Constantly on drugs

Tekanan jugak bilamana melihatkan teman-teman bersungguh-sungguh mengawal pemakanan. Nasi sememangnya terus ditolak ke tepi. Hanya makan protein dan sayur-sayuran, berserta dengan senaman dan air secukupnya. Gua saksikan sendiri dengan mata dan kepala bagaimana JasJamal dan Adik Manis Yuu turun secara drastik berat badan mereka.

Oh Tuhan. Tabah sungguh mereka menolak napesu untuk makan nasi. Nasi adalah makanan yang terindah kalau kena dengan pasangannya iaitu telur mata kerbau goyang, ikan masin, kicap dan sedikit sambal totok. Tak mustahil nasi akan bertambah sepinggan lagi.

Betul, berat badan biarlah ideal dengan BMI. Walaupun gua punya berat badan masih dalam julat ideal BMI, tapi rasanya dah sipi-sipi sampai ke penghujung yang ideal tu. Bila-bila masa boleh terkeluar ke julat yang tidak lagi berapa nak ideal.

I blame it on the gastritis. 

Kau bayangkan, dengan kadar kekerapan gua makan sekarang ni macham mana berat badan nak berkurangan? Ataupun macham mana konon-konon gua nak tolak semua carbs dalam diet seharian? Pagi wajib bersarapan. Nasi goreng, bihun goreng, mee goreng ataupun nasi lemak sudah tentu. 2 jam kemudian, boleh jadi gua makan pau kacang merah. Makan tengah hari sudah tentu nasi lagi. Petang sikit perut kembali pedih lalu kenalah gua makan sesuatu untuk lapik perut. Makan malam, dan tak lupa jua supper kerna sudah pasti perut akan kembali perit sebelum masuk tidur.

Gua makan bukan kerna lapar, tapi kerna perut terlalu pedih. Jus gaster dirembeskan secara berlebihan dalam perut sampaikan gua terpaksa makan sesuatu tiap 2 jam. Langsung tak boleh skip. Jika tidak, gua akan sakit kepala yang teramat sangat sampai rasa nak pengsan dan muntah-muntah. Dengan kekerapan gua makan gua sekarang ni, memang gua letih. Letih sebab asyik kena makan.

Macham malam tadi, sebelum Maghrib gua dah makan nasik. Kemudian terlelap sampai menganjak hampir ke jam 11 malam. Bukan main perut gua pedih semacham. Kau tau gua makan apa? Nasi dengan gulai kurma, pada jam 11 malam.

I blame it on the gastritis. 

Masih lagi nak cakap badan gua naik? Coba kau berada di tempat gua. Baru kau tahu sakitnya macham mana. Makan, badan naik. Tak makan, badan sakit.

Puas kena berleter dengan Mr.K dan puas juga gua kena berleter dengan doktor. Makan, makan, dan makan.

Doktor pesan; Jangan stress.

Makin stress, makin banyak jus gaster akan dirembeskan. Kalaupun banyak masalah, jangan difikirkan sangat. Donia takkan berakhir andai gua tak dapat selesaikannya dalam masa terdekat. Jalan penyelesaian tetap ada. Cuma perlu jangan sampai menyakitkan diri sendiri.

Doktor pesan; Arak dan rokok mendatangkan musibah.

Merokok tidak, minum arak pun tidak. Your argument is invalid, doc.

Doktor pesan; Kurangkan makan makanan pedas.

Kalau doktor tengok jumlah sambal/cili yang gua ambil dolu dengan sekarang, musti doktor akan sangat terharu. Memang macham makanan orang sakit kalau tak ada kepedasan langsung. Hazab! Tapi itulah yang gua harus lalui.

Doktor pesan; Teh dah kopi tolak ke tepi.

Selamat tinggal teh tarik. Selamat tinggal kopi o ais. Mungkin kita akan ketemu sebulan sekali. Aherherher.

Coba check beg tangan gua. Berapa banyak jenis ubat siap tersedia? Granola bars, oat cookies, 3-in-1 oat drinks wajib dibawa bersama-sama.

I blame it on the gastritis. 

4 thoughts on “Constantly on drugs

  1. ganti nasik dgn couscous, healthier and lesser carbs. But then kene rajin bawak bekal le, mana nk cekau couscous kt kedai2 makan ye tak? hehe

    • i tried couscous before. i think the restaurant tu tak pandai sediakan, so the couscous was so dry. kena letak chicken stock lebih sikit rasanya. since then, i am not a couscous fan. tapi kalau kena dengan caranya, mungkin boleh coba makan lagi.

      contohnya: adik manis yang sediakan. wahahahaha.

  2. yup. mmg kene letak chicken stock and veggies (cherry tomato, zuccini, mushroom bla2) untuk bg sedap. Pastu makan dgn lemon n dill grilled chicken…wahahaah!! tangkap leleh!!

    errrrr……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s