Kembali bernyawa

Tindakan ini mungkin dirasakan terlalu drastik. Kalau difikirkan sayang, memang sayang. Hampir 936 entries yang ada di sini selama kurang lebih 4 tahun menulis dan menjadi si pena picisan. Tapi lebih sayang lagi rasanya kalau gua terus delete dan padam semuanya.

Lalu gua pilih dasar penswastaan negara. LOL!

Instagram, Twitter, dan WordPress. Facebook sudah lama diswastakan cumanya berkuatkuasa serta-merta, gambar-gambar hanya tinggal untuk tontonan sendiri.

Gua rasakan lebih punya privasi sebegini. Menulis dengan lebih terbuka. Tak perlu gua fikirkan siapa yang akan membaca. Dan apa yang gua pendamkan selama ini betul-betul boleh diluahkan. Kerna berapa banyak hit setiap tak pernah menjadi isu dan perhatian.

Gua dapat pilih siapa pembaca. Pembaca yang gua selesa untuk benarkan berkongsi kisah perjalanan hidup ini. Kadang-kadang, dengan orang luar terasa lebih selesa berbicara walau tidak bertentangan mata.

Sebenarnya, benar gua lemas. Sejak dua menjak, gua diasak dengan persekitaran yang tidak menyihatkan. Oh, maaf. Gua masih lagi menulis dalam kiasan. Tunggulah, perlahan-lahan gua akan lebih blunt. Payah jugak sebab orang sekarang dah tak paham bahasa berlapik ni, ya? Semuanya nak straight to the point.

Matiklah korang kalau duduk dengan Mak dan Tok. Otai berdua itu pakar dalam mengajar anak-anak dalam kiasan. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

Kalaulah gua ini ahli politik yang bertanding untuk merebut kerusi Parlimen (Pergh! Kerusi Parlimen terus!!), kayaknya tak ubah seperti pertandingan 4 penjuru. Gua diasak dengan jiran yang begitu kelihatan alim tetapi dalam masa yang sama masih sempat mengorek hal peribadi orang lain (dalam kes ni, gua salah sorangnya), gua disajikan dengan drama-drama sinetron oleh rakan sekerja, dan jugak dari teman-teman lama di bangku sekolah, bangku kolej dan bangku universiti.

Betullah, hidup kita bermasyarakat. Sampai sejauh mana masyarakat itu mampu untuk memberikan impak positif dalam kehidupan harian kita? Sampai suatu tahap yang gua rasakan, untuk apa perlunya semua ini dan adakah berbaloi? Jawapan gua, tidak. Solusi gua, adalah lebih baik menjadi anti-sosial.

Dengan lambakan medium sosial yang terlalu banyak ini makin menyesakkan hidup. Apa tidaknya, semua berpusu-pusu mengejar gaya dan trend terkini untuk berkomunikasi. Sampaikan semua benda tak lagi disimpan untuk diri sendiri. Belog berperanan sebagai diari? Kalau dah berlumba nak tulis entri berjalan sana-sini, mana peranannya sebagai diari? Bukankan lebih kepada mencari populariti?

Gua jugak pernah buat benda yang sama. Pernah tunjukkan pelbagai jenis hadiah, pernah tunjuk ke mana destinasi percutian, di mana tempat penginapan dan tempat makan. Walaupun niat asal cuma mahu berkongsi, tapi lama-lama seakan menjadi suatu pertandingan dan perbandingan untuk orang lain.  Secara tak langsung akan menyebabkan tanggapan kurang baik, sikap menghakimi tanpa mengenali, dan berasa kurang selesa terhadap diri gua sendiri walaupun gua tak berniat apa-apa.

Jadi di sini gua harapkan suatu perubahan. Memori itu mahu disimpan, tapi bukan untuk tatapan umum secara terang-terangan. Kalau kau tahu dan kenal gua, gua bukanlah jenis manusia jenis ambil tahu hal orang lain. Ruang lingkup teman-temanpun tak ramai mana. Tapi dalam tak ramai itu, dalam gua buat hal sendiri tu, masih ada jugak yang bersusah-payah nak ambil tahu luar dan dalam hidup gua.

Sekarang, biar gua hantar diri gua sendiri ke gua.

Merdeka!

8 thoughts on “Kembali bernyawa

  1. Usah dihiraukan sgala aura negetip yg hadir dsekeliling u babe..pejamkan mata pekakkan telinga dan rasai aura positif yg penuh dgn cinta & kasih sayang yg melingkari hidup u..

    luv u babe!!

  2. “Ruang lingkup teman-temanpun tak ramai mana. Tapi dalam tak ramai itu, dalam gua buat hal sendiri tu, masih ada jugak yang bersusah-payah nak ambil tahu luar dan dalam hidup gua.”

    + ada jugak yg bersusah payah cuba nak menyakitkan hati sedangkan rasanya dah duduk diam membatu tak buat apa2 pun. hairan dgn manusia yg mcm itu.

    p/s: lebiu hihi :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s