Mata

Kau pernah dengar pasal Corneal Ulcer? Gua pun tak pernah. 

Bulan lepas gua ada kena eye infection, conjunctivitis. LAGI. Contacts yang lama dah gua buang lalu gua gunakan yang baru. SofLens 59. Minggu lepas mata belah kiri rasa pedih. Terus gua berhenti pakai contacts dan mengenakan cermin mata. Benci.

Sabtu, gua ke klinik. Pedih makin mencucuk mata. Namun tiada pula lelehan ataupun discharge. Doktor berikan ubat titis. Berkemungkinan alahan kepada kanta lekap kerna simptom-simptom eye infection itu tidak begitu ketara. Kata doktor tersebut.

Pakai ubat titis dari Sabtu-Isnin. Masih sama. Masih sakit, pedih dan mata merah. Pagi ni air mata bercucuran tanpa ada kesedihan yang melanda di hati. Kena cahaya matahari pagi pun bukan main silau.

Jumpa doktor lagi. Itupun selepas JasJamal tanpa henti menasihatkan dan memberikan pandangan tentang jangkitan mata. Kalau serius, mungkin ini adalah Corneal Ulcer. Gua kecut perut.

Doktor terus merujuk kepada pakar mata di Pantai Medical Kuala Lumpur. Mata hoi! Jangan buat main. Kalau buta, jadik Kassim Selamat lah gua.

Mendapatkan parking pada jam 11 pagi di Pantai Medical adalah mencabar keimanan. Nasihat gua, lebih baik terus ke valet parking. Kau takkan buang masa, takkan lambat temujanji dengan doktor jua.

Alhamdulillah. Dr. Vann mengesahkan hanya jangkitan. Gua punyalah ketar lutut takut kalau sesuatu yang serius. Nasihat doktor;

    • Jangan pakai kanta lekap buat sementara waktu. Bila gua tanya untuk berapa lama, mudah doktor menjawab; “For quite some time.” Isk. Gua tak puas hati. Gua tanyakan pulak dengan misi yang berada di luar bilik Dr. Vann. Tapi jawapannya membuatkan gua telan liur sahaja. Misi cakap Dr. Vann tak suka pesakit pakai kanta lekap.

Angan-angan gua untuk memakai kanta lekap terkubur sama sekali. Gelap donia ini gua rasakan. Memang boleh pakai cermin mata, masih lagi mampu melihat dengan terang. Tapi keselesaan agak terbatas.

    • “No eye make-up.” Senyum. Gua khabarkan nasihat doktor yang ini kepada Mr.K. Dia pun turut sama senyum. Katanya, nasihat yang bagus sekali. Tak perlulah gua bermata panda. Natural beauty, kerna dia lebih suka melihat gua tanpa mata panda dan beralis hitam itu. Lebih manis dan chantek. Jika tidak, ngeri katanya.

Ngeri kau kata bangggggggggggggggg????!!! Dia tak tahu selama ni gua mainkan trick no-make-up makeup look. Eh tak jugak. Muka bangun pagi gua dengan air basi pun pernah aja dilihatnya. Har har har. Baiklah, not MUCH of makeup after this. 

    • Ubat mata 4 jenis. Kena rajin-rajin taruk ubat. Temujanji seterusnya untuk melihat perubahan Jumaat ini. Berharap mata gua akan kembali pulih seperti sediakala.

Ubatnya pahit sampai ke tekak. Tapi nak baik punya pasal..terpaksalah. Pahit tu ubat, manis tu racun.

Konon-kononnya gua cakap kat Dr. Vann yang gua dah fedap pakai kantap lekap sama kaca mata. Ya, gua tak pernah suka pakai kaca mata. Gua pakai sudah terlalu lama. Dari umur 10 tahun. Tak dapat gua cerna macham manalah hipster di luar sana yang memakai bingkai kaca mata hanya untuk bergaya. Lalu gua mintak pendapat beliau tentang pembedahan Lasik.

Memandangkan rabun gua cecah 500, memang berbaloi buat pembedahan Lasik. Tapi Dr. Vann ingatkan, dan jugak sepertimana yang JasJamal pernah beritahu kepada gua sebelum ini yang pembedahan Lasik bukanlah menjamin 100% penglihatan sempurna. Rabun itu masih ada cuma tak teruk seperti sebelum ni. Bagi orang yang memang rabun tahap cipan seperti gua, semustinya itu sudah sangat baik. Tapi silau takkan mampu diperbaiki.

Bak kata JasJamal lagi, mana ada ciptaan manusia yang sempurna sepertimana si Pencipta Agung.

Rata-rata kos pembedahan Lasik untuk sebelah mata adalah dalam lingkungan RM5000. SEBELAH MATA.

Yeah, nampak gayanya gua akan cabut bulu.

.

i.Z.Z.i.e:

Syukur masih dipinjamkan oleh-Nya daya penglihatan ini.

2 thoughts on “Mata

  1. i pun seorang pemakai contact. alih2 satu hari bila pakai susah nak bukak. melekap mcm gam smpi satu ketika saya jumpa pakar mata, dia kata saya ada problem dry eye..

    buat masa skrg, pakai saja spec dan masih dgn ubat titis. sudah 5 bulan mcm ni.. tak best betul. tapi apakan daya.. cuma power saya tak brp tinggi except left eye. kdg2 pakai time drive je.. dlm ofc steady merabun.. hehehe..

    rindu pada contact lens hmmm..

    • memang tak best kalau dah biasa pakai contacts kan? tapi kalau mata dah tak dapat terima, better don’t. paksa-rela lah pakai glasses tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s