Harga untuk yang membawa nama “kampung”

Untuk sepinggan hidangan nasi putih, 1/4 daripada seekor ayam kampung yang hanya dilumur garam dan kunyit lalu digoreng dalam minyak panas, semangkuk kecil sup penuh perisa, sedikit sambal belacan dan beberapa potong timun. Harga hidangan RM4.50.

Itu dahulu. Lebih kurang setahun setengah dahulu.

Minggu lepas sepinggan hidangannya adalah RM6.50. Hari ini RM7.00.

Kalau kau tau saiz ayam kampung, memang 1/4 daripada seekor tu bukanlah besar mana. Tambah pulak digoreng, habis semuanya kecut. Tapi ayam kampung dagingnya sedap, kenyal dan manis kalau nak dibandingkan dengan ayam daging.

Untung orang yang bela ayam kampung. Harga pasaran sekarang makin tinggi.

Kau tahu, bukan ayam kampung sahaja yang makin tinggi harganya. Ulam-ulam kampung pun dah ada harga sekarang. Seponjot kecik tu mau RM1.00. Seponjot kecik untuk gua yang makan ulam macham kambeng ni memang takat lekat celah gigi.

Hai! Saya gadis kampung *sambil betulkan baju kurung kain kapas yang dipakai*.

2 thoughts on “Harga untuk yang membawa nama “kampung”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s