Wimpy

Semalam gua ke Empire Shooping Gallery. Puas pusing-pusing dari satu tingkat ke tingkat yang lainnya, tak ada apa yang menarik melainkan gedung buku Popular. Terus langkah gua diatur ke sana. Seperti biasa, Mr.K akan ke bahagian “Business” dan gua pulak ke bahagian novel.

Belek-belek novel yang dirasakan menarik perhatian. Cari-cari novel yang baru di pasaran.

Hati tertarik kepada anak kecil yang gua rasa umurnya dalam 10 tahun. Beriya-iya dia meminta ibunya membelikan Diary Of A Wimpy Kid: Third Wheel. Gua senyum. Kerna gua tahu buku itu pasti akan menghiburkan anak kecil tersebut. Pasti dia juga mempunyai koleksi Diary Of A Wimpy Kid. Seperti gua.

“No! You have loads of this ‘wimpy’ books already!”

Gua tersentak dengan jawapan ibunya. Dinafikan permintaan anak kecil itu. Perlahan-lahan The Third Wheel diletakkan kembali ke rak buku.

Oh. Sedih.

Pertama. “No! You have loads of this ‘wimpy’ books already!” -mungkin ibu ini tidak membaca siri novel komik tersebut. Kerna jika tidak, takkan kenyataan sebegitu dikeluarkan. Ya, memang bukan satu tapi 7 buah kesemuanya yang ada. Yang ke-tujuh itulah Diary Of A Wimpy Kid: The Third Wheel. Keluaran terbaru, November 2012. Itupun belum kira keluaran yang berkaitan dengan filemnya lagi.

Kedua. Jangan sesekali menidakkan permintaan anak-anak yang mahukan bahan bacaan.

wimpy

Disember 2012, gua bawa Apieq ke Popular Bookstore di Tesco Gelugor. Gua suruh dia pilih novel klasik untuk bahan bacaannya tapi payah benar dia nak pilih walaupun sebuah. Tapi gua perasan dia membelek-belek siri Diary Of A Wimpy Kid.

“Nak ke?”

“Nak. Apieq pernah baca buku #1. Best. Tapi tak sempat habis.”

Gua tengok di situ ada 6-in-1 box-set. RM150. Okeylah, berbaloi. Kalau nak beli satu demi satu, mau lebih daripada RM150. Buku #1: A Novel In Cartoons gua baca.

Klakor macham harooommmmm!😀

Dah!! Pi beli cepat!!

8 thoughts on “Wimpy

  1. ::baru abes baca yg 1st book …mmg cam harooomm…gile wimpy greg ni ! harap2 apieq takkan jadik camtu ..koh koh koh !! ::

    p/s : it falls under adult fiction..have i told u that ? yep i did !! lalalalalalala~

  2. Maybe mak dia x cukup bajet kot..that’s why jwb mcm tu..hihi..patut jwb jek sejujurnya mcm kita selalu buat..Mama x bwk bnyk duit..kita beli yg murah jek dulu..then next time kita dtg beli ok sayang! Tapi Izzie..perasan x harga buku kt Msia ni mahal..cer tgk harga2 novel luar ..dlm 7-20 bucks jek..kita..bila diimport..jd 3 /4 x ganda..Even local pun dah belas2 RM…

    • setuju! buku kat malaysia mahal sangat. macham mana nak pupuk dan galakkan rakyat membaca sedangkan harga bahan bacaan sangat tinggi?! kalau kat UK/US bahan bacaan lebih murah.

      kalau dah import, bayangkanlah harganya! dan setuju jugak untuk bahan bacaan tempatan pun memang dah tersedia mahal. bukan semua orang akan habiskan duit hanya untuk buku-buku. banyak lagi benda lain yang perlu dibeli. jadi kalau dah sebuah buku lebih kurang RM20, lebih kurang sama harga dengan 10kg beras, ada baiknya beli 10kg beras. satu klorga dapat makan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s