Posto, posto! v2.0

Ini semua posto tahun 2012. Memandangkan gua nun jauh di Utara bagi suku terakhir 2012, sememangnya Pos Malaysia memainkan peranannya dalam menyampaikan barangan kiriman dengan selamat ke alamat gua di Kay El. Lambat jugaklah gua dapat bukak sampul dan melihat barang yang dikirimkan dengan penuh kasih sayang. Maafin ya, kesayangan. Kalian tertanya-tanya sama ada sampai ke tangan guakah atau tidak.

.

Kak Wan

Terima kasih kerna bersusah-payah mencarikan novel yang dikehendaki di bumi UK. Susah-payah juga Kak Wan mengangkutnya pulang ke Malaya.

kakwan (1)

The Wedding Ultimatum by Helen Bianchin. Disyorkan oleh Zazu. Mata ni tak mampu nak baca e-book, makanya perlulah mencari buku. Oldschool katakan.

Namun, tercuit hati dinda tatkala melihatkan melihatkan kiriman yang tidak terjangka.

kakwan (2)

Kak Wan tahu benar kesukaan adiknya ini. Tahun lepas dikirimkan kalendar The Vampire Diaries, kali ini The Unofficial Guide To The Vampire Diaries (hard cover) pula menjadi buah tangan dari UK *lap ayer mata*.

Coba tengok betul-betul. Free HUUUUUUUUUGE poster.

JasJamal, sila jelly!

.

Naziah Nawawie

naziahnawawie

Cenderamata dari seorang Potterhead kepada Potterhead yang lainnya adalah sangat bermakna. Akan ako simpan poster Harry Potter hasil kerja tangan kau, Ziah.

.

JasJamal

Pertemuan diaturkan untuk menonton Twilight Saga: Breaking Dawn Part II bersama-sama. Rutin biasa untuk bertemu chenta hati, kanda Edward Cullen. Perlu tonton bersama-sama agar tiada pertumpahan darah terjadi. Tak sangka pula datangnya JasJamal bersama-sama bungkusan istimewa.

jasjamal (2)

Handmade birthday card dari Jasjamal. Comel.

Sebuah novel Adam dan Hawa dengan rekaan cover asal. Dahulu gua pinjam novel kepunyaan Mak Yon, @yonna. Tapi keinginan untuk baca Adam dan Hawa sekali lagi, serta keinginan untuk memiliki menjadi-jadi pulak. Dan sudah sedia maklum, gua gemarkan cover yang asal dan bukan cover yang dicetak semula berdasarkan pelakon-pelakon daripada adaptasi drama/filem.

Tak cukup dengan novel, diberikan sebuah lagi kejutan untuk hari lahir gua.

jasjamal (3)

Kata JasJamal, dia sengaja hadiahkan wayfarer dengan tulisan merah-putih supaya kod warna Ray Ban 2140 tidak sama dengan kanda Edward Cullen. Takpe, sekurang-kurangnya kanda Edward dan saya masih memakai model wayfarer yang sama. Ahh..terus terbayang wajah tampan dan nakal kanda Edward Cullen sewaktu keluar dari Volvo C30 berwarna silver dengan senyuman yang bisa mengugurkan iman. Kachak sungguh kanda mengenakan wayfarer ittewww.

Mungkin dinda jua akan kelihatan kachak seperti kanda apabila mengenakan wayfarer tersebut? Aherherher.

.

Mr.K

Singgah sebentar di Pulau Pinang, bersarapan bersama-sama dan kemudian dihulurkan sebuah paperbag berjalur dengan ucapan “Happy birthday.”

mrk

Terima kasih, kesayangan😀

2 thoughts on “Posto, posto! v2.0

  1. time sy tgk pic “Unofficial Guide To The Vampire Diaries (hard cover)” tuh mata sy terus nampak “FREE HUGE POSTER” sy terus SHOOOTTTTTT!!!! **caps lock pon xcukup!! kalau bole nak tukar saiz font!! untuk gambarkan perasaan sbnar JASJAMAL! aishhhhhh!!

    hi kak wan! **sambil hulur tangan nak berkenalan ehem..ehem..

    p/s: perlu ke letak pic abg ponti dgn wayfarer tuh?! nieh buat rasa nak jadik buruk siku nieh! grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..

    • 1. misi untuk membuatkan JasJamal jelly adalah berjaya!

      2. tak payah nak hulur tangan berkenalan sangatlah dekat kak wan. grrrrr!

      3. PERLU!! dan kamo jangan lupa ya untuk menyanyikan lagu latar “lalalalalalala” sepertimana dalam filem Twilight sewaktu abam ponti keluar dari kereta Volvo C30 tu tau.

      4. eipppp!! mak cakap tak baik tau jadik buruk siku! aherherher *pakai wayfarer pemberian JasJamal yang sama dengan abam ponti*.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s