hanyaaaaaa di radio..

Ada sebab kenapa gua tak tahu lagu-lagu baru yang orang lain asyik nyanyi dan bersiul. Ada sebab mengapa ringtones di iPhone gua yang itu-itu jugak dan jarang benar nak bertukar. Ada sebab mengapa gua lebih selesa mendengar lagu-lagu yang sama dan yang lama.

Al-kisahnya, minggu lepas gua terdetik di hati nak menukarkan USB mode ke mode radio sewaktu gua sedang memandu ke Jalan Semarak. Konon-kononnya nak mengetahui keadaan trafik andai Jalan Mahemeru dan Jalan Tun Razak itu sesak, sambil itu juga bolehlah gua tahu serba sedikit lagu-lagu terkini yang dimainkan di radio.

Gua mula memetik frekuensi Hitz.fm. Bukan lagi JJ & Ean yang mengemudi Morning Crew. Celoteh mereka agak kedengaran janggal di telinga ini. Ahh..mungkin gua tidak biasa. Gua teruskan pemanduan dan menanti lagu seterusnya untuk dimainkan di corong radio. Penantian yang gua rasakan sia-sia saat lagu Ke$ha yang langsung tidak menepati frekuensi telinga gua. Gua tak dapat hayati lirik lagunya, apatah lagi muziknya yang hanyalah club friendly. Terus gua terbayangkan dengan rentak begitu, betapa ramai anak-anak muda menari terkinja-kinja di lantai kelab malam. Ramai jugak anak-anak gadis yang pasti turut sama mempamerkan aksi buttock dance mereka.

Gua petik-petik lagi frekuensi yang ada. Mix.fm, Fly.fm, Hot.fm, Suria.fm, Sinar.fm habis semua gua jelajahi. Kalau bukan lagunya yang tidak memenuhi citarasa gua, si dj pulak yang tidak berhenti-henti untuk terus mengomel di corong radio. Penat juga mendengar celoteh yang belum tentu ada isinya. Kalau bukan lagunya yang tidak memenuhi citarasa gua, atau si dj pulak yang tidak berhenti-henti untuk terus mengomel di corong radio, pasti iklan yang berjela-jela membuatkan gua merasakan ada baiknya gua tutup sahaja.

Gua tukar kembali ke USB mode. Lagu yang sama berkumandang di speaker kereta gua. Lagu-lagu lama yang sentiasa menjadi peneman saat gua memandu. Tak kiralah jauh atau dekat. Biarlah, rela gua tak tahu lagu-lagu baru daripada terpaksa menadah telinga mendengarkan melodi dan lagu dengan lirik yang entah apa-apa.

One thought on “hanyaaaaaa di radio..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s