I chopped off my 8 years of long hair!!!

shorthair-izzie

Tadaaaaaaa!!!

Teda lagi rambut panjang separas pinggang. Woohoooo!! Dah lama tak berambut pendek sependek ni. Rasa pelik dan tak biasa pada mulanya.

Abam Zeni cakap sayang potong rambut panjang. Aler..aler. Usahlah begitu abam Zeni. Yang berubah potongan rambutnya, hatinya tak pernah berubah.

Puahahahaha!!

Lepas potong semalam, terus Whatsapp Mr.K yang outstation di Jakarta. Dan seperti yang gua jangka terjadi, hujan lebat dan banjir di Jakarta di sana nun adalah kerna tangisannya. Hiperbola sangat! Rilekslah bang, kau cukur botak gua redho, gua terima seadanya. Ni baru gua potong pendek sikitttttt je.

Wanita ideal pada Mr.K (dan Apieq) adalah wanita yang berambut panjang dan lurus. Rambut pendek macham budak-budak. Lelaki memang suka perempuan berambut panjang, eh?

Adakah ini bermakna Mr.K adalah pedophile kerna berchenta dengan kanak-kanak ribena???!!!😛

Dengan bentuk muka boolat dan selebar pinggan ni, ingat senang ke nak buat keputusan potong pendek? Kang kalo tak kena dengan bentuk muka, mana boleh sambung balik rambut tu. Nampak tak risiko yang gua ambil di situ?

Tapi gua perjudikan segalanya. Dan coba menyedapkan hati sendiri dengan mengeluarkan hujah-hujah supaya tidak rasa menyesal;

    • Jimat shampoo.
    • Tak perlu lagi nak bersiap lebih sejam tiap-tiap hari. Rambut panjang leceh tau, nak kena towel dry betul-betul, flat iron lagi, sapu minyak, sikat elok-elok.
    • Dan disebabkan rambut gua yang super halus, mudah sangat kusut. Hazab tau!
    • Bangun tidur, kuis-kuis sikit rambut. Tak adalah ropa singa di pagi hari.
    • New look. 

Dan berambut memang nampak lebih muda belia. Setuju?

2 thoughts on “I chopped off my 8 years of long hair!!!

  1. cantiklaa, bertambah muda~
    setuju sangat dengan hujah –> “Bangun tidur, kuis-kuis sikit rambut. Tak adalah ropa singa di pagi hari”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s