Butang “Snooze” itu perlu ditekan sebanyak 5 kali!

Hobi gua adalah tidur. Dan gua tidur seperti seorang bayi, sekurang-kurangnya 10 jam sehari. Tidur petang juga adalah perlu. Walaupun gua tahu tidur selepas Asar itu menyumbang ke arah kegilaan, namun demikian halnya tidur petang itu umpama memberikan tenaga kepada gua.

Oh, sungguh nikmat tidur petang.

Yang menjadi kebencian apabila bangun dari tidur. Bangun pagi terutamanya. Memandangkan gua bukanlah morning person, ditambah pulak dengan kechentaan melampau terhadap tabiat tidur melebihi waktu yang diperlukan oleh seorang dewasa normal itu makanya gualah manusia paling liat nak bangun pagi.

Hal ini berlaku terutamanya hari bekerja.

Gua konci alarm di iPhone pada jam 6 pagi. Lazimnya sebelum tidur, gua akan charge telefon. Plag jauh sedikit dari katil, kabel pulak pendek. Boleh kau bayangkan kedudukan iPhone yang jauh dari jangkauan gua itu?

Benar. Tidaklah jauh.

Tapi kejauhan yang tidaklah sampai sepelaung, apatah sekali sepenanak nasik itu umpama Bumi dengan Marikh jauhnya pada jam 6 pagi itu. Dengan bunyi yang nyaring di kedinginan dan kesunyian Subuh, gua merangkak turun dari katil bagaikan Ju-On mencari-cari dari mana arah datangnya bunyi yang menggangu mimpi dan lena gua. Tanpa buka mata, tanpa buka lampu, hanya bergantung kepada deria pendengaran.

Ajaibnya, dengan gelap-gulita bak orang buta tanpa tongkatnya gua masih mampu menemukan iPhone yang boleh dikira memekak di pagi hari. Lantas gua cabut kabel charger dari iPhone. Pantas tangan menekan butang “Snooze” yang sedang tertera, bukannya butang “OK”. Sunyi. Sepi.

Gua aturkan kembali langkah Ju-On gua. Merangkak-rangkak lalu memanjat katil. Gua masih ada 9 minit sebelum alarm yang seterusnya berbunyi. Kali ini gua letakkan iPhone di sebelah bantal.

6:09AM. “Snooze” dipilih. Ahh..masih ada 9 minit lagi. 9 minit yang sangat berharga. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi.

6:45AM. Celikkan mata. Capai tuala. Terpaksa!

Tiap pagi berperang dengan hubungan kasih sayang yang melampaui batas terhadap katil dan bantal. Melainkan kalau nak berjalan-jalan. Itu tak payah dikejutkan dengan alarm mahupun kokokan ayam jantan.

2 thoughts on “Butang “Snooze” itu perlu ditekan sebanyak 5 kali!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s