Hola!

Hari ke-9 di tahun baru namun pada gua tiada bedanya. Hari silih berganti, begitu jua dengan tahun. Cuma perubahan tahun akan menunjukkan umur turut meningkat setakuk lagi. Setahun lebih hampir dengan ajal.

Masih belum merasakan untuk menulis panjang lebar. Masih dengan tabiat melengah-lengahkan setiap pekerjaan yang ingin dilaksanakan. Ataupun benarnya, gua lebih teruja dengan keadaan sekarang. Pulang ke rumah dan terus bermalas-malasan. Masih enggan meneruskan aktiviti mengemas. Gua biarkan segalanya berselerak walau mata ini serabut melihat.

Penat! Baru 3 bulan di kejauhan, sudah seperti baru pindah lagaknya. Gua perlukan masa untuk betul-betul kembali ke sediakala. Kini terasa seperti berlari berkejaran tak cukup masa.

Hidup masih lagi seperti biasa. Tiada perubahan yang ketara, tiada juga banyak bedanya. Andai 3 purnama dahulunya gua dikelilingi klorga terchenta, sekarang hanya bertemankan rakan-rakan dan orang itu. Orang itu pulak bertambah-tambah sibuk dengan tugasnya. Jakarta sudah menjadi rumah kedua.

“Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan..”

Belumpun jadik isteri, gua sudah ditinggal-tinggalin -__-“

Banyak benarnya yang mahu diomelkan di sini. Risau andai semua yang ingin dikongsikan itu akan terpadam dengan sendiri. Tapi biarlah gua coretkan sedikit sebelum semuanya terlambat. Sebelum kalian meluat.

Payah sebenarnya menjadi insan bergelar wanita ini. Nafsunya 9, akalnya hanya 1. Belum ditambah, ditolak, didarab dan dibahagi dengan perasaan iri hati sesama sendiri, riak, ujub dan takbur. Seringkali kelebihan orang lain diiri-hatikan dalam diam. Sendiri yang iri hati kemudian mula menaburkan kata yang menyakitkan. Hanya untuk mencari kepuasan. Tak tahulah kepuasan apakah yang dinikmati dengan perbuatan sebegini.

Lebih bahaya jika ada yang bermuka-muka. Baiknya cuma di depan.

Kenapa perlu ada manusia-manusia yang ingin menjatuhkan orang lain? Kejayaan atau kelebihan orang tak usah dipertikai. Itu rejeki Allah untuk dia. Rejeki untuk kita pun ada. Kenapa perlu berdengki?

Gua coba untuk terus kekal positif walaupun sukar bagi seseorang yang pesimis. Dah berbuih rasanya mulut Mr.K menasihatkan. Bukan mudah untuk berubah sekelip mata. Bukan mahu berfikir yang negatif sahaja tapi gua lebih suka memikirkan kemungkinan yang buruk daripada memberikan harapan palsu dengan anganan indah kepada diri sendiri.

Walaupun padangan orang lain jauh benar dengan apa yang gua pandang kepada diri sendiri. Sudahlah pesimis, tambah pulak dengan tak yakin diri. Sungguh tak seksi!

Benar. Perubahan itu perlu. Gua harap perubahan ini akan membawa ke arah kebaikan. Dan lagi satu yang sikap yang enggan terus dibawa hingga ke tua –mudah terluka dan terasa. Akan gua bina tembok untuk menghadang setiap percobaan untuk menjatuhkan dan menganggu emosi. Biar ada sempadan. Andai masih terus-terusan coba menyakitkan, tidak teragak-agak untuk terus gua singkirkan jauh dari hati dan ingatan.

Buang semuanya. Padam semuanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s