Menyucikan harta dan jiwa

Dengan berzakat.

Gua bukan nak berceramah tentang hukum wajib berzakat. Tak kiralah zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat harta, dan sebagainya. Gua cumanya mahu berkongsi kemudahan yang sedia ada untuk muslimin dan muslimat menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam.

Cara konvensional untuk membayar zakat selalunya melalui Amil di kaunter-kaunter pusat zakat. Ataupun melalui potongan gaji. Lebih mudah. Tak perlu ke kaunter dan tak perlu beratur panjang.

Semalam gua godek-godek website Pusat Pungutan Zakat (PPZ). Baru tahun ni gua mula dengan potongan gaji. Tahun sebelum-sebelum ni gua bayar di kaunter. Masih ada baki 2 tahun untuk zakat pendapatan yang perlu gua qada’ pembayarannya bermula daripada tahun gua mula bekerja. Gua kira-kira zakat yang perlu dibayar mengikut tahun haul di bahagian kalkulator “Taksir Zakat”.

Pengiraannya mudah dan senang untuk gua fahami.

Gua godek-godek lagi. Panduan untuk pengguna gua baca satu per satu. Kalau nak bayar online, rekod transaksi tidak akan disimpan untuk pengguna tidak berdaftar.

ppz (1)

Tanpa meletakkan harapan yang tinggi dengan kemudahan yang disediakan PPZ, gua hanya mendaftar separuh hati. Tengok bahagian “Profil”Meh! Bahagian “Alamat”Meh! Bahagian “Alamat Hubungan”Meh! Bahagian “Kata Laluan”Meh! Bahagian “Majikan”. WOW!! Gua terpana! Maklumat majikan gua sudah lengkap di situ. Pantas otak gua bekerja dan memberikan penjelasan yang munasabah. Mungkin kerna gua sudah mendaftar untuk membayar zakat melalui potongan gaji (melalui majikan) kepada Pusat Zakat Wilayah Persekutuan makanya segala butiran sudah sedia ada.

Gua impressed!

Terus laju-laju gua petik di pautan “Taksir Zakat” sekali lagi. Gua masukkan angka-angka untuk pengiraan zakat pendapatan lalu gua simpan semua datanya. Terus gua capai pula di pautan “Rekod Taksiran”. Dipaparkan dengan jelas rekod yang berkenaan dan status semasa (belum bayar ataupun sudah dibayar pada tarikh pembayaran dibuat). Teruja dengan paparan rekod yang mudah difahami, terus gua ketik untuk membuat pembayaran.

ppz (2)

Sekali lagi gua impressed kerna pembayaran boleh dibuat melalui FPX atau kad kredit. BAYAR ZAKAT DENGAN KAD KREDIT! Tapi kad kredit yang diterima hanyalah kad kredit Islamik yang berlandaskan syariat Islam. Oh, jangan lupa lafaz niat membayar zakat tu.

ppz (3)

Terma dan syarat PPZ untuk transaksi atas talian ada menyatakan bahawa cas perkhidmatan FPX (RM0.50) dan kad kredit (RM1.80) akan ditanggung oleh PPZ. Tambah sekali lagi gua impressed di situ.

ppz (4)

Memandangkan gua pernah buat pengeluaran KWSP 2 tahun lepas untuk pembelian rumah, alang-alang kemudahan dah ada depan mata terus aja gua lunaskan zakat pengeluaran KSWP. Selesai! Oh ya, simpanan yang dah cukup haul dan nisab tu pun jangan lupa dizakatkan.

Segala resit pembayaran untuk simpanan rekod sendiri akan dipos dalam masa 14 hari bekerja. Kalau nak cetak terus pun boleh. Nak cetak semula resit-resit yang lama, ataupun untuk minta dipos semula resit-resit ke alamat rumah pun boleh. Resit yang dicetak sendiri adalah sah sebagai bukti pembayaran.

Laman web PPZ ni banyak membantu. Contohnya arkib Nisab. Boleh buat rujukan berapakah nisab terkini dan tahun-tahun sebelumnya.

Tak ada sebab untuk tidak membayar zakat. Pelbagai kemudahan telah disediakan. Jalankan kewajipan kita dalam menyucikan harta dan jiwa.

.

i.Z.Z.i.e:

Imej diambil dari laman web Pusat Pungutan Zakat.

4 thoughts on “Menyucikan harta dan jiwa

    • Syukur, alhamdulillah.

      “Hidup lebih berkat dengan membayar zakat.”

      Khidmat nasihat ini dibawakan khas untuk belog driedroses.wordpress.com😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s