Pengakuan jujur: Gua baru tengok Sehangat Asmara seyh!!

Fine, gua mengaku perasaan seksaited nak tengok Sehangat Asmara ni tak berkobar-kobar seperti mana Adam dan Hawa. Walhal abam Adi Putra itu masih jua dalam senarai. Mungkin sebab novelnya gua baca separuh jalan makanya perasaan itu tidaklah hangat membara seperti Sehangat Asmara?

Akhirnya semalam, gua ketepikan perasaan itu. Semua episod yang sudah gua download, gua pasangkan di tv. Oh yeah, ke-awesome-an sangat gua rasai apabila tv 32” LED HD gua itu mampu memainkan semua movies/series yang gua download dengan hanya cucuk di USB port. Tak perlu lagi gua tengok dengan skrin 14” di laptop gua. I love technology!

Nampak tak permainan dan nada berlagak gua di situ? Aherherher :3

Gua tonton dari episod 1, kemudian episode 2, diikuti dengan episod 3, episod 4 gua mula senyum lebar, hinggalah ke episode 5. Episod 6 belum lagi.

Kali ni gua rasa nak tulis komen gua dalam point form. Senang kau nak baca.

    • Lagu tema: Ratuku. Nyanyian: Awie & Adira. Masih mengekalkan Adira sebagai salah seorang penyanyi lagu tema selepas drama Adam dan Hawa. Jujurnya di sini, lebih enak di telinga ini nyanyian asal Awie. Dan ada jugak lagu latar yang sama dimainkan dalam Adam dan Hawa dimainkan juga dalam Sehangat Asmara.
    • Penulis skrip masih sama, Rozie Rashid. Produksi jugak adalah produksi yang sama. Jadi di sini, adakah gua perlu assume bahawa segalanya lebih kurang akan sama dengan Adam dan Hawa?
    • Hipotesis diterima apabila lokasi penggambaran adalah Sydney, Australia. Sedangkan dalam  novel Sehangat Asmara, Kay dan Zainal belajar di UK. Mungkin kos penggambaran di Australia lebih murah berbanding UK. Tapi mata ini masih lagi berjaya mengenalpasti rumah Kay adalah sama dengan rumah Ain Hawani sewaktu belajar di Sydney. Kebetulan? Tidak!
    • UNSW. University of New South Wales. Teman gua, Hawa Othman pernah menuntut di sini. Tetiba gua teringat semua pengalaman yang diceritakan Hawa dirantauan.
    • Wow!! Awal-awal lagik dah banyak flashback. LOIKEEEEE sangat!
    • Pelakon kanak-kanak yang memegang watak Misha, tidak begitu berjaya mencuri hati ini. Tapi lain pulak dengan lakonan Shahz Jaszle. Gua tampar diri sendiri sebab dah macham TERsuka kerna lakonannya yang begitu sweet. Lemah betul gua kalau lelaki yang suka dan pandai layan budak ni. Cakap pulak begitu teratur, sopan-santun dan berbudi bahasa dengan orang tua.
    • Untuk point di atas, gua bukan sahaja tampar diri sendiri tapi ditambah jugak dengan makian. Tak pernah gua nak suka si Shahz Jaszle nih. Ejaan nama nampak pun dah nampak gedik. Jahanam sungguh! Ada lagi 28 episod gua nak kena tabahkan hati supaya tidak terus jatuh hati. Nasib baik ada abam Adi.
    • Oh, abam Adi!
    • Gua dah jadik macham orang gila bila tengok abam Adi Putra kemain lagik jual mahal. Kena goda pun boleh lagik berlagak macham tak ada apa-apa. Sedangkan dalam hati kompem tengah berlompat bintang. Jalan pun tak menoleh langsung. Tapi bila dia senyum. Aduh!! Bisa gugur jantung gua!
    • Matanya. Matanya berwarna coklat. Aummmmm!!
    • Kurus, tinggi dan tegap. Pakai pulak jaket kulit. Warna hitam. Macham Damon Salvatore. Pingsan!!
    • Angaukan Kay. Comel berganda. *lap air liur*
    • Berbuih mulut budak lelaki yang sebilik dengan Zainal tu mengingatkan yang Kay itu enggang, Zainal tu pipit. Dah macham mak nenek. Bukan ke boys/guys lebih terbuka dan tak amek kesah dengan sapa member dia nak berkawan? Ini dah macham terlebih concern gua tengok. Sikit-sikit nak berleter. Rimas!
    • Rita Rudaini, chantek. Rambutnya, sangat chantek. Kulitnya, amboi putih baq hang. Pakai tudung dan berbaju kurung, tergoda gua! Lawanyaaaaaaaaaaaaa!!
    • Mekap Rita dan kawannya si Izreen tu sama. Sepesen. Takde colour pallet lain kah?

Dah. Tu je gua nak bebel. Kbai.

5 thoughts on “Pengakuan jujur: Gua baru tengok Sehangat Asmara seyh!!

    • kiranya, you terlebih dahulu tengok drama ni sebelum i lah ye? kiranya, i lah yang slowpoke kali ni? FINE!! >.<
      i can't compare the drama to the novel much, since i tak habis baca, kan? so i tengok berdasarkan skrip, plot dan lakonan pelakon semata-mata nih. cewah!

  1. Tgk utk the first 2 eps lps tu rekod je, belum sambung nonton. Sebab……tak boleh terima bila hati dah mula cair dgn kebaikan, ke’sweet’an, kesopanan dan ke’sensible’an shah jaszle esp bab dia melayan misha.Tidak!!! Tidak!!! I’m not supposed to like him. Cane?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s