Singgah sebentar di Temasik, tapi apakan daya abam Aaron teda. Tiadalah dapat dinda ketemu sama kanda

Sambungan daripada rentetan perjalanan ke Harry Potter: The Exhibition (29 September 2012).

Selesai dengan pembelian souvenirs waktu dah menganjak lewat jam 2 petang. Perut makin terasa pedihnya minta diisi lalu terus sahaja menuju ke Marina Bay Sands Mall. Tiadalah bernapesu gua melihatkan butik-butik mewah yang berderet kerna perut perlu diberikan keutamaan.

Langsung ke food court. Manusia macham ulat tahik! Ramai bebenor. Nak dapat tempat duduk punyalah hazab. Rata-rata pengunjung dari Indonesia. Kaya depa ni baq hangggg! Shopping bags sampai sangkut ataih bahu! Lepas makan, nak gerak pergi airport pun awal lagi. Flight jam 19:10. Nak pergi Universal Studio tak sempat jadi Mr.K cadangkan jalan-jalan dulu di sekitar Marina Bay Sands. So, Marina Bay Sands it is. 

Hoi! Mall dia ada kasino baq hangggg!! Kalau penduduk Singapura nak masuk kena bayar levy SGD100 (untuk tempoh 24 jam), kalau foreigners tak payah bayar. Pelik, kan? Kalau tempat lain, tak payah pergi jauhlah Malaysia contohnya musti akan kasik diskon kat rakyat sendiri manakala foreigners kena bayar berganda.

Mr.K cakap kerajaan Singapura buat macham tu sebab nak galakkan foreigners berjudi, tukar matawang asing dengan mata wang SGD dan nak menjaga rakyatnya supaya tidak berjudi dengan matawang sendiri. Kalau salah, tolong betulkan *peace*.

singapore (1)

Usai tawaf Marina Bay Sands Mall, terus ke Marina Bay Sands Hotel. Seberang jalan je. Mr.K ajak naik SkyPark. Ada laluan underground. Tapi gua kata, nak pergi Gardens by the Bay tu dulu. Bila lagi nak jalan-jalan, kan? Tapi dengan cuaca panas membahang membakar kulit, Mr.K kasik gua snap gambar kat depan taman tu je. Alahai, pasrah betullah dengan pakcik sorang ni. Panas tak boleh, jalan sikit tak boleh. Manja betul! Alang-alang kulit dah hitam, apa salahnya kasik rentung terus?

Nak tak nak kenalah pasrah lagi.

singapore (7)

singapore (5)Mr.K buat penaakulan bahawasanya aksi terjun dari balkoni tingkat atas ke tingkah bawah bisa terjadi dengan struktur binaan hotel Marina Bay Sands ni. Gua syak, Mr.K musti terpikirkan Jackie Chan yang beraksi sedemikian ropa.

singapore (4)

singapore (3)

singapore (2)

The Supertree Groove, Gardens by the Bay. Nampak ada orang berpayung nak ke sana tu? Ya, sebab cuaca terlampau panas. Tu pasal Mr.K pikir patplohpat kali. Pfttt! Manja!

singapore (6)Nak mintak dia snap sekeping-dua gambar pun hazabbbbbbb! Dahlah gua ni camera shy, dia pulak asal boleh tangkap je. Bila balik tengok gambar, semuanya blur. Tatau nak meratap menangis ke apa dah

singapore (10)Ni dah kat atas SkyPark. Nampak couple mat salleh tu? Sungguh-sungguh pakwe dia nak tolong ambil gambar kitaorang berdua sebab dia kesian kot tengok gua terpacak sorang-sorang. Tapi kau tau Mr.K kata apa? -TAK PAYAH. Benci tau pakcik tu, takot gua jual gambar dia gamaknya. Kau ingat kau tu retis ke bangggggg?? Mimpi ngeri tau kalau tengok gambar dia.

Gua tak ingat berapa kena bayar untuk naik SkyPark ni. Sebenarnya, ada pakej tau naik SkyPark + ArtSciene Museum. Lagi murah. Tapi sebab tak ranchang pun nak naik. Kalau bayar guna kad kredit American Express, dapat diskon.

singapore (9)

singapore (8)

Pemandangan Gardens by the Bay dari atas SkyPark Marina Bay Sands. Aci kerat kuku jari kelingkinglah waktu malam musti chantek dengan neon lampu.

singapore (11)Coba teka ni apa? Gua menjerit kecil bila tengok Marina Bay Street F1 Circuit ni. Tak sangka akhirnya dapat jugak tengok walaupun takde race. Gua feeling-feeling macham kat Monaco kejap.

singapore (12)Nampak bangunan putih tu? Itulah ArtScience Museum, Marina Bay Sands. Nampak tak sekarang bentuk dia macham bunga teratai?

singapore (13)Perhatikan pulak yang di sebelah kanan sekali. Itu adalah The Helix Bridge yang menjadi penghubung untuk pejalan kaki dari Marina Center ke Marina South di Marina Bay.

singapore (18)Gambar The Helix Bridge dari ArtScience Museum. Canggih, kan?

singapore (14)The Infinity swimming poolBerapa ramai manusia yang berendam di sana tidaklah gua pasti. Namun yang pastinya, untuk mandi manda kena bayar untuk pakej SkyPark + The Infinity. Mr.K cuma ambil pakej SkyPark sahaja. Kalaupun nak mandi, nak pakai apa? Bra dan panties? Lucut kang tak pasal. Ada jugak gua terjun dari bangunan Marina Bay Sands tu nanti.

singapore (15)Crystal Pavillions yang terapung. Butik Louis Vuitton di situ ya hadirin dan hadirat sekalian. Sebelah tu kelab malam.

singapore (16)

Gambar tuan empunya belog. Mujur tak gayat.

singapore (17)

Nah, ambil ni bunga orkid. Bunga kebangsaan Singapura. Chantek betul airport Changi penuh dengan bunga orkid. Dah macham taman. Gambar terakhir gua sempat ambil sebelum pulang ke Malaya.

.

i.Z.Z.i.e:

Waktu gua di Singapore, abam Aaron di Perlis. Nampaknya masih tiada jodoh antara kita, kanda. Le sigh.

2 thoughts on “Singgah sebentar di Temasik, tapi apakan daya abam Aaron teda. Tiadalah dapat dinda ketemu sama kanda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s