Mari berjalan-jalan! v1.0 – Casabrina Vacation Villas

Lepas pos gambar-gambar di Instagram gua, ramai yang bertanya. Jadi di sini seperti biasa, gua akan menjadi pemandu pelancong tidak bertauliah dan berkongsi serba-sedikit pengalaman.

Memandangkan bulan lepas banyak pula coti yang berturut-turut, makanya tidaklah dapat berdiam diri sahaja. Gua takdak hal kalau duk rumah. Tapi disebabkan Mr.K tidaklah berpergian untuk outstation, terus gua bertanya apakah plan di hujung minggu.

“Let’s drive to Raub.” katanya.

Raub ada apa?

Raub ada Musang King!

Sebagai penggemar durian yang tegar, gua dapat tau yang durian Musang King asalnya dari Raub. Yang selalu gua makan di Jalan Klang Lama tu, RM28 sekilo. Kalau pergi Raub, kompem dapat lebih murah. Oh, syorga!

Nak ke Fraser Hill kena lalu Raub!

Adakah Mr.K sengaja nak buat surprise dengan membawa gua ke Bukit Fraser? Memandu ke Raub itu mungkin adalah alasannya sahaja? Awww..

Perjalanan dari Kay El tidaklah sesak. Lancar sahaja. Untuk sampai ke Raub, perlu melalui Bentong. Untunglah kalau siapa-siapa kampung halamannya kat Bentong. Dekat je dengan Kay El. Tak sampai sejam dah sampai. Kalau gua ni nak balik ke Pekan, jauh jenat!

bentong (1)

bentong (3)

Perlahan menyusuri pekan-pekan kecil di Bentong. Seronok pulak sesekali lari dari kota. Pekan-pekan kecil macham ni selalunya mati di sebelah malam. Pekan Cowboy. Taklah suasananya hiruk-pikuk macham di kota-kota besar.

Sampai di Raub dah tengah hari. Makan dahulu di Ratha Curry House. Kata Mr.K, Kari Kepala Ikan di sini sedap. Oklah, kita coba. Ingatkan makan berdua, tapi tidak. Seketul kepala ikan merah tu gua sorang kena habiskan sebab Mr.K tak makan ikan merah. Rasanya? Boleh tahan. Ratha Curry House ni memang ramai pelanggan. Jadi kalau siapa-siapa lalu pekan Raub lepas ni mungkin boleh coba.

Lepas makan, gua sangkakan akan terus ke Bukit Fraser. Ropanya jangkaan gua meleset. Memang tak terlintas dan takde dalam plan Mr.K pun nak ke Bukit Fraser. Jahanam angan-angan gua! Ini bisa menimbulkan marahhhhhhhhh!!! Puas gua pujuk, tetap dia katakan TIDAK. Jauh, alasannya. Nak naik ke atas sana nun pulak laluannya sempit. Kena tunggu giliran.

FINE!

bentong (2)

Ekspresi wajah sewaktu menyebut perkataan ‘FINE!’ itewww!

Sampai di suatu persimpangan, Mr.K membelok ke kanan. Di papan tanda sempat gua jeling. Ke kanan itu adalah laluan untuk ke Bukit Fraser. Adakah…?

Hati berbunga ceria. Awww.. Comel.

Jalan mula berliku bagai ular kena palu. Tak ubah macham jalan nak ke Cameron Highlands kalau naik kat Tapah. Takpelah, sabar. Minyak kapak dah tersedia dalam beg tangan. Kalau agak-agak pening, gua sumbatkan aja nanti. Lebih kurang setengah jam, Mr.K memperlahankan kereta lalu masuk ke satu kawasan yang berpagar.

‘Eh, tak sampai puncak lagi ni.’ terdetik dalam hati gua.

Katanya tadi Bukit Fraser jauh. Nak naik sampai ke atas nun mau berjam-jam. Ini tak sampai setengah jam kereta dah membelok. Musykil di hati gua. Gua perhatikan tanda di pagar berbatu. Di situ tertulis,

Casabrina Vacation Villas

Dan dengan terbacakan tulisan itu, sekali lagi hancur angan-angan gua untuk ke puncak Bukit Fraser.

Casabrina Vacation Villas ni terletak berhampiran dengan Tanah Aina. Ramai yang tak perasankan Casabrina Vacation Villas sebab kedudukan villanya adalah di atas bukit. Dekat tanah rata tu cuma kawasan parking dan kawasan lapang kalau nak buat majlis. Untuk naik ke atas, sama je kekdahnya kalau nak ke Bukit Fraser. Laluan satu lorong. Kena tunggu giliran. Tunggu kereta dari atas villa turun dulu, baru kereta dari bawah boleh dipandu ke atas.

Casabrina Vacation Villas cuma ada 2 villa buat masa ni. Villa utama, Villa Amertani (main house) yang merangkumi commom area, kolam renang, dining area punya 4 bilik manakala 1 villa lagi Villa Aranya (forest house) punya 2 bilik. Villa-villa yang lain sedang pembinaan.

Suite Stays per night, with Breakfast;
Amertani Excelsa ( entrance opens to poolside) RM1,600 (2paxs)
Amertani Heliconia (entrance opens to poolside) RM1,600(2paxs)
Amertani Victoria (private sundeck balcony with forest & pool view) RM3,000(3paxs)
Amertani Rostrata(private sundeck balcony with forest & pool view) RM3,500(4paxs)
Twin Sharing Suite Stays per night, with Breakfast;
Aranya Latisfata RM2,000 per night
Aranya Harundalu RM2,000 per night

Senibina dan hiasan Casabrina Vacation Villas ni adalah berkonsepkan Bali. Tak ubah macham di Ubud. Kawasannya memang tenang, nyaman dan sangat privacy. Kata staff di sini, Azlan Iskandar menjadikan Casabrina Vacation Villas sebagai lokasi majlis resepsinya.

Kelasssssssssssssss kau, Maria! T______T

Kalau dah sampai sini, memang sangat sesuai untuk berehat. Boleh bersantai di kolam renang, bird watching ataupun berjalan-jalan di sekitar kawasan villa yang luas. Kalau musim buah, lagi untung. Boleh makan sepuas-puasnya secara percuma. Jauh dari hingar-bingar, cuma yang ada kicauan burung dan bunyi unggas hutan.

casabrina (10)

casabrina (14)

casabrina (2)
casabrina (3)

casabrina (4)

Common area. Tempat bersantai siang dan malam. Ada satu teleskop disediakan di sini untuk bird watching. Kalau nak tengok tv, ada dalam bilik.

casabrina (1)

casabrina (5)

casabrina (6)

Bilik yang ada sundeck menghadap hutan lain harga. Agak-agak rasa nak berendam dalam kolam, boleh langkah je. Ok tipu. Kau kena jalan sikit lagi turun tangga. Bukan jauh mana pun, toksah jadi pemalas sangat boleh?

casabrina (9)

casabrina (8)

Bilik air yang maha seksi dengan tub mandi ala-ala dalam kamar mandi Damon Salvatore. Tau sebab apa seksi? Kalau mandi tak payah tutup pintu. Bayangkan, mandi berwayang kulit dengan selapang-lapangnya. Aherherher.

casabrina (7)

Ini bukan katil. Gua lupa nak snap gambar katil. Sangat inzal kalau baca buku di sini sambil menghadap hutan yang menghijau dengan kicauan unggas-unggas hutan. Tenang. Tapi kalau nak buat tempat tidur baring pun boleh je ni. Belasah.

casabrina (13)

casabrina (12)

casabrina (11)

casabrina (15)

Pemandangan dan laluan yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan menghijau. Sejuk mana memandang.

Staff Casabrina Vacation Villas hanya berada di kawasan villa hingga jam 5 petang kalau tetamu perlukan bantuan. Ataupun by request mereka akan tunggu hingga jam 8.00-9.00 malam. Selebihnya, tetamu tidak akan diganggu langsung sepanjang berada di villa.

Sebab tu gua kata, memang aman tenteram dan damai di sini. Oh, kalau nak ke Bukit Fraser dari sini mengambil masa kurang lebih 1 jam 45 minit.  Oke, perlu cadangkan kepada Mr.K supaya kembali ke sini. Travel ke atas sana untuk day trip, tapi bermalam di Casabrina Vacation Villa.

Brilliant, eh?

.

i.Z.Z.i.e:

Maklumat lanjut mengenai Casabrina Vacation Villas, sila ketik sini.

2 thoughts on “Mari berjalan-jalan! v1.0 – Casabrina Vacation Villas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s