Iz tak tengok lagi.”

“Oh, ye ke?”

Tapi dari pandangan tepi, gua nampak W masih lagi berusaha untuk melihat isi kad dengan cuba melihat dari celahan kad.

Gua macham, “WHAT THE F@#$???!!!”

Dalam hati je lah.

Ini bukan pertama kali tau. Maksud gua, bukan pertama kali jadik kat gua macham ni dari pelaku yang berlainan. Cuma caranya sama. Tak segan silu nak tengok isi kad padahal benda tu sangat peribadi.

Sekarang tolong bagitau gua. Itu kuries atau sememangnya kepochi?

roses-kanda

Tengok! Terus gua amek kad dan simpan rapi.

Tolong jelaskan kepada gua, apakah rasionalnya dan kaitannya apabila dapat bunga lalu kena kawen? Adakah begitu mudahnya penaakulan dibuat, dapat bunga je terus kena kawen dengan pengirim bunga? Ataupun, masa berchenta je layak dapat bunga, kalau dah kawen tak payah dapat bunga pun tak apa sebab dah kawen dan dah dapat ‘semuanya’?

Tolong jawab!

.

i.Z.Z.i.e:

Si pengirimnya adalah kanda Massabrina. Oh kanda, dinda terasa begitu disayangi sekali.

2 thoughts on “Kuries atau Kepochi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s