Kau Yang Satu – novel yang gua harap takkan disentuh langsung untuk diadaptasi tapi..

Kau tahu bila sesuatu benda yang kau sayang sangat, kau akan jaga sungguh-sungguh dan kau taknak dicemari dengan apa-apa noda dan kotoran? Seboleh-bolehnya biar letak dalam peti besi, kau kunci kemudian kau campakkan kunci peti besi tu jauh-jauh supaya takdak manusia yang boleh sentuh dan usik.

Ya, sekarang gua dah rasa sampai ke tahap itu sekali. Gua rasa nak nyorokkan sampai hujung donia novel Kau Yang Satu supaya tak sampai ke tangan Osman Ali. Tapi apakan daya gua, gua bukan penulis asal. Gua hanya seorang peminat tegar novel tersebut.

Bila dah terlalu banyak produksi yang mengadaptasi novel ke dalam bentuk drama dan filem, makanya mulalah berlaku lambakan di pasaran. Bila sorang buat adapatsi, orang lain pun nak ikut sama. Semuanya nak diadaptasi. Untung dah satu hal dah. Belum lagi ditayangkan, peminat novel asal dan market tu dah sedia ada. Kalau kau tengok kat kedai buku, banyak novel-novel yang dicetak semula siap dengan tanda di depan kulit buku; “adaptasi drama/filem”. Memanglah bagus, satu perubahan dalam pentas seni di Malaysia ni. Mengangkat karya-karya seni tempatan.

Tak semua yang diadaptasi tu berjaya. Kadang tu sebab nak memanjangkan cerita, sengaja skrip dan plot dileret-leretkan dan ditambah dengan yang tak perlu. Dah menyimpang dari novel asal. Bila dah hujung-hujung episode, mulalah nak berlari berkejaran untuk habiskan penamat. Sudahnya, jadik kartun. Itu yang gua rasa sangat ralat. Terlalu mahu mengejar keuntungan dan rating sampai kualiti drama/filem itu sendiri entah ke mana-mana.

Semalam, gua sepertinya terkena renjatan elektrik dengan 250kV bila mendapat tahu Kau Yang Satu akan diadaptasi ke dalam drama bersiri arahan oleh Osman Ali. Bila dan di rangkaian tv mana drama bersiri tersebut bakal ditayangkan juga masih belum dipastikan.

Barisan para pelakon? Ini masih menjadi topik hangat. Siapa yang sesuai memegang watak Taufik Iskandar? Siapa yang sajak menjadi Salina, dan siapa yang cukup gila harta untuk menjadi Isabella?

Ada yang cadangkan Fahrin Ahmad dan Tiz Zaqyah. Mmmm.. Payah kepala otak ni nak memikirkan siapakah yang paling sesuai untuk menerajui Kau Yang Satu. Semustinya gua mahu mengekalkan dan memastikan imaginasi gua selama ini terhadap Taufik Iskandar tidak tercalar dan tercemar.

Agak-agak nanti derang akan ke Switzerland tak macham dalam novel? Untunglahhhhhhh…

Dan gua taknak lagu tema lain selain daripada lagu Slam – Kembali Terjalin!!

Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika
Namun didalam hati dirimu ku terkenang jua
Engkaulah permata didalam genggaman tidak kusedari
Kaca yang bersadur keemasan terus kucari

Tertutup pintu hati, minda tak berfungsi diketika itu
Tak tahu menilai mana yang tulin mana yang palsu
Diakhir-akhir ini ketika aku dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian

Andainya disitu ada ruang
Bolehkah kiranya kumenumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diri ini yang dulu melukakan

Berilah aku kesempatan
Kubuktikan erti keikhlasan
Andainya terpaksa aku rela
Menepis ego aku untuk kita (demi suatu masa)

Kupohon darimu ketulusan hati
Menjalin kembali perhubungan suci

Kau tahu, Kau Yang Satu ni sangat dekat di hati gua. Mana tidaknya, tiap kali gua nak balik ke Pekan untuk bertemu nenda pasti gua akan melalui laluan yang sama Taufik dan Salina lalui kalau mahu pulang ke Cheruk Paloh. Salina seboleh-bolehnya tak mahu menggangu konsentrasi Taufik tiap kali Taufik memandu dengan jalan yang punya selekoh tajam. Yang ni jalan Karak-Bentong-Gombak. Memang jalan berliku dengan selekoh tajam dan berbukit-bukit.

Dan kalau dah sampai ke simpang nak ke Pekan dari Kuantan, tak boleh elak gua pasti akan melalui kawasan Cheruk Paloh. Kau tau apa yang gua fikir masa tu kat kepala? Taufik-Salina. Sampaikan gua tanya kat Makcu, kat mana Kampung Cheruk Paloh di daerah Pekan tu. Nak jugak gua tengok sendiri pantai mana yang menjadi tempat yang sering Salina kunjungi saban petang.

Kalaulah nanti benar bagai dikata, ngauman Jaguar Taufik Iskandar pasti akan memukau tiap dara seantero Malaya. Jaguar model mana nanti yang akan dipandu Taufik ya? Oh, Taufik bahasakan diri sendiri dengan nama Fiq. Comel sekali. Anak tunggal pulak tu, bertambah-tambah comel pulak gua rasakan.

AUMMMM!!

Tatkala hatinya mula terusik, Salina semakin menjauhi dirinya. Tiada lagi wajah itu akan menyambut Taufik pulang dari kerja. Tak ada lagi Salina mempelawanya makan hasil air tangan Salina. Gadis itu semakin berat mulut. Di rumah sendiripun Salina bertudung litup dan berkain batik. Taufik sendiri tidak faham hatinya, dia tidak chentakan Salina tapi wajah itulah yang makin dirinduinya. Wajah itulah yang mula mengambil tempat Bella yang selama ini bermaharajalela di hati.

Taufik tak suka dengan situasi itu. Dia tak mahu terus-terus diketepikan. Tangga ke tingkat atas rumahnya didaki. Langkah kakinya menuju ke bilik Salina. Matanya terarah ke pintu bilik yang tidak bertutup rapat seperti biasa. Dari luar, nampak cahaya terang dari dalam bilik Salina. Laju tangannya menolak daun pintu itu. Dan terserlahlah susuk tubuh Salina yang hanya dibaluti evening dress berwarna biru tua dengan potongan belakang yang terdedah. Bareback! Jelas menampakkan kulit Salina yang putih gebu, yang selama ini dia tak pernah lihat kerna Salina terlalu menjaga auratnya.

Taufik terpana!

Salina yang asyik melihat dirinya dalam cermin tiba-tiba merasa meremang. Perasaan yang seringkali dirasakan andai Taufik berada di sampingnya. Adakah…?

Pantas Salina memalingkan wajahnya ke belakang. Salina terkedu! Memang Taufik sudah berdiri di muka pintu kamarnya. Untuk berapa ketika Taufik sudah di situ dia tidak pasti. Kerna dia sendiri tidak perasan atau tidak pula dia terdengar ngauman Jaguar di perkarangan rumah. Ahhhh! Silapnya sendiri terlalu asyik mencoba busana yang baru dibelinya.

Salina mula tak keruan. Dia tidak mahu Taufik melihat dirinya dalam keadaan begini. Hancur segala auratnya yang disimpan selama ini.

Taufik mengorak langkah. Diaturkan langkahnya ke arah Salina. Salina mula kaget dengan tindakan berani Taufik. Salina memberi amaran, namun hanya dipersetankan oleh Taufik. Dia tahu Taufik berhak. Taufik suaminya!

Salina mengundur ke belakang. Taufik mara ke hadapan. Langkah Salina terhenti apabila tubuhnya sudah menyentuh dinding. Dia terperangkap. Di belakangnya hanya dinding batu, di depannya pula lelaki yang sedang memburu. Dia bukanlah budak kampung yang bodoh untuk tidak mengerti apa yang Taufik mahukan!

Melihatkan Salina kaku di situ, Taufik makin berani. Jaraknya dengan Salina hanya seinci. Taufik merapatkan dirinya. Mana mungkin Salina berdaya melawan tubuh sasa Taufik. Makin rapat, ingin bertemu. Makin rapat, ingin bersatu. Nafas Salina dan nafas Taufik semakin laju.

“Abang, please..” rayu Salina kepada Taufik.

Nada suaranya yang perlahan menambahkan kegilaan Taufik. Salina mengutuk diri sendiri. Kerna terlalu takut, suara jeritannya bertukar kepada nada yang kedengaran begitu mendesahkan.

“Yeah sayang, I’m coming..” Taufik senyum menggoda.

Wajahnya dirapatkan. Satu kucupan yang hanya hinggap di pipi Salina. Taufik geram! Salina memalingkan wajahnya tatkala dia begitu hampir dengan ulas bibir gadis yang menjadi idamannya itu. Dia takkan mengalah. Taufik merapatkan wajahnya sekali lagi. Kepalanya makin menunduk. Makin dekat dengan wajah Salina. Salina tahu dia tak mampu mengelak lagi. Hela nafas Taufik dapat dirasakan di setiap inci wajahnya.

Salina hanya mampu memejamkan mata..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

i.Z.Z.i.e:

Dah! DAHHHHHH!! Otak gua tak larat nak bekerja keras semula. Penat tahu nak menulis dan mengolah kembali pembacaan yang gua semat di lipatan ingatan yang teristimewa dalam otak ni?! Aherherher. Terasa diri ini begitu pervert sekali kerana masih mampu mengingati babak yang penting ini.

Eh, mana novel gua Kau Yang Satu ni ha? Sapa pinjam? PULANGKANNNNNNNNN..!!!

20 thoughts on “Kau Yang Satu – novel yang gua harap takkan disentuh langsung untuk diadaptasi tapi..

    • Kamo kejam! Kerna kamo sudah merasakan ketidakadilan dan terlebih dahulu merasai ketidakselesaan renjatan elektrik 250kV itu, makanya kini kamo mampu tersenyum apabila tiba pula giliran saya.

      Kejam! >.<

  1. Aummm! Baca sedutan babak hasil kerja keras cik izzie dah buat I mengaum. Aduhhh…baru nak ulang baca sehangat asmara (nampaknya based on 1st episod tidaklah begitu mengecewakan spt adaptasi panjang berjela sblm ini. Haraplah) dah dibakar perasaan dgn kau yang satu. *selongkar balik kotak simpan novel dlm stor*

    • Kalaupun benar nanti Kau Yang Satu dah sedia ditayangkan, I harappppppp sangat janganlah mengecewakan peminatnya. Sedihlah novel yang kita sayang tak menjadi seperti yang diharapkan. Kenangan manis (cewah) dengan novel tu rasanya hancur begitu sahaja. Ada baiknya ia tak diusik langsung dan dibiarkan di situ tanpa cela.

      Oh, kalau Sehangat Asmara tak meleret-leret dengan 30 episod mungkin tak seperti drama sebelum ini yang terlalu banyak flashback. Haraplah!🙂

  2. Seriously?…ohh noo…for sure gerenti banyak ajinomoto n so on di add on tok leretkan cete..till confius sape watak utama …and ending cete misti tergantung..dowhhh…!!!

  3. kalau novel,kena kat part2 yang best macam kat atas (dasar gataikan! hahahahaha) memang sambung baca sampai ke pagi pun tak pa. ni buat drama, tengah syok melayan, tetiba ‘bersambung’. memang potong karan!!

    • dasarrrrrrr!!!😛
      ‘bersambung’ tang babak yang penting tu bukan apa, saja nak buat cliffhanger. makanya, kita yang nak tau apa jadik ni akan tercongoklah depan tv keesokkan hari..

  4. this is 1 of my fav novel. tolonglah encik osman buat yg terbaik . jangan hampakan kami mcm mane kau hampakan kami dgn Bicara Hati. tolong pilih pelakon yg sesuai okeh!!!

  5. salam perkenalan izzie…review awk sama ngn saya berkenaan novel nih…saya pon sangat sayangkan novel nih n da berulang kali baca tetap x bosan….da mcm tengok filem2 citer P Ramlee…=)

    • Salam kenal, linda.
      Boleh berikan link belog linda berkenaan dengan review Kau Yang Satu? Yelah, teringin jugak saya baca penulisan seorang teman lajn yang turut sama sayangkan novel ni.
      Kalau linda tak mahu dipaparkan url belog linda di sini, bolehkah kiranya dihantar ke alamat driedroses.izzie@gmail.com ?

  6. STOP POMPUAN GILA!!!! hahahaha!
    sakit jantung baca yg last2 tu wei!
    yup, Kau Yang Satu versi drama, tolong laaaaa jgn messed up!

    • wellll… takkanlah i nak menggila sorang diri? kan i cakap, lebih afdol kalau berjemaah sama-sama😛
      satu lagi adaptasi. can they just stop already??!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s