Hidup pura-pura yang penuh dengan kepura-puraan di Pura Chendana

Janganlah kau nak percaya dengan tajuk yang hanya berunsurkan provokasi dan tak ubah berperanan sebagai bahan perisa pak aji. Ini hanya cerita ceriti taik mata buat inti.

Euuuuwww! Geli!!

Sekali lagi gua rasa alangkah bagusnya kalau ada gajet yang boleh mentafsirkan segala idea dan ingatan dalam memori ni lalu diterjemahkan kepada bentuk penulisan. Kerna sesungguhnya tak daya gua nak menulis semuanya di sini, kadang idea tu hilang bila dah terlalu sibuk dengan tugasan lain. Nak coret di sini, bukan kau tak tahu yang gua adalah manusia yang paling lambat nak siapkan satu entri. Taknaklah sekadar update dengan sebaris ayat, tulis ala kadar dan terus post hanya untuk mencukupkan syarat. Asalkan ada. Sungguh gua tak berkenan.

Oleh yang demikian, masa yang diambil untuk menceceh panjang lebar akan berkadar langsung dengan jumlah perkataan yang ditulis. Dah siap tulis, kena proofread pulak. Ahh..sudah menjadi kebiasaan. Dan bila memikirkan semua proses ini, gua rela memadamkan semua keinginan untuk berkongsi.

Oh, April kini.

April sebenarnya menyimpan begitu banyak memori. Pahit dan manis yang gua lalui. Dan tak sangka, April muncul lagi. Tapi kali ini, dengan membawa sebuah pengharapan dan bukan lagi teka-teki, mahupun penyeksaan kepada emosi dan diri sendiri.

Genap setahun. Sebuah ketenangan dan kehidupan yang gua rasakan ini begitu pantas sekali berlari. Lain benar dengan suatu ketika dulu yang gua rasakan masa seakan-akan berlalu terlalu perlahan. Sengaja mahu terus menyeksa dan menambahkan sengsara di pundak gua.

Pundak. Bukan pundek.

Perpindahan yang berbaloi. Penghijrahan yang memberikan makna. Sweet escape. Pahit akan manis akhirnya.

Dan gua takkan menoleh ke belakang lagi. Langkah akan terus diaturkan untuk meneruskan kehidupan. Ranchangan akan diatur satu per satu. Ini adalah masanya untuk mengorak langkah untuk lebih maju. Insya-Allah.

April 2013 penuh ceria. Hampir setiap hujung minggu sudah sedia dengan pelbagai aktiviti dan riadah bersama-sama kesayangan. Minggu 1 ke Selatan. Minggu 2 di Central. Minggu 3 ke Utara. Minggu 4 mungkin ke Timur. Kasih-sayang ada di mana-mana.

Kehidupan. Ada masa di atas. Ada masa di bawah. Kalaupun kau rebah, jangan sesekali terus mengalah. Bangkit! Belajar dan kutip setiap pengalaman yang diajar oleh kegagalan. Kesenangan tanpa kesusahan tidak menjanjikan kebahagiaan selamanya.

.

i.Z.Z.i.e:

Nota tambahan: Pundak = bahu. Pundek = _______ (gua tahu yang kau tahu). Jarang kita gunapakai perkataan pundak, lazimnya digunakan dalam komponen sastera.

Agak-agak, Chegu Ang bangga tak dengan gua sebab masih ingat lagi tunjuk dan ajarannya? *wink wink*

4 thoughts on “Hidup pura-pura yang penuh dengan kepura-puraan di Pura Chendana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s