Papan iklan di persimpangan jalan

Gua jarang sembang pasal politik dan politikus. Jika boleh, memang mau dielak. Coba untuk jadik neutral. Atau benarnya gua enggan terjerumus dan menjadi pro atau anti kepada mana-mana parti. Khabarkan sahaja, politik mana yang tidak kotor di donia ni?

Cuma terlintas di benak tatkala melalui sebatang jalan di kawasan Pantai Dalam. Menelurusi Bangsar South yang pesat membangun dan kemudian tiba di persimpangan jalan. Menantikan lampu bertukar daripada hijau kepada merah, mata ini tertancap kepada papan iklan yang betul-betul diletakkan di persimpangan jalan itu.

Di situ tulisannya jelas. Disenaraikan semua segala sumbangan dan jasa yang telah dilaksanakan.

Bukankah memang tugas mereka adalah untuk membantu rakyat setelah dipilih? Kenapa pulak perlu dicanang atas segala jasa yang dicurahkan. Ikhlaskah begitu?

Kelmarin, di persimpangan itu gua berhenti lagi tatkala menantikan lampu bertukar kepada hijau. Papan iklan yang dinaikkan sudah bertambah lagi satu. Bertambah lagi senarai jasa dan bakti.

Oh, mungkin itu semua adalah ingatan kepada para pengundi. Pilihan Raya Umum kan tak lama lagi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s