Apabila duduk semeja dengan wanita-wanita yang baru dikenali..

Gua bangsa yang kalau tak kena gaya memang akan menjadi anti-sosial. Lebih suka dendiam dan buat hal sendiri. Bawaklah ke mana majlispun, kau akan tengok gualah manusia yang bontot melekat kat kerusi. Malu dan tak reti nak mingle around. Paling busukpun gua akan senyum, angguk-angguk, dengar butir percakapan orang dan senyum. Kalau orang tanya baru bukak mulut.

Introvert. Low-self esteem. No confidence. Sumpah tak seksi.

Kalau dengan kawan-kawan yang dah biasa, lain cerita. Gua ni jenis ‘lambat panas’ kot dalam bab-bab nak beramas mesra dengan orang ni.

Al-kisahnya, gua ke majlis hari jadi anak kepada teman rapat Mr.K. Yang diraikan baru umur setahun, mana tau apa-apa. So the real party was actually for the parents, itulah masanya nak jumpa kawan-kawan, saudara-mara dan klorga. Memandangkan kawan-kawan Mr.K ni kebanyakannya lebih tua daripada dia, rata-ratanya dah berkawen, punya anak, takpun expecting a baby.

Biasalahkan kalau dah jumpa geng, the guys will leave the ladies chit-chatting sesama sendiri. They will do their own thing.

Dan bermulalah sesi berbasa-basi..

Kemudian datang this pregnant lady joining our table. Dengan susuk tubuh kecil dan berbaju blouse, tak nampak langsung perut yang mula memboyot. Kawan yang di sebelah menegur, untunglah badan tak kembang.

“I don’t really want the baby but my husband is looking forward for our firstborn. I can’t wait for this (pregnancy) to end. I want to drink again!”

Kau tak salah baca. Drink tu memang bermaksud dia tak sabar nak bersalin dan kemudian minum air buih-buih semula. Lantak dialah kan, dia bukan Islam pun.

Cuma gua rasa tersentap kat situ memikirkan berapa ramai suami isteri kat luar sana yang bersusah-payah nak dapatkan zuriat sendiri. Ada yang bertahun-tahun mencoba tapi masih belum ada rejeki. Sedangkan dia? Alahai..

Dah abis cerita pasal pregnancy, cerita pulak pasal baby menangis malam-malam. Dah namanya budak, kalau tak menangis keluar bunyi kang, tak pasal kau pulak yang menangis. Biasalah tu, kau masa kecikpun mak bapak kena hadap benda yang sama. Takkan keluar-keluar je terus nak besar macham budak umur 3 tahun?

Kemudian masing-masing pandang gua. Mungkin begitu kurius untuk tahu pasal gua yang tak banyak bunyi, tapi hanya mendengar patah bicara mereka. Mungkin taknak gua merasa leftout dengan tajuk bual bicara, wanita yang sama mengajukan soklan kepada gua.

“You’re so young. So, what do you do for fun? Where do you usually go for clubbing?”

Jawapan gua: Apa kau ingat gua pakai cenggini, tak bertudung dan nampak moden di mata gua kau makanya gua adalah orang Melayu tipikal yang berpeleseran di malam hujung minggu di kelab-kelab?

“Do you drink?”

Soalnya lagi. Jawapan gua: Apa kau ingat gua pakai cenggini, tak bertudung dan nampak moden di mata gua kau makanya gua adalah orang Melayu tipikal yang tonggang-tonggang air buih?

Hingar bingar ketawa lelaki-lelaki yang duduk sekumpulan tak jauh dari meja kami mematikan lamunan gua. Jawapan yang gua rangka-rangka hanya bermain di dalam minda, yang tak terkeluarpun dari mulut. Sadar yang wanita-wanita itu masih menantikan jawapan, gua hanya gelengkan kepala dan senyum.

Tak ingin gua mengulas dengan lebih lanjut kepada mereka. Tak perlu rasanya.

Silapnya terletak pada gua. Andai gua berlitup, mungkin soklan begitu tidak akan diajukan. Andai gua tidak ke tempat-tempat yang tersedia minuman keras, tidaklah timbul syak dan persoalan. Dan silapnya terletak jugak pada kaum gua sendiri. Mungkin terlalu biasa pada yang bukan Islam melihat kaum gua yang Islam agamanya sama-sama minum minuman keras. Malahan ada jugak yang berlitup, apatah lagi yang boleng kepalanya.

Sebab tu gua lebih suka duduk diam-diam kat rumah sambil layan Bleach. Boleh jugak lepaskan rindu kat Kuchiki Byakuya tiap kali kemunculannya dengan Senbonzakura. Lebih selesa menjadi anti-sosial daripada terpaksa memaniskan muka dengan acuan plastik.

Olololo..omelnya Bya-kun. Muka sombong tapi bankai bunga Sakura. Dalam hati ada taman sangat tau! Eh, tatau ke dengan karektor anime pun gua boleh jatuh chenta? Aherherher.

.

i.Z.Z.i.e:

Terkadang lebih senang berkomunikasi dengan kawan-kawan lelaki Mr.K daripada berkomunikasi dengan para isteri.

6 thoughts on “Apabila duduk semeja dengan wanita-wanita yang baru dikenali..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s