Confidence is sexy, defensive is bitchy!

And so the life goes on as usual..

Semustinyalah! Bukannya donia itu berputar mengelilingi gua. Perlu sama-sama berlari dengan insan-insan lain supaya tidak tertinggal di belakang. Perlu juga menyeimbangi antara duniawi dan bekalan untuk di akhirat sana. Tapi sekarang nampaknya masih lagi merasakan duniawi itu adalah segala-galanya.

Tak apa. Perubahan itu perlu. Jangan mudah terasa selesa dengan apa yang dikecapi. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Kalau tak dapat berlari, boleh berjalan. Kalau tak dapat berjalan, bertatih dulu. Kalau masih tak mampu bertatih, merangkaklah. Jangan hanya duduk setempat dan memberikan pelbagai alasan.

Gua masih merangkaklah ni. Better late than never.

Kau tahu bukan bahawa gua bukanlah orang yang berkeyakinan tinggi. Mudah benar hati dan perasaan dipermainkan emosi. Tambahan pulak pesimis. Pesimis, bukan negatif. Memanglah pesimis itu akan membawa kepada fikiran yang negatif. Lebih gemar untuk melihat “half glass of empty”. Tapi kau perlu tahu, orang pesimis seperti gua ini memang kurang keyakinan diri.

Kesah gua potong rambut pendek masih tidak berkesudahan sampai ke hari ni. Gua rasa dah lebih sebulan rasanya. Memanglah drastik daripada rambut panjang yang tak berapa nak mengurai sampai ke paras pinggang, dipotong pendek sampai ke paras telinga. Yang mana dah terbiasa tengok penampilan gua dengan berambut panjang, musti akan rasa janggal.

“Nampak lain.”

“Sayang rambut.”

“Kan elok rambut panjang”

“Tak eloklah rambut pendek. Tak kena dengan muka.”

Sejak banyak program realiti kat tv, bijak betul rakyat Malaysia nak beri komen. Komen yang diberi tanpa dipinta. Tapi memandangkan gua ni tak reti nak balas balik, gua senyum je lah. Dengar apa orang nak cakap, nanti kalau melawan dikatakan biadap pulak. Walaupun dalam hati gua dah cabaikan pun mulut-mulut tu semua dengan cili padi.

Gua suka dengan rambut begini, tapi kenapa orang lain sibuk pulak bersusah hati? Kalaupun sakit sangat mata tu tengok muka gua begini, apa kata jangan tengok?

Tapi tak payah cakap kuat-kuat apa yang kita suka. Sebab orang taknak dengar pun sebenarnya. Orang lebih suka mengutuk dan menjatuhkan kita. Walaupun kita ada hak nak mempertahankan diri, tapi untuk benda-benda macham ni pada gua lagi kita jadi defensive, lagi menunjukkan kita ni bitchy. Contohnya;

“Eh, you tak sesuailah potong rambut macham ni. I think you looked better with long hair.”

“This is new me. I like my new haircut. I look young and shaved off my 10 years of age. Maybe you should get your new haircut too? Nampaklah muda sikit kalau nak dibandingkan dengan sekarang.”

Agak-agak orang yang mula-mula komen tu mencarut dan sumpah seranah kau tak? Kesian dia, tak pasal buat dosa kering. Sebab tu gua diam. Biarkan orang nak berkata apa. Sebab sampai masa, bila mulut dah letih mereka akan berhenti jua.

“Belajar lagi? Student UM?”

“Tak. Dah lama dah kerja.”

“Mak orang Cina, ya?”

“Tak.”

“Abah?”

“Tak.”

“Oh, nampak macham bukan Melayu.”

Oh, itu stranger yang komen. Orang yang gua tak kenal dan orang yang tak kenal gua.

Dan gua andaikan komen-komen dari orang yang tak dikenali ni kadang-kadang lebih jujur berbanding orang yang kenal kita. Sebab?

Jelly much, maybe?

Tapi dalam donia hari ni, kalau kau tak stand up untuk diri sendiri orang akan makin pijak kau. Buat kau macham di bawah kaki dia, macham kau ni alas kaki je. Kalau kau tak bela diri sendiri, orang akan cari peluang untuk jatuhkan kau.

Haih, terpaksalah jadik sexy dan bitchy.

Ha!

3 thoughts on “Confidence is sexy, defensive is bitchy!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s