Oh, indahnya alam maya! Ini adalah kesah Royal Belum [Part 1]

15 Maret 2013 – 17 Maret 2013

Sesekali lari dari kota untuk mencari sebuah ketenangan. Walaupun sering dihadapkan dengan kebiruan air laut yang memecah pantai, ataupun berjalan-jalan di kota lain yang tidak kurang hiruk-pikuknya jua. Tapi sengaja, sengaja dan terasa lebih selesa begitu. Asalkan dapat lari dari kota sendiri yang kadangkala dirasakan terlalu sesak.

Alam ini begitu indah. Setiap ceruk punya kisah.

Lalu gua lari mencari ceruk yang berbeda itu. Ke arah kehijauan yang melata bumi indah ciptaan Tuhan. Bertemankan nyanyian rimba di hutan belantara. Menyusuri hijaunya tasik yang takkan pernah tau apakah yang ada di dasarnya dan di dalam perutnya.

Nun di hutan dara yang bernama Belum gua mencampakkan diri. Belum yang belum pernah gua terokai.

Di tengah-tengah tasik Temenggor, ada sebuah pulau buatan manusia yang bernama Pulau Banding. Yang menjadi penyambung Jambatan Tasik Temenggor yang berada di sebelah Gerik, Perak dan sebelah lagi yang menghala ke Jeli, Kelantan.

Tiba-tiba gua teringatkan Along Serbia. Along Serbia yang sengaja mencampakkan diri ke Pulau Banding untuk mencari diri sendiri. Siapa kata tempat sebegitu tiada aktiviti lain yang boleh dilakukan? Di situlah dia kenal erti qiamullail bersama-sama temannya yang lain. Beriadah sambil mendekatkan diri kepada Tuhan.

Sedangkan Along Serbia tak tau, nun jauh di bumi Aberdeen yang permai seorang Jo sedang menantikan panggilan telefonnya. Manalah Jo tahu Along Serbia berada di tengah-tengah tasik yang langsung tak ada resepsi talian telefon. Sasau jugak Jo dibuatnya.

Di sini ropanya Along Serbia mencampakkan diri.

Gua tak punya high expectation selama 3 hari 2 malam di Royal Belum. Apa yang boleh kau harap dengan hutan kecuali unggas dan pokok-pokok? Cuma gua tau, ini masanya untuk kenal alam. Ini masanya untuk hirup oksigen yang segar. Ini masanya untuk gua sejukkan mata.

Perjalanan ambik masa kurang lebih 5-6 jam dari Kuala Lumpur. Dari PLUS, sila keluar kat exit Kuala Kangsar. Sekali lagi memori gua bekerja tanpa dipinta. Teringat dari pembacaan novel, Kasyah membawa Kate ke Kuala Kangsar untuk melawat bekas ibu mertuanya dan membawa Athirah bersama-sama untuk bertemu neneknya. Sampai di persimpangan jalan Kate bertanya,

“Kanan tu pergi mana?”

“Kuala Kangsar. Kan ada tulis kat signboard tu.”

Kate senyum sendiri. Kasyah membelok ke kiri simpang menuju ke Padang Rengas.

Gua di persimpangan yang sama sepertimana dalam penceritaan Ahadiat Akashah. Tapi gua bukanlah Kate, jauh sekali Mr.K tu Kasyah.

Terus ikut aja papan tanda ke Gerik. Kau akan lalui bandar-bandar kecil seperti Lenggong. Ropanya jauh jugak Lenggong ni. Ingat lagi Sejarah Tingkatan 1? Penempatan awal di Lenggong, Perak dan Kota Tampan? Kau akan lalu sini. Memang tapak arkeologi masih ada. Kalau rajin boleh singgah. Gua teringin tapi memandangkan perjalanan masih jauh, gua pendamkan aja.

belum 2013 (13)

Meriah jugak dengan bendera parti-parti politik di sepanjang jalan. Belumpun pilihanraya lagi.

Bertolak dari Kuala Lumpur jam 1.30pm, sampai di Belum Rainforest Resort mencanak ke jam 5.00pm. Jangan tanya gua berapa laju Mr.K pecut. Dengan jalan kampung sepanjang Kuala Kangsar-Lenggong, dengan jalan berliku Gerik, mengucap panjang gua bila lori balak/bas datang dari arah bertentangan waktu Mr.K memotong.

belum 2013 (10)

belum 2013 (11)

Memandangkan sampaipun dah menginjak ke petang, sesuai sangatlah bermalas-malasan dan meninjau kawasan setempat. Belum Rainforest Resort ni betul-betul di selekoh selepas Jambatan Pulau Banding dari arah Gerik tu. Pemandangannya, subhanallah. Breathtaking! Air tasik sehijau zamrud! Langit membiru sebiru nilam. Dihiasi dengan tompok-tompok awan umpama gula kapas yang memutih.

Malam di Belum. Riang-riang mula berlagu. Sejuk dan damai.

Di Belum Rainforest Resort, kalau tak mahu tinggal di bilik yang serba lengkap bisa aja tinggal di khemah. Memang tersedia camp site untuk para pengunjung. Ini sesuai untuk mereka yang mahu benar-benar dekat dengan hutan rimba. Ada pelbagai pakej aktiviti sepanjang percotian di sini. Ikutlah yang mena sesuai dengan keadaan. Apa yang gua mahu, gua nak tengok bunga pakma (rafflesia). Itu tujuan utama gua ke Royal Belum. Tapi bergantung kepada nasib jugak. Sebab bukan senang nak dapat tengok sendiri bunga gergasi ni. Tempoh hidupnya singkat, 4-5 hari. Nak dapat yang betul-betul full bloom tu kira bertuah sangatlah. Rafflesia buds tu ambik masa berbulan-bulan nak berkembang mekar. Jadi boleh kau bayangkan kebarangkalian untuk jumpa yang berkembang mekar di situ?

Lepas makan malam, Mr.K mengkhabarkan esok pagi-pagi sudah sedia aktiviti menjelajah hutan. Gua angguk sahaja.

belum 2013 (12)

Pemandangan dari jeti yang terus nampak Jambatan Tasik Temenggor dan Banding Lakeside Inn.

Usai bersarapan, terus bersiap untuk ke jeti. Gua lengkap berpakaian dengan kasut sukan. Padahal itu Nike Training. Sampai di bot, pengunjung lain lengkap dengan kasut Camel Active dan berseluar kargo. Tour guide dan boatman apatah lagi. Gua mula cuak, ini bukan calang-calang penjelajahan hutan. Gua tengok balik itinerary yang Mr.K berikan untuk aktiviti hari itu;

Temenggor Walk (Full Day Tour)
Discover the Temenggor Forest Reserve:
- Visit the Rafflesia spot.
- Visit the Chuweh Orang Asli village.
- Explore the Elephant Salt Lick.
- Enjoy a picnic lunch at the Sungai Nam Base Camp Waterfall.
- packed lunch included.

Price: RM280 per person.
Departure: 9:00am.
Duration: 7 hours.
Difficulty Level: Not suitable for children below 12 years old of age, 
and senior citizen with walking difficulties.

Gua mungkin tak tergolong dalam warga emas tapi ayat selepasnya itu “walking dificulties” yang membuatkan gua ada sedikit ragu-ragu. Lutut oh lutut!

Tour guide yang bernama Desmund, dan boatman bernama Lan mengucapkan selamat pagi dan menerangkan serba sedikit tentang tempat-tempat yang bakal dilawati. Ramalan gua benar belaka, jungle tracking ini akan menguji daya ketahanan masing-masing. Maklumlah, hutan masih dara. Laluan denainya mungkin agak mencabar. Gua pandang lagi kasut yang dipakai pengunjung yang turut sama dalam eksplorasi sepanjang hari itu. Pasangan dari Netherlands, berusia awal 30-an gua teka. Kasut Camel Active mereka itu kelihatan sedikit berlumpur, menandakan mereka sudah biasa dengan aktiviti sebegini. Gua tengok kasut gua, berkilat! Gua tengok kasut Mr.K, loafer. Dalam hati gua mengucapkan selamat maju jaya kepada Mr.K dengan kasutnya itu.

Bring it on!

Destinasi pertama: Rafflesia spot.

Bunga pakma memang ada di hutan Belum. Kalau nak tahu mana satu hutan Belum, Jambatan Tasik Temenggor itulah penandanya. Di sebelah kiri (dari Gerik) adalah hutan Belum, manakala di sebelah kanan pula adalah hutan Temenggor. Kalau nak menjelajah keseluruhan hutan Belum, perlu dapatkan permit dahulu. Berikut adalah pakejnya yang sempat gua coret;

Discover Belum* (Full Day Tour)
Discover the Royal Belum State Park:
- Visit the Rafflesia spot
- Visit the Kejar Orang Asli village.
- Explore the Wet Salt Lick at Jenut Papan.
- Enjoy a picnic lunch at the Sungai Ruok Waterfall and feed freshwater fish 
  (ikan kelah) at the sanctuary.
- packed lunch included.

Price: RM280 per person.
Departure: 9:00am.
Duration: 7 hours.
Difficulty Level: Not suitable for children below 12 years old of age, 
  and senior citizen with walking dificulties.
*An Entry Permit is required. Application must be made at least 7 days
  prior to departure.

belum 2013 (9)

Ini belah Hutan Temenggor.

belum 2013 (8)

Ini belah Hutan Belum.

belum 2013 (7)

Dari jeti nak ke kawasan bunga pakma makan masa dalam 10 minit. Tenang bila tengok riak air tasik berkocakan dari bot. Seluas mata memandang, seluas itulah kehijauan yang berhamparan. Cuaca memang indah pagi itu.

belum 2013 (6)

belum 2013 (5)

Sampai sahaja dah kena daki laluan hutan. Bulan tahan curam. Ni baru sikit. Mujurlah bunga pakma tu tak jauh ke dalam hutan. Tak jauh, dalam 5 minit pendakian tapi sudah bisa membuatkan napas gua putus-putus dan berpeluh-peluh. Cukup gumbira bila Desmund beritahu perkhabaran baik dan kami bernasib sangat baik. Ada sekuntum bunga pakma yang sedang elok kembang!

belum 2013 (2)

belum 2013 (3)

Subhanallah. Dapat tengok sendiri keunikan bunga pakma dengan mata kepala sendiri! Selama ni gua tengok dalam buku Kajian Tempatan Darjah 4 je.

Mengikut Desmund, kalau bunga pakma sedang elok kembang memang warnanya akan berwarna merah dan akan memikat unggas-unggas. Bukan unggas sahaja malah manusia pun. Ha! Gualah manusia tu! Dan masa hari tu, bunga pakma tu memang sedang elok berwarna merah terang.

Spesies yang ni, Rafflesia cantleyi bukanlah yang terbesar sekali dalam kategori bunga pakma. Tapi yang besar tu lagi rare. Rafflesia cantleyi tak mengeluarkan bau busuk.

belum 2013 (4)

Rafflesia buds yang mengambil masa berbulan-bulan untu mekar kembang. Kalau ada yang tak bertanggungjawab, mereka akan kutip rafflesia buds dan dijual secara haram untuk dijadikan ubat tradisional. Khasiat bunga ini dikatakan amat baik untuk ibu-ibu yang bersalin. Sekarang mana boleh main petik je bunga pakma ni sebab dah dilindungi.

belum 2013 (1)

Mekarnya sekejapan sebelum mati dan menjadi hitam begini. Bak kata Erra Fazira, “Yang terindah hanyalah sementara..”

Bersambung..

7 thoughts on “Oh, indahnya alam maya! Ini adalah kesah Royal Belum [Part 1]

  1. ::bersungguh nampaknya tuan belog mengikut chara pemakaian jam mike ross ! udah la tuuuuu !!::

    yaaa, i cuma nampak pergelangan tangan u tu !! hilang semua keindahan alam bila nampak jam tangan dipakai terbalik itu !!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s