Sekali dah koyak, apa kata kita kasik rabak terus?

Umur Pinky baru nak jengah 2 tahun bulan depan. Muda belia lagik. Sepanjang gua pegang steering Pinky, alhamdulillah tak pernah eksiden. Yang eksiden teruk lepas Raya Haji tu pun Abang gua yang pandu. Syukur, tak ada sapa yang cedera. Tapi yang cederanya adalah hati gua ni.

Pinky tidak lagi seperti dahulu. Walaupun body parts yang remuk ditukar dengan yang baru tapi perasaan itu tidak lagi sama. Seolah-olah kau punya muka dah jalani pembedahan plastik. Pelesu!!

Kalau awalnya, andai tergores sedikitpun bagaikan terkena renjatan elektrik seluruh jasad gua.  Tapi sekarang? Bilang aja divider mana Pinky tak seret. Lobang mana gua tak redah. Mujurnya Pinky adalah kereta compact yang tinggi, bukan kereta lowered atau sporty. Makanya, tidaklah koyak bumper dan side skirt. Calar, ya. Tapi tak begitu kelihatan.

Kadang-kadang gua tak rasa Pinky tu kerete compact tapi gua rasa dia dah bertukar menjadi kereta Bigfoot lepas eksiden tu.

Coba kalau gua bawak kereta Mr.K? Gua rasa, kompom gua matik kerna ketakutan kalau kereta dia terseret walaupun sikit. Mana tidaknya, sudahlah Passat CC tu panjang berdepa, lowered pulak. Kalau gua yang mengakibatkan kecacatan kepada isteri kesayangannya tu, sumpah gua jual bulu nak repair balik.

passat cc (2)

passat cc (3)

passat cc (4)

passat cc (1)

Tu pasal kalau Mr.K tinggalkan kunci VW, gua pandang sepi dan buat perhiasan sahaja. Walau canggih macham manapun kereta dia, walau sensor merata sudut dengan parking camerapun kereta dia, walau air-bags sampai 8 bijik pun kereta dia, walaupun tempat duduk ada heater pun kereta dia, walau boleh tukar segala macham mode pemanduanpun kereta dia, dan segala macham ntahapapa lagi pun kat kereta dia, takkan boleh lawan Pinky. Pinky senang parking hoi!!

Nak tukar kereta tu belumpun pernah terfikir lagi. Langsung tidak buat masa ni. Pinky serves me well. Banyak jasa dia. Banyak kenangan yang tercipta. Bukan sedikit wang yang gua keluarkan untuk mendapatkan Pinky. Tiap titik peluh, perit jerih keringat yang gua laburkan. Dengan Pinky gua belajar segalanya, jauh-dekat ke mana berjalanpun dengan Pinky jua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s