Harry Potter: The Exhibition, Singapore

29 September 2012.

Bila kanda Massabrina mengkhabarkan Harry Potter: The Exhibition akan ke Singapura dari bulan Jun hingga September, hati ini cuma 50-50 sahaja. Yelah, banyak menda nak kena fikir. Tabung mana lagik nak dipecahkan? Tukaran wang SGD bukannya murah.

Hinggalah ke saat-saat akhir ketika bulan September mula menjengah. Memang hanya menanti waktu untuk pergi bercoti ke Da Nang, Vietnam. Namun hati ini masih teringin untuk ke selatan tanah air. Apabila diajukan kepada kanda Massabrina, tidaklah dapat beliau memenuhi keinginan yang disimpan sejak sekian lama.

Lalu, tiadalah insan lain yang boleh gua mengadu nasib kecuali Mr.K. Tidaklah usul dan cadangan gua terus ditolak mentah-mentah. Masih coba berdiplomasi. Akan dibincangkan kemudian sekembalinya dari Da Nang.

Belumpun kembali ke tanah air, beliau sudah memberikan jawapan. Diarahkan gua untuk menyemak penerbangan memandangkan beliau hanya bisa menemankan gua untuk day trip sahaja. Masih punya meeting yang perlu dihadiri keesokkan harinya.

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, terus sahaja gua menguruskan tiket penerbangan. Tempat dan masa untuk pameran jua gua yang carikan maklumatnya. Mr.K bertindak sebagai personal ground guide gua di sana nanti.

Maklumat berkenaan tiket semua sudah gua google awal-awal. Supaya nanti tidak susah dan tau ke mana untuk dituju.

Subuh-subuh alam sudah gua bersiap untuk ke lapangan terbang. Letih bukan kepalang. Namun keletihan gua itu tiadalah menjadik penghalang kerna perasaan sexcited mengatasi segalanya. Cuma kesiankan Mr.K. Beliau bukanlah peminat setia Harry Potter. Semuanya kerna gua. Terharu! *lap ayer mata*

Ini impian yang sangat terulung sejak dari bangku sekolah. Rasa macham dapat acceptance letter dari Hogwarts dan tunggu masa nak naik Hogwarts Express di Platform 9 ¾.

Dengan Tiger Airways dan bersama-sama impian membawa gua ke kota Temasik. Ini kali pertama gua terbang dengan Tiger Airways. Pesawat yang sama seperti yang digunapakai Air Asia. Tiadalah beda kecuali cabin crew-nya sahaja. Tiada skirt-merah-pendek-belah-tepi. Cuma yang ada cabin crew yang memakai seluar hitam pajang dengan skarf bercorak harimau yang dijadikan sebagai tali pinggang.

harry potter (1)
harry potter (2)

Wajah gumbira setibanya di ArtScience Museum, Marina Bay Sands Singapore. Dari Changi International Airport, terus ambil airport limo. Kalau nak ambil MRT pun boleh. Tapi nanti kena jalan jauh sikit. Dengan cuaca yang agak panas dan berjerebu, memang tak koserrrrrrr gua nak melekit-lekitkan badan.

Bayfront Station (Circle Line) – 10-minute walk
Promenade Station (Circle Line) – 15-minute walk
Marina Bay Station (North South Line) – 15-minute walk

Senibina ArtScience Museum ni memang chantek. Dari luar kelihatan seperti museum Louvre di Paris. Tapi sebenarnya rekabentuk bangunan ini adalah diinspriasikan daripada bunga teratai.

Nantilah gua cerita pasal tu kendian-kendian sikit. Memandangkan ini adalah short trip, sempatlah jugak gua lawat kawasan sekeliling. Gua lambakkan sekali dalam tu aja nanti, oke?

harry potter (14)
Andy Warhol: 15 Minutes Fame tu gua tak pergi. Kalau diikutkan, tambah sikit je lagi SGD boleh dapat tengok dua-dua pameran. Tapi gua takooooot terlepas kapal terbang kalau gua masuk pameran Andy Warhol tu jugak. Kompem Harry Potter: The Exhibition tu gua akan ambil masa berjam-jam. Ada jugak kena balik dengan tongkang.

harry potter (3)

Kau patut tahu kalau gua senyum nampak gigi macham ni maksudnya gua betul-betul happy, seksaited dan sedang berada di awangan. Dan sesungguhnya gua sangat happy sebab lepas beratur panjang, akhirnya gua berjaya dapat tiket masuk.

harry potter (4)

Tadaaa!! Happy!! Happy!! HAPPYYYYYYYY!!!

harry potter (6)

Kau patut tahu kalau gua senyum nampak gigi macham ni maksudnya gua betul-betul happy, seksaited dan sedang berada di awangan. Jangan kau pandang rendah pada kasut pink gua. Jauh dah perginya. Memang kaler dia shocking pink tapi selesa hanya Tuhan je yang tahu. Sebab apa? Nanti di lain entry gua cerita.

harry potter (7)

Kau patut tahu kalau gua senyum nampak gigi macham ni maksudnya gua betul-betul happy, seksaited dan sedang berada di awangan. Kau tengok!! Ni Mr.K yang ambil gambar, tu pasal kepala Hedwig kena pancung. Sabor je lah! *urut dada sendiri*

Oh, rantai dan loket rubi itu pemberian kanda Massabrina. Gua suka amat! Terima kasih, kanda. Lebiu!

harry potter (18)

harry potter (8)

Flying Ford Anglia. Kereta yang Ronald Weasley pandu bersama-sama Harry Potter dalam Harry Potter and The Chamber of Secrets sebab tak dapat naik Hogwarts Express.

harry potter (15)

Gua sewa audio guide untuk deskripsi yang lebih sepanjang pameran. Sewa audio guide: SGD6. Yang kuda kat belakang tu adalah Knight, itulah dianya Wizard’s Chess yang Ronald Weasley tunggang dalam Harry Potter and The Sorcerer’s Stone.

Ron: [after a deep breath] Knight to H3.

harry potter (17)

Ni semua gambar di luar pameran. Dah masuk kawasan pameran tu langsung-langsung tak boleh ambil gambar. Kalau ambil gambar nanti akan terus dihantar ke Azkaban.

Harry Potter: The Exhibition dibahagikan kepada beberapa bahagian. Pengunjung yang datang akan dibenarkan masuk mengikut kumpulan dengan bilangan yang tertentu. Mula-mula masuk aje dah ke bahagian “Sorting Hat”. Geram sungguh gua sebab tak dipanggil. Semua budak-budak je yang merasa pakai Sorting Hat.

‘Move, kids! I waited 11 years to come to this exhibition!’ jerit gua kepada budak-budak tersebut.

Gua jerit dalam hati je lah.

Pasrah kerna tidak dipanggil, gua terus ke bahagian seterusnya di mana sedutan filem-filem Harry Potter dimainkan. Membuatkan gua semakin teruja. Selesai tayangan, tirai dibuka. Lalu jelas di situ, dengan gahnya Hogwarts Express menanti para pengunjung. Perlu naik Hogwarts Express kalau nak ke Hogwarts ya!

Gua tiba di bahagian pertama pameran: Gryffindor Common Room. Untuk melepasi Fat Lady, gua perlu beri kata laluan.

“Caput Draconis”.

Kata laluan yang betul, lalu Fat Lady membenarkan gua masuk. Terserlahlah warna merah keemasan di sana sini. Warna rasmi Gryffindor. Segala yang berkaitan dengan Gryffindor ada di situ. Four-poster bed kepunyaan Harry, Ron dan Hermione, susun atur letak bilik mereka, pakaian, pedang Godric Gryffindor dan bermacham-macham lagi.

Seperti dalam filem, lukisan gambar yang terpaku di dinding bergerak. Woohoo!

Sempat jugak gua bermain Quidditch dengan melontarkan Quaffle ke arah ketiga-tiga gelung. Dengan kecemerlangan gua melontar tepat sebegitu dan berjaya mendapatkan mata untuk Gryffindor, tak mustahil gua boleh jadik seorang Chaser. Ho ho ho!

Gua terlalu asyik melihat satu-per-satu pameran yang ada. Kemudian gua terasa bahu gua dicuit, lalu gua pusing ke arah gerangannya. Oh, Mr.K ropanya. Dia di situ sekadar untuk memberitahu yang dia sudah selesai melihat semua ruang pameran.

S-E-M-U-A!

Tak sampai 30 minit dia dah habis pusing! Padahal gua baru di ruang pameran pertama!! Mr.K berkompromi, dibiarkan gua untuk ambil masa yang gua mahu. Dia akan tunggu sahaja di luar sana.

Sekali lagi gua pasrah. Nak buat macham mana dah dia bukannya Potterhead. Kalaulah gua pergi bersama-sama Naziah Nawawie, atau kanda Massabrina, atau Mak Tiri Leanne, atau Adik Manis Yuulina, atau Jijah..gua pasti kami akan melompat-lompat kegumbiraan bersama linangan ayer mata.

Usai di bahagian pertama, terus pula ke ruang pameran kedua: Hagrid’s Hut.

Di sini dibina rumah Hagrid sepertimana yang ditunjukkan dalam filem. Ada sebuah kerusi besar kepunyaan Hagrid di situ. Gua coba duduk. Perghhhh!! Besar sungguh! Sampaikan kaki gua terlunjur lurus, bukan lagi tergantung!

Langsung gua ke Forbidden Forest. Ada seekor(?) Dementor sedia menanti di situ. Dapat gua rasakan suasana yang suram dan menakutkan.

Turut ada di pameran itu serba sedikit mengenai profesor-profesor yang mengajar di Hogwarts, terutamanya Professor Snape. Peralatan kelas Potion, busananya dan rumah yang diketuainya iaitu Slytherin turut menjadi tarikan.

Paling gua suka apabila masuk ke kelas Herbalogy (Professor Sprout). Ada sebaris Mandrake dalam pasu, dan sebagai pelajar Hogwarts gua perlu alih baby Mandrake ke pasu yang lebih besar. Bila gua cabot je anak pokok Mandrake tu, maka kedengaranlah dengan nyaringnya tangisan anak pokok Mandrake. Uwekkkkk..uwekkkkkkk. Nasib baik gua tak pingsan macham Neville Longbottom.

Bahagian ketiga, iaitu bahagian terakhir: The Great Hall.

Bukan main chantek lagi The Great Hall dihias indah seperti dalam Harry Potter and The Globlet of Fire. Busana yang dipakai semasa Yule Ball turut dipamerkan. Memandangkan chenta hati, Robert Pattinson yang memegang watak sebagai Cedric Diggory turut berlakon dalam bahagian keempat, sudah tentu tuksedonya memang berdiri megah di samping busana-busana yang lainnya.

Dan sebagai chenta hati yang hakiki dan tidak berbelah bahagi (sangat!), hati ini begitu bergelojak untuk tahu bagaimanakah agaknya kalau gua berdiri di samping R-Patz? Terus gua hampiri tuksedonya, lalu gua ukur ketinggian gua dengan mannequin yang memakai persalinan itu.

Gua takat celah ketiak dia je kot!! Oh kanda, dengan ketinggian 185cm itu kanda sungguhlah tinggi lampai!! Nampak gayanya, kanda kena tunduklah kalau nak ciom dinda. Aummm!!!

Habis mengeksplorasi ruang pameran, langsung ke kedai cenderamata. Memang rambang mata dibuatnya! Kalau ongkosnya banyak, memang semua gua borong. Tapi disebabkan merchandise ni berkali ganda lebih mahal daripada pameran di UK, tambah pulak dengan matawang SGD terpaksalah gua berpatah arang berkerat rotan. Beli mana yang mampu sahaja.

harry potter (9)Dari kiri; Bertie Botts Every Flavoured Beans (SGD6), Chocolate Frog (SGD6), Gryffindor Fridge Magnets (SGD12) dan Leatherette Bookmark (yang ni tak boleh bagitau harga sebab ada yang gua kasik souvenir). Jelly beans tu gua kongsi dengan Apieq. Memang pelik-pelik perisa dia. Tapi gua tak berani nak coba perisa muntah, telur buruk, taik hidung bagai. Geli pun ada.

harry potter (10)Pembelian paling bernilai; Gryffindor scarf (SGD40). Scarf ni lah jugak gua hangkut pakai kat Seoul. Kononnya sedondon dengan Adik Manis Yuu yang sama-sama beli scarf Gryffindor dan Mak Tiri Leanne yang beli scarf Slytherin.

Gryffindor, go go!!

harry potter (13)

harry potter (12)

Yang ni mug, salah satu daripada kiriman Jijah. Kat mug tu ditulis ‘Muggle’. Gua tak beli. Sebijik mug dah SGD25 TT_____TT.

harry potter (11)

Kau patut tahu kalau gua senyum nampak gigi macham ni maksudnya gua betul-betul happy, seksaited dan sedang berada di awangan. Gambar kenangan di Harry Potter: The Exhibition. Sekeping gambar ni saja dah SGD20. Toksah tanya siapakah gerangan yang ditutup wajah dan susuk tubuhnya di sebelah gua itu. Aherherher.

Kalau ditanya puas atau tidak, mustilah rasa tak puas! Kalau boleh, nak pergi merasa sendiri masuk istana yang dijadikan sebagai Hogwarts dalam filem. Takpun pergi ke Universal Studio Orlando, Florida kerna rata-rata Potterhead mengakui di situlah tempat yang paling puas untuk merasai sendiri donia keajaiban Harry Potter.

One fine day! One fine day, insya-Allah!

Sementara untuk menantikan one fine day tu, Harry Potter: The Exhibition Singapore cukup untuk memberikan pengalaman berharga untuk gua sebagai peminat Harry Potter. Satu lagi perkara dalam wishlist yang boleh gua pangkah dah.

Expeliarmus!

5 thoughts on “Harry Potter: The Exhibition, Singapore

  1. terima kasih dinda kerna menerangkan dengan terperinci setiap ruang pameran. seperti kanda berada disitu bersama dinda. tersangat faham setiap baris kata yg dinda terangkan hehe.~ insyallah “One fine day” tu kita akan kotakan bersama2 ya. muah2

  2. Pingback: Singgah sebentar di Temasik, tapi apakan daya abam Aaron teda. Tiadalah dapat dinda ketemu sama kanda | i.Z.Z.i.e

  3. Izzie..memang dari luar nampak mcm Louvre kan..yg beza..potret Monalisa tak ada..tapi Fat Lady ada..hehe..anak2 saya suka sgt2 bila dpt tau Harry Potter The Exhibition dtg ni..tp sedihnya dah terlepas tarikh..sepanjang jalan2 tu tak terjumpa ke dementor ke..Voldemort ke..hehe..harap2 lps ni dtg Msia pulak..

    • betul tu, memang nampak macham Louvre. terus nak feeling-feeling Paris, boleh?
      Harry Potter: The Exhibition tu dai july-30 september. i pergi pun on the 2nd last day. kalau minat Harry Potter, memang sayang sangat kalau tak pergi sebab exhibition ni bukan senang derang nak datang asia. yang paling dekat pun Singapore je.
      hehe, dementor ada, tapi voldemort tak jumpa pulak. kalau terjumpa, agak-agak kena curse tak? huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s