Media Sosial dan Ahli Mesyuarat Tingkap

Makin banyak media sosial yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Dari jaman Friendster, Myspace, timbul Facebook kemudian blog.  Maka bertitik tolak dari saat itu, ramailah yang pakat-pakat tulih belog. Coba tengok balik, berapa ramai yang pakat-pakat tulih belog masa tengah hot orang pakat-pakat tulih belog tu masih dan terus menulis?

Ikut trend, eh?

Timbul pulak Twitter. Kalau ikutkan, Twitter lebih dahulu wujud. Tapi kita kat sini lambat sikit terima gelombang Twitter. Bila ramai-ramai bersembang di Twitter, sekali lagi rakyat jelata tidak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan timeline. Muncul pulak dua kumpulan yang pro-Twitter dan pro-Facebook.

Instagram, awalnya khas untuk iOS. Ledakan Instagram bermula saat pengguna Android boleh menggunakan applikasi yang sama. Berbondong-bondonglah yang mula tepek gambar awan larat, awan komulunimbus, awan nak hujan, awan petir, matahari timbul tenggelam, dan ‘bismillah’ dengan menangkap gambar makanan sebelum makan untuk tatapan.

Diikuti dengan Whatsapp, Keek dan WeChat.

Ikut trend, eh?

Sama ada sadar atau tidak, kehidupan seharian dipaparkan. Macham-macham ragam, karenah dan pe’el menjadi tontonan. Secara tidak langsung keperibadian sendiri turut sama ditonjolkan. Ada yang secara konstan meroyan. Ada yang istiqamah menunjukkan segala jenis pembelian pakaian, kasut dan beg tangan dari rekaan pereka luar negara dan tempatan. Ada yang bercerita tentang melancong dan jalan-jalan. Ada yang turut sama berjualan atas talian. Ada yang menjadi ustaz dan ustazah, atau keyboard warrior, dan hakim yang menjatuhkan pengadilan.

Kalau rasa tak suka, bosan dan menyampah dengan apa yang dipaparkan oleh orang-orang yang berkenaan jangan jadik kurang bijak dan menyesakkan otak. Unfollow, unsubscribe, delete atau block sahaja. Tak ada siapa-siapa nak marah. Sebab gua pun buat benda yang sama. Tapi gua paham, memang ada jenis kawan yang kalau kita “unfriend” atau “unfollow”, mulalah nak sentap dan meroyan. Terpaksalah mute sahaja dari Twitter takpun unsubscribe dari Facebook.

Jangan tak tau, ada jugak yang suka menyeksa diri sendiri. Ini namanya stalker tegar. Dia bukannya nak buat apa, tapi dia nak tengok sejauh mana hidup orang ni. Banding pulak dengan diri dia sendiri. Tataulah tang mana yang duk sakit hati tapi dari jauh masih duk perhati.

Lepas dah dapat maklumat dari pemerhatian, peranan seterusnya adalah menjadi Ahli Mesyuarat Tingkap dan sampaikan pada orang lain. Gosip. Seronok bukan?

Benda ni gua dah cakap banyak kali. Dah naik berbuih mulut. Tapi senang cakap, perempuan memang macham ni kot? Sikap berdengki diri tu tinggi melangit gamaknya. Rasa jaki kalau orang lebih. Biar dia di atas, orang lain sebolehnya di bawah tapak kaki. Dan perangai yang suka menyampaikan cerita tu paling gua tak suka.

Aci kerat jari, satu patah kata tak pernah tanya sendiri kebenaran kat tuan punya badan. Kalaupun ada apa-apa persoalan, lebih enak bertanya pada orang lain. Habis semua nak korek. Betul atau tidak belakang cerita. Kan?! Selalu yang jadi mangsa orang yang ada kaitan dengan tuan punya badan. Jenuh nak menjawab.

Dan kalau ada niat nak buat gua jelly dengan duk tayang itu-ini, sorry tak dapat nak puaskan kau punya hati. Gua tak heran, sikitpun gua tak peduli.

Keeeee sebenarnya kau yang berdengki kat gua ni?

.

i.Z.Z.i.e:

Masih punya saki baki kehidupan peribadi yang disimpan HANYA untuk tatapan dan simpanan sendiri.

2 thoughts on “Media Sosial dan Ahli Mesyuarat Tingkap

  1. i’m a stalker.

    better..

    i’m your stalker …

    I have each and every accounts said above…just to stalk u…

    creepy x ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s