Let’s talk about ♥

8 tahun 4 bulan.

Itu suatu jangkamasa yang lama.

Cepat masa berlalu. Tapi tak nampak sangat perbedaan untuk jangkamasa yang lama begitu. Yelah, dah tua. Pertumbuhan apalah sangat yang dapat kau tengok yang berubah dengan ketara. Ada tak ada, perkembangan dari segi kelebaran badan. Kalau ada anak, mau paling kurang dah 3 orang. Paling kurang kauuuu!! Yang sulung dah masuk darjah 1.

Dan untuk tempoh 8 tahun dan 4 bulan itu, terlalu banyak dugaan dan cabarannya.

Ada jugak yang bermulut puaka mudah saja bertanya, kalau dah begitu lama tunggu apa lagi?

Ada yang berkenalan tak sampai setahun, dah selamat berumahtangga. Ada yang sasau mencari calon, susah hati kerna masih single sedangkan teman-teman di sekeliling semuanya berpunya. Tup-tup yang sasau mencari calon itu berkahwin dahulu sedangkan yang berpacaran masih begitu-begitu juga.

“Come, fall in love.” – Dilwale Dulhania Le Jayenge 

Gua sudah. Sedang. Masih.

“Someone, somewhere is made for you.” – Dil To Pagal Hai

Gua yakin dengan jodoh yang telah Dia tetapkan untuk gua.

“Every love story has its time.” – Jab Tak Hai Jaan

Cepat atau lambat.

8 tahun 4 bulan and counting.. Lambat. Lama benar membaja chenta, mengirai kasih, menjahit luka, dan menepis nista. Ya. Ini adalah kesah chenta seorang lelaki dengan seorang gadis yang berlainan bangsa dan agama. Ini adalah coretan kisah suka-duka dan pahit-manis antara Mr.K dan gua.

Penyatuan dua jiwa untuk suatu ikatan sah yang menuntut sebuah pengorbanan dari kedua-dua belah pihak. Bukan mudah. Umpama menarik rambut dalam tepung, perlu teliti dan berhati-hati. Agar rambut tak putus, agar tepung tak berselerak. Kerna segalanya melibatkan agama, budaya dan kepercayaan yang berbeda. Enggan menyimpang dari landasan Tuhan Yang Esa. Nauzubillah min zalik.

Banyak. Terlalu banyak yang perlu dikorbankan. Masih banyak yang perlu dipelajari. Ilmu agama paling utama. Dan seterusnya, banyak hati yang perlu dijaga.

8 tahun 4 bulan. Ini hanyalah baru permulaan.

.

Gua: Kalau I lari?

Mr.K: I pun larilah.

Gua: Kejar I?

Mr.K: Lari different direction.

Gua: You memang takkan kejar I, kan?

Mr.K: Buat apa nak kejar you? Dah I takkan bagi you lari. Hehe.

 

Sheesh!! Dear Mr.K, how come you can be SOOOOOOO annoying and the next minute you can melt my heart?

.

i.Z.Z.i.e:

Kepada pasangan yang baru diijab kabul, selamat pengantin baru.

Kepada pasangan yang baru mengikat tali pertunangan, selamat menjadi tunangan orang.

Kepada pasangan yang masih menyulam chenta, semoga akan berakhir dengan kebahagiaan hendaknya.

Kepada yang masih mencari chenta, “Someone, somewhere is made for you.” 

Amin.

2 thoughts on “Let’s talk about ♥

    • amin. doakan sama ye, chekiyah.
      nanti i coba try test power dengan berlari dengan kelajuan berlari-lari anak. aherherher. kalau terus pecut kang, tak terkejor pulak😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s