Kau cari berita terkini pasal adaptasi filem Pilot Cafe kat sini?

Makanya dengan berat hati gua menulislah sepatah dua kata. Berat hati tu bukan apa, sebab rasa-rasanya kau tentu tau untuk seorang yang bernama Izzie Zin amatlah payah untuk memuaskan nafsu serakahnya dalam siri adaptasi novel ke dalam bentuk filem/drama/drama bersiri.

Ini satu lagi. Pilot Cafe. Karya Ahadiat Akashah.

Memang. Memang gua bukanlah seorang pelakon. Tapi tak bermakna kalau gua bukan seorang pelakon gua hanya perlu terima sahaja mutu lakonan yang dihidangkan. Analoginya mudah. Gua tak pandai masak. Tak bermakna kalau gua tak pandai masak, gua tak berhak memilih makanan yang sedap untuk tekak gua. Tak bermakna kalau gua tak pandai masak, gua tak pandai rasa yang mana kurang garam, yang mana pedas-extra-cabai, dan yang mana terlebih gula. Kadang-kadang jangan kau tak tau, orang yang tak pandai masak tu lebih pandai makan dan rasa.

Arahan: Osman Ali.

Ameer Reeza: Fahrin Ahmad.

Sharmila: Neelofa (Insert: I don’t want to live on this planet anymore.jpg)

Maya: Izara Aishah.

Dr. Khaleed al-Basheer: Eizlan Yusuf.

Harris Danial: Keith Foo.

Rashid: Azad Jazmin.

Maaf cakap.

Popular ya. Bagus mutu lakonannya belum tentu.

Bak kata Zazu, kalau adaptasi ni memang mudah. Jalan cerita dah ada. Plot dah ada. Latar belakang cerita dah ada. Yang tinggal cuma nak garap cerita tu je layar perak aja.

Mungkin kau cakap yang gua tak adil untuk terus menghakimi dan menilai filem yang masih lagi dalam pembikinan. Tapi kau tau betapa gua dah banyak kali rasa tertipu dengan berapa banyak filem-filem Melayu yang terlalu dikomersialkan dan digembar-gemburkan akan menggegarkan panggung wayang seluruh tanah air?

Bukan panggung saja yang bergegar tapi otak gua ni yang turut rasa bergegar dengan tayangan selama kurang lebih 2 jam tapi lakon layar dan garapan yang ntahpapa. Kuchiwa! Menyumpah-nyumpah gua sebab tak puas menonton filem yang gua rasakan hanya untuk mengaut keuntungan. Kadang-kadang rasa malu sendiri dengan lakonan pelakon-pelakon tu semua dan tak sanggup nak tengok sampai habis.

Gua rindukan lakonan pelakon dahulu. Tak payah pergi jauh, masih lagi filem dan drama tempatan. Filem-filem dan drama-drama dahulu lebih berkualiti dan menghiburkan tanpa perlu mengadaptasi mana-mana novel. Namun jalan ceritanya menarik, lakonan penuh penghayatan dan mampu membuatkan penonton menitiskan air mata.

Kau kenal dengan Sidi Oraza?

Berapa ramai yang tengok lakonannya dalam Sayang Salmah? Macham mana dia jadik onggila sampai kena pasung kaki. Tak sudah-sudah dengan “Dato’ Onn cakap.. Dato’ Onn cakap..”.

Gandingan mantap yang seringkali berlakon bersama-sama Sidi Oraza, Umie Aida. Kau tengok Selamat Hari Jadi Su I, Selamat Hari Jadi Su II, dan Selamat Hari Jadi Su III? Kau akan tahu macham mana drama tu begitu menyentuh perasaan. DRAMA. Bukan filem pun. Drama yang ditayangkan di slot Cerekarama.

Kalau kau kata itu adalah semua cerita sedih yang membosankan, pernah kau tengok Resolusi I dan Resolusi II? Betapa lucunya lakonan dan aksi-aksi Sidi Oraza dan Umie Aida yang berkahwin secara kontrak.

Sayang! Kalaulah dapat tengok balik drama-drama tu semula. Sumpah gua rela!

Eh, Cerekarama sekarangpun langsung gua tak hadap. Tak bernapesu. Kalau dulu, memang sedia tercongok depan tv. Seruling Kasih, Rumah Di Tengah Sawah, dan macham-macham lagi drama arahan Rashid Sibir yang pasti akan membuatkan air mata merembes.

Sekarang?

Gua tutup tv.

12 thoughts on “Kau cari berita terkini pasal adaptasi filem Pilot Cafe kat sini?

  1. Izzie..saya lagi suka Hikayat Cinderella ke layar perak..Tapi bajet kena tinggi..maklum nak menjelajah ke pelosok eropah..sebab Zaza nak naik double decker dgn maknya sj!

    • NOOOOOOOOOO!!! PLEASE NOOOOOOOOOO!!!
      No more adaptation from Ahadiat Akashah, please!!! >.<
      Tolonglah biarkan Hikayah Cinderella tanpa perlu diangkat ke layar perak. I had enough already😦

  2. seyesly im agreed.
    drama skrg mcm haper jek. sakit hati menengok. dahla semua pelakon baru….
    oohh rasa mual bila bukak tv tgk drama melayu. kang tgk citer omputih kata mengagungkan negara barat pulak kan? pdhal……..

  3. i terlewat dpt tahu novel ni nak jd movie.
    bila tahu barisan pelakon dia… benda no.1 keluar dr mulut i was “no fakking way madafakah!”
    ugh! merempan habis wei!!! seriously, Pilot Cafe is like my ultimate fave malay novel ever.
    if they ever messed even with 1 character (which they already did by casting neelofa, no offense but yeah, i really mean it, i can’t understand the hype about her at all), i will never ever forgive them!
    novel sehebat Pilot Cafe patut ambil pelakon-pelakon yang betul2 boleh berlakon, not just popular.
    I like Fahrin, a lot, but as Ameer Reeza, just no.
    I like Izara Aishah a lot too (because of Vanilla Coklat), but as Maya, maybe, but no, i can’t see it just yet. Coz she’s spunky in every drama she’s in. never Maya-like.
    maybe Izara will surprise me. maybe all of them will surprise me, which i really hope they will do so.
    ugh, i nak menangis berguling pun ada.
    some epic story should be left as it is. especially if belum berkemampuan dr segi budget and sumber talent. never turn it to a drama/ movie at all lagi baik.
    imagine the interior of Pilot Cafe langsung tak awesome mcm yg Ahadiat ceritakan dalam novel. imagine they change all the Porsche kepada kereta lain. haaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! T__T

    *cerita belum keluar, i dah habis tisu sekotak! *

    • i setuju dengan pendapat u, mak tiri. sayang, sebab nampak populariti artis tu lebih utama daripada pembawaan watak tu sendiri. belum apa-apa, kita dah rasa kuchiwa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s